top of page

Berita


30,000 Peluang Pekerjaan Baharu Bukan Gula Gula Pilihan Raya
Oleh: Hassan Abdul Karim ULASAN: Sebanyak 30,000 peluang pekerjaan baru dijana menerusi Belanjawan 2027. Ini bukan kata-kata saya. Ini pernyataan yang dibuat oleh Menteri Ekonomi. Peluang-peluang pekerjaan baru ini tentu sekali untuk generasi muda yang baru tamat sekolah, tamat institusi kemahiran (TVET), dan universiti-universiti. Anak-anak muda lepasan SPM jika mula memasuki alam pekerjaan akan menerima gaji minima RM2,000 sebulan. Anak-anak muda yang ada sijil kemahiran, w

Suara Keadilan
Oct 282 min read


Lula Menang, Politik Harapan Belum Mati
Oleh: Shamsul Iskandar Mohd Akin ULASAN: Dalam tulisan saya yang lalu, saya mengupas pandangan Elizabeth McKenna menerusi artikelnya “Bolsonaro Is Not Brazil’s Only Problem”. McKenna mengingatkan bahawa ancaman terhadap demokrasi bukan sekadar berpunca daripada seorang pemimpin, tetapi daripada kekuatan jaringan sosial dan organisasi yang membentuk kesetiaan politik masyarakat. Kini, kemenangan Luiz Inácio Lula da Silva dalam pilihan raya Presiden Brazil memberikan dimensi ba

Suara Keadilan
Oct 273 min read


Politik: Sentimen VS Fakta, Emosi Dimanipulasi, Fakta Dikaburi
Oleh: Dr Baharudin Ali Masrom Al-Haj ULASAN: Dalam politik, fakta tidak semestinya menang di medan persepsi. Hari ini, yang paling laris di media sosial bukan semestinya kebenaran, tetapi kandungan yang membangkitkan kemarahan, ketakutan dan kebencian. Apabila emosi berjaya menguasai pemikiran, fakta mudah diketepikan. Lebih berbahaya, propaganda boleh menjadikan kelemahan kecil seolah-olah kegagalan menyeluruh, sementara kejayaan yang nyata tenggelam dalam kebisingan politik

Suara Keadilan
Oct 262 min read


Jerebu Rentas Sempadan: Siapa Kaut Untung, Siapa Tanggung Derita?
Oleh: Shahbudin Embun ULASAN: Kita perlu berani mengemukakan satu persoalan besar yang sekian lama menghantui rakyat Malaysia dan Indonesia iaitu sampai bilakah rakyat biasa harus menghirup asap, menanggung risiko kesihatan dan kehilangan harta benda, sedangkan pihak yang mendapat keuntungan daripada kegiatan ekonomi terus menikmati hasilnya? Persoalan ini dibangkitkan oleh Saudara Zainal (ZRA) dalam video TikTok beliau yang menyentuh isu jerebu, pembakaran kawasan ladang saw

Suara Keadilan
Oct 245 min read


Menunggu Hujan Turun, Jerebu Sirna: Kos Kesihatan Ditanggung Jutaan Manusia
Oleh: Dr Baharudin Ali Masrom Al-Haj ULASAN: Putrajaya, Malaysia. Langit kembali kelabu. Bukan kerana senja. Bukan kerana mendung. Tetapi kerana asap yang bernama jerebu. Udara Malaysia kini dipenuhi debu, zarah zarah kecil yang terapung di atmosfera. Yang pasti ia mengurangkan jarak penglihatan dan mampu menjejaskan Kesihatan, terutama bagi penghifdap asma. Nafas boleh menjadi sesak. Kami memandang langit dan mencari warna biru yang semakin hilang. Kami membuka telefon dan m

