top of page

Suara Rakyat


PMX Tokoh Muslim Ke-10 Paling Berpengaruh Seru Umat Islam Kuasai AI
Oleh: Shahbudin Embun ULASAN: Saya mengikuti dengan penuh perhatian ucapan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia (PMX), ketika kunjungan beliau ke Markazu Saquafathi Sunniyya dan Maqam Syarif Sheikh Madavoor C.M. Valiyullahi di Kerala, India, baru baru ini. Pada pandangan saya, ini merupakan antara ucapan PMX yang amat bernilai untuk dihayati — bukan sahaja oleh umat Islam, malah oleh seluruh rakyat Malaysia. Apa yang menarik perhatian saya ialah bagaimana PMX me
5 days ago4 min read


Krisis Perlembagaan Negeri Sembilan: Beberapa Persoalan Perlu Dijelaskan
Oleh: Mohd Nasrul Syafiq Rosli ULASAN: Perkembangan berkaitan kedudukan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan sejak kebelakangan ini menimbulkan beberapa persoalan serius dari sudut Perlembagaan dan undang-undang negeri yang perlu diberikan penjelasan secara terbuka. Pada 17 September 2026, Menteri Besar Negeri Sembilan mengesahkan bahawa anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) telah membincangkan dan membuat keputusan secara sebulat suara berhubung Surat Cara Proklam
Sep 253 min read


Dari Nyala Reformasi ke Masa Depan Malaysia Madani
Oleh: Andre Lai Chen Heng ULASAN: Memotong kuih bulan sewaktu Perayaan Kuih Bulan bukan sekadar amalan budaya, malah sebuah ingatan terhadap sejarah kesedaran politik. Menurut legenda abad ke-14 Dinasti Yuan, para pejuang Han yang ditindas menyembunyikan mesej rahsia di dalam kuih bulan. Mesej itu diedarkan dari rumah ke rumah untuk menyelaraskan kebangkitan rakyat. Kuih yang ringkas akhirnya menjadi simbol strategi, penentangan, dan perpaduan hakiki. Perjalanan moden Malaysi
Sep 252 min read


Pasca Pengampunan Najib: Susun Semula Strategi Menuju PRU 16
Oleh: Shahbudin Embun ULASAN: Pengampunan bersyarat yang membolehkan Najib menjalani baki hukuman di rumah sehingga 23 Ogos 2028, tertakluk kepada syarat termasuk bayaran RM50 juta telah mencetuskan reaksi politik yang ketara. Umno secara terbuka melancarkan kutipan sumbangan bagi membantu menjelaskan RM50 juta tersebut. Justeru, bagi KEADILAN persoalan strategiknya bukan sekadar “bagaimana menyerang Najib?”. Persoalan yang lebih besar ialah bagaimana KEADILAN mahu meyakinkan
Sep 242 min read


Gerakan Reformasi 1998: Perjalanan Awal Membina Sejarah Panjang Dua Dekad
Oleh: Mohd Yahya Mat Sahri Sebuah Catatan Saksi, Peserta dan Penggerak Akar Umbi "Saya tidak membaca sejarah Reformasi 1998. Saya berada di dalam sejarah itu." Reformasi 1998 bukan sekadar satu peristiwa politik. Ia adalah rangkaian peristiwa yang berlaku dalam tempoh yang amat pantas — bermula dengan pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada kerajaan pada 2 September 1998, berkembang melalui pertemuan rakyat, ceramah, jaringan akar umbi dan perjalanan merentas negeri, sebe
Sep 227 min read


Guru Bukan Sekadar Pengajar: Pembina Manusia dan Peradaban
Oleh: Khairul Anuar Abdul Manap ULASAN: Tidak dapat dinafikan bahawa guru mempunyai kedudukan yang amat penting dalam kehidupan sesebuah masyarakat. Tugas guru bukan sekadar menyampaikan ilmu di dalam bilik darjah atau memastikan murid memperoleh keputusan peperiksaan yang baik. Sebaliknya, guru turut membentuk nilai, akhlak, identiti dan cara seseorang murid memahami dunia di sekelilingnya. Dari sudut sosiologi dan antropologi, guru boleh dianggap sebagai agen sosialisasi da
Sep 174 min read


