top of page

Politik Identiti, Bermain Persepsi

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 2 hours ago
  • 1 min read

Oleh: Ahmad Firdaus Mohd


Manusia tidak ada satu identiti.

Aku Melayu.

Aku Islam.

Aku rakyat Malaysia.

Aku orang Terengganu.

Aku pekerja.

Aku daddy.

Semua identiti ini wujud serentak.


Persoalannya, kenapa dalam masyarakat satu identiti tiba tiba (satu kaum) menjadi lebih penting daripada yang lain?

Di situlah politik identiti bermula.


Politik tidak cipta identiti tetapi dipaksakan


Politik tidak semestinya cipta identiti. Politik pilih identiti mana mahu dibesarkan.

Kemudian bina garis mudah.


Kita dan mereka.

Kita Melayu.

Mereka DAP.

Kita Islam.

Mereka ancaman.

Semakin besar ancaman terhadap “kita”, semakin kecil perbezaan sesama sendiri.


Pas dan Umno boleh bergaduh puluhan tahun.

Tetapi apabila persoalan politik ditukar daripada Pas atau Umno? Kepada Melayu Islam atau DAP? Perbezaan Pas dan Umno tiba tiba menjadi kecil.


Bersatu kerana apa?


Maka lahirlah apa yang dinamakan Perpaduan Ummah. Aku tidak ada masalah dengan perpaduan. Persoalannya, bersatu kerana apa?


Kerana mempunyai wawasan ekonomi yang sama?

Kerana mahu reformasi pendidikan?

Kerana mahu meningkatkan pendapatan orang Melayu?

Atau sekadar kerana berkongsi musuh yang sama?


Politik identiti bukan semestinya jahat. Semua parti politik membina identiti.

Tetapi ada beza besar antara membina “kita” kerana cita cita bersama, dengan membina “kita” kerana takut kepada “mereka”.


Perpaduan sebenar perlu tujuan sama. Perpaduan palsu perlukan musuh bersama.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page