Suara Keadilan
Oct 207 min read


Belanjawan 2027: Jangan Biarkan Ramalan Politik Tenggelamkan Fakta Ekonomi
Oleh: Shahbudin Embun ULASAN: Ucapan pemimpin parti Bersama, Rafizi Ramli yang mengkritik Belanjawan MADANI 2027 sebagaimana dihuraikan daripada rakaman video beliau, menimbulkan beberapa persoalan besar tentang hala tuju ekonomi negara, kedudukan hutang kerajaan dan masa depan politik Pakatan Harapan (PH). Antara perkara yang dilaporkan dalam ucapan tersebut ialah ramalan bahawa PH akan tewas pada 2028. Beliau turut mempersoalkan pengurusan hutang negara dan mendakwa nasihat

Suara Keadilan
Oct 155 min read


Belanjawan M40, B40: Keikhlasan Bela Rakyat, Bukan Gula-Gula Pilihanraya
Oleh: Lai Chen Heng ULASAN: Setiap kali dokumen belanjawan dibentangkan di Parlimen, reaksi kita di kedai kopi mahupun di bilik mesyuarat korporat sentiasa berpasak pada satu soalan ringkas: apa impaknya pada poket kita di penghujung bulan nanti? Di sebalik deretan angka ratusan bilion ringgit dan jargon fiskal yang memenuhi dewan, Belanjawan 2027 yang bernilai RM459.8 bilion ini membawa mesej yang cukup jelas. Kancah politik tanah air mungkin kerap dilanda gelora dan ketidak

Suara Keadilan
Oct 123 min read


Belanjawan 2027: Jangan Biarkan Politik Harapan Kehilangan Rakyat
Oleh: Shamsul Iskandar Mohd Akin ULASAN: Dalam perjalanan ke Frankfurt, saya sempat membaca artikel Elizabeth McKenna di The New York Times, 7 Oktober 2026 bertajuk Bolsonaro Is Not Brazil’s Only Problem. Tulisan itu mengajak kita melihat Brazil bukan sekadar melalui seorang tokoh bernama Jair Bolsonaro, tetapi melalui persoalan yang lebih besar: mengapa politik yang dianggap telah ditolak boleh kembali mendapat tempat dalam masyarakat? Membaca Brazil tentunya mengingatkan sa

Suara Keadilan
Oct 83 min read


Tiga Tahun Selepas 7 Oktober: Palestin Bukan Sekadar Angka, Ulang Tahun
Oleh: Ahmad Fahmi Mohd Samsudin ULASAN: Adakah nyawa rakyat Palestin hanya dinilai sebagai angka dalam laporan dan statistik korban? Genap tiga tahun selepas 7 Oktober 2023, dunia terus menghitung mereka yang terbunuh, cedera dan kehilangan tempat tinggal. Setiap angka itu ialah seorang manusia yang mempunyai nama, keluarga dan harapan. Sampai bilakah penderitaan mereka akan terus dicatat, sedangkan hak untuk hidup dengan selamat masih belum terjamin? Pengeboman, pemindahan p

Suara Keadilan
Oct 86 min read


Harga Ketaksuban Politik : Pengajaran Dari Dekad China Yang Hilang
Oleh: Andre Lai Chen Heng ULASAN: Saya sentiasa tertarik dengan kisah-kisah Revolusi Kebudayaan di China. Ia membuka mata saya tentang bagaimana kawalan pemikiran dan ketaksuban politik hampir memadamkan warisan budaya yang kaya selama ribuan tahun, di samping merenjatkan perjalanan ekonomi sesebuah negara. Lihatlah China hari ini, sebuah kuasa besar yang diterajui kereta api laju, gergasi teknologi, dan rantaian bekalan global. Namun, kebangkitannya pernah tertangguh hampir

Suara Keadilan
Oct 43 min read


Membaca Zaman, Mempersiap Generasi, Memperkukuh Kesatuan
Oleh: Khairul Anuar Abdul Manap ULASAN: Dalam tulisan terdahulu, KEADILAN Bangkit: Memugar Reformasi, Membina MADANI, kita mengemukakan bahawa sesuatu perjuangan tidak cukup hanya mempunyai sejarah. Ia perlu terus mempunyai makna kepada manusia yang hidup pada zamannya. Nilai yang menjadi akar perlu sentiasa diterjemahkan semula agar perubahan tidak terhenti sebagai kenangan. Renungan itu kembali terasa ketika mengikuti Seminar Antarabangsa Geopolitik dan Perubahan Global sem