Institusi Asas Terhakis Demi Nafsu Politik
Oleh: Lai Cheng Heng ULASAN: Sambutan bulan September sepatutnya menjadi wadah paling megah buat rakyat Malaysia mengibarkan Jalur Gemilang sambil mengenang detik keramat pembentukan Persekutuan pada 1963. Namun, realiti landskap politik tanah air hari ini jauh panggang dari api. Di permukaan, Putrajaya tampak tenang di sebalik senyuman pimpinan serta pelancaran pelan pembangunan mega. Sebaliknya di belakang tabir, lantai pentas politik bergegar hebat akibat percaturan kua
Sep 163 min read


Jangan Seleweng, Zalim: Ingat Akhirat, Tiada Jalan Kembali
Oleh: Dr Bam Al-Haj ULASAN: Saya terkena minyak panas di Kuching pada 20 Ogos lalu. Sudah 17 hari. Puncanya saya nak goreng ubi kayu berempah. Kuali agak kecil. Tiba-tiba api menyambar minyak. Saya bergegas ambil lapik kaki, basahkan sedikit dan tekup pada kuali. Malangnya kuali itu terjatuh dan minyak di kuali itu menyimbah kaki kiri saya. Dalam sekelip mata, rasa panas itu menyambar. Kulit terbakar. Pedihnya bukan kepalang. Sakitnya bukan sekadar pada permukaan kulit, tetap
Sep 134 min read


Pembangkang Serang Dengan Naratif, Cytro PH Perlu Jawab Dengan Fakta
Oleh: Shahbudin Embun ULASAN: Perbualan saya dengan seorang sahabat yang juga penulis politik dan pencipta kandungan politik membawa saya kepada satu persoalan yang cukup serius. Di manakah pasukan cyber troopers atau cytro Pakatan Harapan (PH) ketika naratif menyerang Perdana Menteri dan Kerajaan Madani semakin rancak dimainkan di ruang awam? Persoalan ini bukan kerana kita mahu melihat politik Malaysia dipenuhi dengan perang maki-hamun di media sosial. Sebaliknya, persoalan
Sep 54 min read


Bukan Sekadar Bebas: Budaya Ilmu Mengisi Makna Kemerdekaan
Merdeka bukan sekadar mengarak bendera, makna kemerdekaan perlu didisi. Foto ihsan Jabatan Penerangan Oleh: Khairul Anuar Abdul Manap ULASAN: Setiap kali menyambut Hari Kebangsaan, kita kembali kepada sejarah perjuangan membebaskan tanah air daripada penjajahan. Kita mengenang keberanian generasi terdahulu, mengibarkan Jalur Gemilang dan menghayati erti sebuah negara yang berdaulat. Namun selepas hampir tujuh dekad merdeka, satu pertanyaan wajar terus hidup dalam fikiran kita
Sep 34 min read


Merdeka 2026: Merdekakan Minda, Tolak Politik Toksik
Oleh: Lai Chen Heng ULASAN: Sambutan Hari Kebangsaan ke-69 tahun ini membawa erti yang amat besar di bawah panji tema "Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati". Kuala Lumpur sebagai pintu gerbang utama negara berdiri megah menyaksikan bagaimana Malaysia kini berada di landasan ekonomi yang kukuh, kestabilan mata wang, serta rakyat yang mempunyai peluang pekerjaan yang terjamin—faktor-faktor yang seharusnya menterjemahkan kejayaan sebenar negara di mata antarabangsa. Prinsip
Aug 312 min read


Kepimpinan Berteraskan Ilmu: Membaca Madinah, Solehah Dengan Adil
Oleh: Khairul Anuar Abdul Manap ULASAN: Perbincangan mengenai Tan Sri Dr Madinah Mohamad dan Dr Solehah Yaacob membuka ruang untuk kita berfikir tentang hubungan antara ilmu dengan kepimpinan. Kedua-duanya berada dalam keadaan yang berbeza. Madinah pernah memimpin Jabatan Audit Negara, manakala Solehah membina kerjaya dalam dunia akademik. Oleh itu, kedua-dua kes ini tidak wajar disamakan sepenuhnya. Namun ada satu persoalan yang boleh direnungkan bersama: apakah yang berlaku
Aug 305 min read


