top of page

Jenayah turun di Kelantan: Penghargaan kepada KDN - KEADILAN Kota Bharu

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jan 26
  • 1 min read

Oleh: Akmal Manaf


Penurunan kadar jenayah di Kelantan sebanyak 19.5% merupakan satu perkembangan positif yang wajar disokong oleh semua pihak, kata Ketua Cabang KEADILAN Kota Bharu, Abu Hamid Muhammad Abu Samah (gambar).


Susulan kejayaan itu, Abu Hamid berkata, pihaknya merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan, khususnya Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan pihak berkuasa keselamatan termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pasukan Gerakan Am (PGA) dan agensi penguatkuasaan berkaitan atas usaha berterusan dan penguatkuasaan yang tegas sehingga menyumbang kepada penurunan kadar tersebut.


"Kami turut mengambil maklum bahawa tindakan tegas menutup pangkalan haram dan laluan tidak sah di sepanjang Sungai Golok telah memberikan kesan yang signifikan, khususnya dalam membanteras jenayah rentas sempadan.


"Berdasarkan laporan media nasional, penguatkuasaan ini telah menyebabkan penyeludupan dadah menurun sehingga 65%, satu pencapaian yang amat besar dalam usaha membendung punca utama jenayah.


"Selain itu, larangan pergerakan rentas sempadan melalui pangkalan haram yang dikuatkuasakan bermula Disember 2024 juga telah berjaya mengawal pergerakan penjenayah, menyekat aktiviti sindiket dan mengurangkan ruang kepada kegiatan haram yang selama ini menyumbang kepada peningkatan jenayah indeks, khususnya di kawasan sempadan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Walau bagaimanapun, Abu Hamid menegaskan, kejayaan tersebut tidak boleh menyebabkan mana-mana pihak berasa selesa, sebaliknya usaha pencegahan jenayah mesti diteruskan secara konsisten dan bersepadu.


"Justeru, kami menyarankan agar program kesedaran komuniti terus dipergiatkan, melibatkan penduduk setempat, belia dan pertubuhan masyarakat sivil, bagi memperkukuh budaya pencegahan jenayah dari peringkat akar umbi.


"Kami percaya bahawa gabungan penguatkuasaan tegas, kawalan sempadan yang berkesan serta kesedaran masyarakat adalah kunci utama dalam memastikan keselamatan rakyat terus terpelihara dan Kelantan kekal aman untuk semua," ujar beliau lagi.

1 Comment


The Planet Clicker
The Planet Clicker
5 days ago

Mình làm nghề xây dựng, công việc phụ thuộc khá nhiều vào thời tiết ngoài trời, nên tra cứu chính xác từng ngày là điều bắt buộc. Gần đây dùng thử Thời Tiết Hôm Nay Org theo lời giới thiệu của đồng nghiệp, thấy khá phù hợp với công việc. Trang cung cấp thông tin tốc độ gió và khả năng mưa khá chi tiết, hai yếu tố quan trọng khi cần quyết định có tiếp tục thi công ngoài trời hay tạm hoãn để đảm bảo an toàn. Mình cũng thích xem được dự báo vài ngày tới, giúp lên kế hoạch phân công hợp lý hơn. Tốc độ tải nhanh, phù hợp tra cứu ngay tại công trường bằng…

Like

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page