Boleh Kritik PMX Tetapi Jangan Hukum Dengan Persepsi
Oleh: Shahbudin Embun ULASAN: Kenyataan dan video Datuk Seri Rafizi Ramli yang tular, khususnya apabila beliau mengaitkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX) dengan isu integriti, Farhash Wafa Salvador, Datuk Seri Ramanan, Tan Sri Azam Baki serta dakwaan berkaitan RM9.5 juta, semua itu perlu kita jawab dengan tenang tetapi tegas. Saya tidak berminat untuk menyerang peribadi Rafizi. Tetapi apabila Rafizi menyerang kredibiliti dan peribadi PMX melalui dakwaan-dakwaan
Aug 283 min read


Melepas Belenggu Politik Perkauman
Perpaduan pelbagai kaum harmoni sekiranya tidak diganggu anasir politik dan usaha merebut kuasa Oleh: Fakharuddin Moslim ULASAN: Selepas hampir 70 tahun Malaysia merdeka, politik perkauman masih menjadi antara senjata paling mudah digunakan pada setiap kali pilihanraya. Melayu ditakutkan dengan Cina, Cina ditakutkan dengan Melayu manakala masyarakat India pula sering dijadikan sebahagian daripada percaturan politik mengikut kepentingan tertentu. Politik perkauman terus diguna
Aug 262 min read


Sambutan Maulidur Rasul, Tingkatkan Budaya Ilmu
Dr Zulkifli (kiri) memberi kuliah ilmu bersama barisan ustaz dan ulama Oleh: Senator Dr Zulkifli Hasan ULASAN: Setiap tahun bersamaan dengan 12 Rabiulawal seperti kebiasaannya ada umat Islam yang menyambut Maulidur Rasul bersempena memperingati kelahiran Nabi Muhammad SAW yang kita kasihi. Mungkin ada yang tidak tahu bahawa tarikh kewafatan Rasululullah SAW juga pada 12 Rabiulawal iaitu pada 11 Hijrah/632M seperti yang diriwayatkan oleh sebahagian besar ahli sejarah. Manfaat
Aug 256 min read


FELDA: Amanat PMX, Selamatkan Legasi, Bina Pengurusan Cemerlang Melayu
PM berucap dalam Sesi Ramah Mesra bersama Pengurus-Pengurus FELDA Oleh: Shahbudin Embun ULASAN: Ada ucapan Perdana Menteri yang kita dengar dan kemudian berlalu begitu sahaja. Tetapi ada ucapan yang membuat kita berhenti, berfikir dan bertanya: “Ke mana sebenarnya kita mahu membawa FELDA selepas ini?” Pada hemat saya, amanat Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX) di hadapan pengurusan tertinggi dan pengurus FELDA baru-baru ini adalah antara ucapan beliau yang paling bernas mengenai F
Aug 235 min read


Isu China-Taiwan: Pendirian Malaysia Kekal Konsisten Sejak 1960an
Temubual antara DS Anwar dan Al Jazeera sengaja 'dispin' untuk menimbulkan ketegangan yang tidak perlu Oleh: Lai Chen Heng ULASAN: Apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dalam satu wawancara bersama stesen penyiaran Al Jazeera baru-baru ini, menegaskan bahawa "saya melihat Taiwan sebagai sebahagian daripada China, titik," kenyataan tersebut secara dijangka mencetuskan gelombang perdebatan yang hangat. Kumpulan pengkritik tempatan dengan pantas melabelkan pendirian
Aug 224 min read


Parti Bukan Agama: Berbeza Politik Tanpa Mengorbankan Persaudaraan
Oleh: Dr Mohd Faizul Azmi ULASAN: Saya berkesempatan mengikuti slot Analisis di TV AlHijrah yang dikendalikan oleh Amin Idris dengan tajuk “Parti Bukan Agama”. Perbincangan tersebut menampilkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dr Zulkifli Hasan; Sahibus Samahah Ustaz Ahmad Fauwaz Fadzil; dan Ustaz Nik Omar Nik Abdul Aziz. Pada pandangan saya, tajuk ini mungkin kedengaran mudah. Semua orang tahu bahawa parti politik bukan agama. Namun, apa yang ber
Aug 209 min read


Hungry Ghost Festival: Tolak Provokasi Politik Dalam Isu Budaya
Oleh: Lai Chen Heng ULASAN: Kontroversi berhubung sepanduk dan bendera ritual Pesta Hantu Lapar di persimpangan Taman Kosas, Ampang, Selangor yang dicetuskan oleh Timbalan Presiden Muafakat Nasional, Ridhuan Tee Abdullah, wajar dianalisis secara objektif dari kaca mata pihak ketiga. Isu ini bukan sekadar soal bahasa, sebaliknya mencerminkan bagaimana amalan budaya rutin tempatan dijadikan alat bagi mencetuskan ketegangan yang tidak perlu. Bagi penduduk tempatan yang membesar
Aug 192 min read


Al Rawda: Niat Baik Tidak Memadam Kegagalan Tadbir Urus
Hotel di dua bandar suci Arab Saudi. Gambar hiasan Oleh: Datuk Dr Suhaimi Ibrahim ULASAN: Mula digerakkan naratif yang cuba mempertahankan urus niaga Al-Rawda (pajak hotel di Arab Saudi) dengan memberikan tiga gambaran: tujuan asalnya baik untuk jemaah haji, pemilik syarikat tersebut ialah tokoh korporat yang berpengaruh, dan hubungan Malaysia-Arab Saudi ketika itu sangat erat. Namun, tidak satu pun daripadanya menjawab persoalan utama iaitu adakah wang pendeposit Tabung Haji
Aug 184 min read


Tekad PMX: Reformasi Mesti Diteruskan, Malaysia Mesti Dibersihkan
Pidato DS Anwar yang tegas dan mantap membangkitkan semangat juang menentang korupsi dalam negara Oleh: Shahbudin Embun ULASAN: Saya telah dua kali mendengar ucapan dasar Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX) di Kongres Nasional KEADILAN 2026. Terus terang saya katakan, saya cukup teruja. Ucapan PMX kali ini bukan sekadar ucapan seorang Presiden parti. Ia adalah amanat seorang Perdana Menteri yang cukup yakin bahawa agenda reformasi mesti diteruskan dan Malaysia m
Aug 152 min read


KEADILAN Bangkit: Memugar Reformasi, Membina Madani
Oleh: Khairul Anuar Abdul Manap ULASAN: Kongres Nasional KEADILAN 2026 kali ini bertema “Memugar Reformasi, Membina MADANI”, mengajak kita melihat kembali sebuah perjalanan yang bukan sahaja panjang dari segi politik, tetapi juga besar maknanya kepada perubahan masyarakat Malaysia. Lebih dua dekad telah berlalu sejak Reformasi menjadi sebahagian daripada bahasa perubahan negara. Dalam tempoh itu, masyarakat turut berubah. Cara rakyat mendapatkan maklumat berubah. Cara generas
Aug 154 min read


Politik Identiti, Permainan Persepsi
Oleh: Ahmad Firdaus Mohd Manusia tidak ada satu identiti. Aku Melayu. Aku Islam. Aku rakyat Malaysia. Aku orang Terengganu. Aku pekerja. Aku daddy. Semua identiti ini wujud serentak. Persoalannya, kenapa dalam masyarakat satu identiti tiba tiba (satu kaum) menjadi lebih penting daripada yang lain? Di situlah politik identiti bermula. Politik tidak cipta identiti tetapi dipaksakan Politik tidak semestinya cipta identiti. Politik pilih identiti mana mahu dibesarkan. Kemudian bi
Aug 131 min read


RCI Tabung Haji: Enam Fakta Rakyat Perlu Tahu
Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Lembaga Tabung Haji (TH) yang didedahkan baru baru ini mencakupi beberapa penemuan. Antara penemuan yang rakyat, khususnya pendeposit Tabung Haji perlu tahu ialah: Tujuh daripada 4 pelaburan TH rugi 100 peratus. RM1.5 bilion dibayar menggunakan wang TH kepada orang tengah untuk memajak hotel di Mekah dan Madinah, namun sewa hotel berkenaan yang sepatutnya dikutip tidak dikutip. RM193 juta dana digunakan untuk membeli 30 perat
Aug 132 min read


Sekat Akses MyKhas Kepada Ahli Parlimen Tertentu Wajar
Oleh: Lai Chen Heng Ulasan berterusan berhubung penyekatan akses kepada portal MyKhas—platform kerajaan yang diuruskan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) di bawah Jabatan Perdana Menteri bagi peruntukan Projek Mesra Rakyat (PMR)—memerlukan pendirian yang berteraskan kebenaran pentadbiran. Kumpulan Ahli Parlimen yang tidak berpuas hati dan pengkritik tertentu cuba menggambarkan penyekatan portal eksekutif dalam talian ini sebagai satu bentuk penindasan terhadap rakyat bi
Aug 83 min read


Apabila Bangsa, Agama Ditunggang Demi Kepentingan Diri, Kuasa
Oleh: Mohd Azmi Abdul Hamid ULASAN: Demokrasi dibina atas satu prinsip yang amat luhur, iaitu kuasa berasal daripada rakyat dan mesti digunakan untuk kepentingan rakyat. Wakil rakyat dipilih bukan untuk menguasai rakyat, tetapi untuk menggalas amanah yang diberikan oleh rakyat. Dalam tradisi Islam pula, kepimpinan adalah amanah yang akan dipersoalkan oleh Allah SWT. Rasulullah SAW mengingatkan bahawa setiap pemimpin bertanggungjawab terhadap orang yang dipimpinnya. Namun real
Aug 74 min read


Buli Bermula Apabila Kuasa Disalahgunakan
Oleh: Khairul Anuar Abdul Manap ULASAN: Ramai orang masih melihat buli sebagai masalah disiplin atau sekadar pergaduhan antara dua individu. Sebenarnya, buli jauh lebih kompleks daripada itu. Buli berlaku apabila seseorang percaya dia mempunyai kuasa untuk merendahkan orang lain tanpa rasa bersalah dan tanpa takut dipertanggungjawabkan. Kuasa itu bukan semestinya kekuatan fizikal. Ia boleh datang daripada usia, jawatan, senioriti, pengaruh, populariti, status ekonomi, keduduk
Aug 63 min read


KEADILAN: Lambang di Dada, Beban di Bahu
Oleh: Syafiq Sunny ULASAN: Lambang di dada mudah dipakai. Ia kelihatan pada baju, pada bendera, pada poster ketika kempen. Tetapi di sebalik lambang itu, ada beban yang tidak semua orang nampak — beban harapan berjuta rakyat yang meletakkan kepercayaan pada satu nama: KEADILAN. Selepas 23 tahun, saya rasa sudah tiba masa untuk berhenti sekejap dan tanya diri sendiri: adakah saya masih layak memikul beban itu, atau saya cuma selesa memakai lambangnya sahaja? Minggu ini ulang t
Aug 56 min read


Pasca PRN: Bangkitlah Reformasi, Hentikan Alasan, Perbetul Kelemahan
Oleh: Lai Chen Heng ULASAN: Siri kekalahan berturut turut di Sabah, Johor dan terbaharu di Negeri Sembilan seharusnya menjadi loceng amaran yang menyedarkan blok reformasi. Bagi pengundi bandar dan minoriti yang meletakkan sepenuh kepercayaan merangkumi peratusan besar sokongan kaum, keputusan ini bukan sekadar satu tamparan pilihanraya tetapi diterjemahkan oleh sebahagian rakyat sebagai satu bentuk pengkhianatan terhadap harapan yang dipertaruhkan. Apabila parti reformasi te
Aug 43 min read


Pas Bukan Menyelamatkan Umno-BN, Tetapi Melemahkan Dari Dalam?
Oleh: Eddiarman Mohd Yunos ULASAN: Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan kali ini membuka satu lembaran politik yang cukup menarik untuk diperhatikan. Buat pertama kalinya, kita menyaksikan kerjasama secara terbuka antara Pas dan Barisan Nasional (BN) di negeri ini. Pada pandangan saya, persoalan yang lebih penting bukanlah sama ada kerjasama ini mampu menewaskan Pakatan Harapan (PH), tetapi siapakah yang sebenarnya bakal menerima manfaat paling besar dalam jangka panjang
Jul 283 min read


Anak M40 belajar di IPT? Mahu Komputer Riba? Perlu Bantuan Sara Hidup?
Oleh: Darwish Zainal ULASAN: Rungutan dan keluhan golongan M40 di Negeri Sembilan sebelum ini bakal berakhir sekiranya Pakatan Harapan Negeri Sembilan memenangi Pilihan Raya Negeri Ke-16 (PRN-16) Negeri Sembilan pada 1 Ogos nanti. Sedia maklum insentif untuk pelajar yang menyambung pengajian ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) sebelum ini hanya terbuka kepada golongan B40 yang berpendapatan isi rumah RM4,000 dan ke bawah sahaja. Bukan itu sahaja Sumbangan Komputer Riba (lapto
Jul 272 min read


PRN NS: Gelombang Merah PH Masih Membara, Pertempuran Belum Selesai
DS Anwar sebagai mantan Ahli Parlimen Port Dickson masih mempunyai pengaruh di Negeri Sembilan Oleh: Shahbudin Embun ULASAN: Rencana yang disiarkan oleh Utusan Malaysia baru baru ini memberikan gambaran bahawa blok BN-PN mempunyai kelebihan untuk membentuk Kerajaan Negeri Sembilan. Namun, sebagai seorang penganalisis politik, saya melihat keadaan sebenar di lapangan jauh lebih seimbang dan dinamik. Hakikatnya, Negeri Sembilan bukan Johor. Gelombang Biru yang melanda Johor tid
Jul 253 min read


Apa Sebenarnya Rakyat Negeri Sembilan Dapat?
Oleh: Syafiq Sunny ULASAN: Ali, 38 tahun, peniaga kecil di Seremban, menerima Geran TUNS dan pinjaman tanpa faedah daripada kerajaan negeri untuk mengembangkan gerai makanannya. Ah Seng, 68 tahun, warga emas yang menghidap masalah buah pinggang, bergantung kepada bantuan hemodialisis setiap minggu. Kak Imah, 45 tahun, seorang ibu tunggal, membesarkan anak-anaknya dengan sokongan pelbagai program kebajikan — anak sulungnya menerima komputer riba, manakala anak keduanya mendapa
Jul 235 min read


Berita Gembira Buat M40! Had Kelayakan Bantuan Dinaikkan Kepada RM8,000
DS Aminuddin ketika mengumumkan tawaran manifesto PH N Sembilan semalam. Foto: FB Aminuddin Oleh: Darwish Zainal ULASAN: Golongan M40 yang sebelum ini sering kali merungut kerana merasakan mereka disisihkan daripada menerima bantuan atau insentif daripada kerajaan, kini boleh senyum lebar. Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Utama Aminuddin Harun semalam mengumumkan Manifesto Pakatan Harapan Negeri Sembilan yang membawa berita besar dan gembira bukan sahaja untuk golong
Jul 222 min read


Cadangan PAC Hanya Tambah Birokrasi Urus Kuala Lumpur?
Oleh: Lai Chen Heng ULASAN: Saya merujuk kepada sidang media oleh Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Datuk Mas Ermieyati Samsudin baru-baru ini. Walaupun saya menghormati ketegasan PAC dalam menuntut ketelusan, teguran mereka mengenai tadbir urus ibu kota mencerminkan keinginan yang kita semua kongsi iaitu Kuala Lumpur yang cekap dan berwibawa. Namun, apabila PAC mencadangkan pindaan Akta Ibu Kota Persekutuan 1960 bagi memperkenalkan sistem ahli majlis lantik
Jul 212 min read


PH Jamin Kestabilan, Tidak Bergantung Parti Lain Bentuk Kerajaan
Oleh: Darwish Zainal ULASAN: Pakatan Harapan (PH) muncul sebagai parti paling dominan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-16 Negeri Sembilan apabila bertanding di kesemua 36 DUN. BN parti paling tua di Malaysia dan parti paling lama di Negeri Sembilan hanya bertanding di 25 DUN. Angka ini menunjukkan ketidakyakinan BN dan lebih rela 'sedekah' 11 DUN kepada PN daripada menanggung malu kekalahan. Apa yang hendak dibanggakan BN kerana Bersatu yang merupakan parti serpihan Umno pu
Jul 192 min read


Reformasi Bukan Mudah: Jangan Gadaikan Masa Depan Kerana Ketidakpuasan Hati
Oleh: Lai Chen Heng ULASAN: Dalam landskap politik semasa, wujud kebimbangan dan sentimen dingin dalam kalangan komuniti Cina. Peratusan keluar mengundi yang merosot ketara dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada Julai 2026 sering ditafsirkan sebagai protes pasif terhadap kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Namun, jika kita melihat gambaran makro secara rasional, "kekecewaan" ini sebenarnya berpunca daripada jurang komunikasi dasar, dan bukannya ker
Jul 173 min read


ADUN DAP Tarik Diri di Melaka, Kerajaan Perpaduan di Putrajaya Tidak Terjejas
ADUN DAP Melaka mengumumkan menarik diri dari Kerajaan Negeri semalam. Foto: FB DAP Melaka Oleh: Shahbudin Embun ULASAN: Laporan media menyatakan bahawa DAP Melaka mengumumkan keluar daripada pentadbiran Kerajaan Negeri dan melepaskan semua jawatan pentadbiran sebagai bantahan terhadap pindaan Perlembagaan Negeri berkaitan ADUN lantikan. Apabila DAP Melaka menarik diri daripada Kerajaan Negeri, beberapa implikasi politik boleh berlaku. Iaitu Kerajaan MADANI di peringkat Perse
Jul 152 min read


Hicks Mansion: 'Port' PATI, Pemandangan Menyakitkan di Ibu Kota?
Bangunan Hicks Mansion dibiarkan menjadi sarang PATI yang beberapa kali diserbu pihak berkuasa Oleh: Lai Chen Heng ULASAN: Siapa sangka, di sebalik kemegahan ibu kota yang bersiap sedia menyambut Tahun Melawat Malaysia 2026, masih ada "barah" yang dibiarkan membusuk di tengah bandar raya. Hicks Mansion, bangunan yang terletak berhampiran kawasan tumpuan pelancong di Jalan Alor, kini bukan sahaja didakwa menjadi pemandangan yang mencacatkan, malah bukti kegagalan sistemik yang
Jul 72 min read


PRN Johor: Tiga Ujian Besar Bakal Bentuk Naratif Politik Malaysia
Oleh: Shahbudin Embun ULASAN: Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor 2026 bukan sekadar medan memilih Kerajaan Negeri. Pada hemat saya, ia juga merupakan satu ujian politik yang akan memberi petunjuk terhadap beberapa persoalan besar yang sedang diperhatikan oleh pemerhati politik, ahli akademik dan rakyat Malaysia. Johor mempunyai kedudukan yang istimewa dalam sejarah politik negara. Justeru, keputusan PRN ini berkemungkinan menjadi petunjuk kepada corak politik nasional menjelang
Jul 12 min read


Perjuangan PH Untuk Rakyat, Bukan Untuk Elit - Dr Maszlee
Dr Maszlee menempati calon nombor 3 di kertas undi DUN Puteri Wangsa Sorotan khas PRN Johor: Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa, Dr Maszlee Malik menyerahkan sepenuhnya kepada kepimpinan Pakatan Harapan (PH) untuk menentukan siapa yang layak memikul tanggungjawab sebagai Menteri Besar Johor sekiranya gabungan itu diberi mandat oleh rakyat dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor. Mengulas spekulasi yang mengaitkan namanya dalam laporan medi
Jun 282 min read


Kewibawaan Anwar Kemudi Krisis Tenaga, Pacu Reformasi Subsidi Negara
Oleh: Lai Cheng Heng ULASAN: Ketika dunia panik menyaksikan sekatan di Selat Hormuz mencetuskan huru-hara, mogok, dan rusuhan ganas di jalanan hingga melumpuhkan ibu negara beberapa buah negara akibat putus bekalan bahan api, Malaysia melangkah keluar daripada badai geopolitik itu dengan penuh bergaya. Di sesetengah negara, ibu kota mereka dibanjiri oleh perusuh tetapi di Kuala Lumpur, kita sebaliknya dibanjiri oleh pelancong dan pelabur asing. Di sebalik unjuran awal yang me
Jun 282 min read


PRN Johor: Utamakan Budaya Politik Kebaikan, Tolak Fitnah - Nurul Izzah
Sorotan khas PRN Johor: Timbalan Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar (gambar) berkata kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini perlu dijadikan medan untuk membawa manfaat kepada rakyat, bukannya platform untuk menyebarkan fitnah atau serangan peribadi terhadap lawan politik. Menurut beliau, Pakatan Harapan (PH) telah merangka pelbagai program berteraskan masyarakat termasuk pendekatan berasaskan nilai-nilai Madani dan program-program Quranik Madani bagi mendekati raky
Jun 252 min read


PMX Bukan Takut PRU, Pilih Pacu Ekonomi, Sempurnakan Misi Negara
Oleh: Shahbudin Embun ULASAN: Kenyataan oleh Khairy Jamaluddin (KJ) yang mendakwa bahawa Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX) “takut” untuk membubarkan Parlimen dan memanggil Pilihan Raya Umum (PRU) ke 16 adalah satu naratif politik yang longgar dan tidak berasaskan realiti semasa negara. Dalam sistem demokrasi berparlimen, pembubaran Parlimen bukanlah alat untuk memenuhi tekanan politik jangka pendek. Ia adalah keputusan strategik yang perlu mengambil kir
Jun 152 min read


Baju Melayu: Patut Diangkat Pakaian Setiap Jumaat, Identiti Kebangsaan
Contoh terbaik... Perdana Menteri DS Anwar sentiasa berbusana Baju Melayu pada hari Jumaat Oleh: Dr Bam Al-Haj ULASAN: Kalau kita perhatikan hari ini Baju Melayu semakin terhad penggunaannya. Ia seolah-olah hanya “hidup” pada pagi raya, majlis akad nikah, istiadat rasmi atau acara tertentu sahaja. Selepas itu, ia kembali tersimpan di dalam almari bersama sampin dan songkok yang hanya keluar setahun sekali. Lebih membimbangkan, untuk mencari Baju Melayu tradisional yang benar-
Jun 123 min read


Talak Pas Terhadap Bersatu: Apakah Kesan Kepada PN?
Oleh: Dr Zulqarnain Lukman ULASAN: Susulan talak Pas terhadap Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) maka timbul persoalan apakah kedudukan Pas dalam Perikatan Nasional (PN) dan apakah kedudukan Bersatu di dalam PN. Untuk memahami isu ini, perlulah dirujuk kepada Perlembagaan PN itu sendiri. Fasal 6 Perlembagaan PN menyatakan bahawa ada tiga jenis ahli PN iaitu Parti Anggota, Ahli Bergabung dan Ahli Bersekutu. Fasal 6.2 menyatakan Parti Anggota adalah Bersatu, Pas, Parti Ma
Jun 114 min read


Ekonomi Negara Kukuh, Mengapa Rakyat Marhaen Masih Mengeluh?
Oleh: Lai Chen Heng ULASAN: Baru-baru ini, saya terserempak dengan seorang pakcik di kopitiam yang mengeluh tentang betapa peritnya keadaan ekonomi di luar sana. Malah, hampir semua orang yang saya temui berkongsi pandangan yang sama. Walaupun para pakar sering menjelaskan betapa kukuhnya ekonomi Malaysia, angka-angka besar tersebut jelas tidak mencerminkan realiti sebenar yang dilalui oleh rakyat marhaen. Mari kita lihat mengapa jurang perbezaan ini berlaku, menggunakan baha
Jun 65 min read


'Pas Solo': PRN Johor, Melaka Bakal Jadi Medan Ujian?
Oleh: Awang Muda ULASAN: Perkembangan mutakhir dalam landskap politik parti pembangkang Perikatan Nasional (PN) memperlihatkan satu perubahan besar sedang berlaku. Di sebalik kemelut dalaman Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan perebutan pengaruh dalam gabungan PN, semakin banyak pihak mula melihat Pas bukan lagi sekadar rakan komponen biasa tetapi kuasa dominan sebenar dalam gabungan pembangkang. Hal yang lebih menarik, desas-desus mengenai kemungkinan Pas menguji ke
May 283 min read


KEADILAN Pernah Hilang Tokoh Besar, Parti Terus Utuh
Oleh: Eddiarman Mohd Yunos ULASAN: Politik bukan jalan yang sentiasa lurus dan tenang. Sejarah Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) sejak era Reformasi membuktikan bahawa perjuangan ini telah melalui pelbagai episod cabaran, tekanan, pengkhianatan, keluar parti, serangan persepsi dan percubaan melemahkan gerakan reformasi rakyat. Daripada era awal Reformasi sehinggalah kepada episod besar seperti Langkah Sheraton 2020, KEADILAN pernah kehilangan tokoh besar, pimpinan utama malah
May 232 min read


Menuntut Idealisme Reformasi Atau Kenaifan Realiti
Oleh: Lai Chen Heng ULASAN: Pernahkah anda berdiri di tengah panas, melaungkan slogan sambil menggenggam sepanduk, dan merasa dunia ini mampu berubah hanya dengan satu demonstrasi? Saya pernah. Malah, saya menghabiskan lebih sedekad dalam arus Reformasi sebelum akhirnya duduk di kerusi empuk tingkat atas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sebagai Ahli Lembaga Penasihat (2023-2025). Baru-baru ini, melihat keresahan mahasiswa di Restoran Amjal, saya rasa seperti melihat diri
May 222 min read
bottom of page