Suara Keadilan
Oct 44 min read


Implikasi Politik Tahanan Rumah Najib
Oleh: Dr. Bam Al-Haj ULASAN: Keputusan membenarkan Datuk Seri Najib Razak menjalani baki hukuman penjara di rumah telah menimbulkan kekecewaan dan kebimbangan dalam sebahagian masyarakat serta kumpulan masyarakat sivil, khususnya berkaitan persepsi terhadap keadilan, akauntabiliti dan usaha memerangi rasuah. BERSIH menyifatkan keputusan itu sebagai tamparan kepada perjuangan keadilan dan antirasuah manakala beberapa aktivis turut mempersoalkan kemungkinan wujud persepsi laya

Suara Keadilan
Oct 12 min read


PMX Tokoh Muslim Ke-10 Paling Berpengaruh Seru Umat Islam Kuasai AI
Oleh: Shahbudin Embun ULASAN: Saya mengikuti dengan penuh perhatian ucapan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia (PMX), ketika kunjungan beliau ke Markazu Saquafathi Sunniyya dan Maqam Syarif Sheikh Madavoor C.M. Valiyullahi di Kerala, India, baru baru ini. Pada pandangan saya, ini merupakan antara ucapan PMX yang amat bernilai untuk dihayati — bukan sahaja oleh umat Islam, malah oleh seluruh rakyat Malaysia. Apa yang menarik perhatian saya ialah bagaimana PMX me

Suara Keadilan
Sep 274 min read


Krisis Perlembagaan Negeri Sembilan: Beberapa Persoalan Perlu Dijelaskan
Oleh: Mohd Nasrul Syafiq Rosli ULASAN: Perkembangan berkaitan kedudukan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan sejak kebelakangan ini menimbulkan beberapa persoalan serius dari sudut Perlembagaan dan undang-undang negeri yang perlu diberikan penjelasan secara terbuka. Pada 17 September 2026, Menteri Besar Negeri Sembilan mengesahkan bahawa anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) telah membincangkan dan membuat keputusan secara sebulat suara berhubung Surat Cara Proklam

Suara Keadilan
Sep 253 min read


Dari Nyala Reformasi ke Masa Depan Malaysia Madani
Oleh: Andre Lai Chen Heng ULASAN: Memotong kuih bulan sewaktu Perayaan Kuih Bulan bukan sekadar amalan budaya, malah sebuah ingatan terhadap sejarah kesedaran politik. Menurut legenda abad ke-14 Dinasti Yuan, para pejuang Han yang ditindas menyembunyikan mesej rahsia di dalam kuih bulan. Mesej itu diedarkan dari rumah ke rumah untuk menyelaraskan kebangkitan rakyat. Kuih yang ringkas akhirnya menjadi simbol strategi, penentangan, dan perpaduan hakiki. Perjalanan moden Malaysi

Suara Keadilan
Sep 252 min read


Pasca Pengampunan Najib: Susun Semula Strategi Menuju PRU 16
Oleh: Shahbudin Embun ULASAN: Pengampunan bersyarat yang membolehkan Najib menjalani baki hukuman di rumah sehingga 23 Ogos 2028, tertakluk kepada syarat termasuk bayaran RM50 juta telah mencetuskan reaksi politik yang ketara. Umno secara terbuka melancarkan kutipan sumbangan bagi membantu menjelaskan RM50 juta tersebut. Justeru, bagi KEADILAN persoalan strategiknya bukan sekadar “bagaimana menyerang Najib?”. Persoalan yang lebih besar ialah bagaimana KEADILAN mahu meyakinkan

Suara Keadilan
Sep 242 min read


Gerakan Reformasi 1998: Perjalanan Awal Membina Sejarah Panjang Dua Dekad
Oleh: Mohd Yahya Mat Sahri Sebuah Catatan Saksi, Peserta dan Penggerak Akar Umbi "Saya tidak membaca sejarah Reformasi 1998. Saya berada di dalam sejarah itu." Reformasi 1998 bukan sekadar satu peristiwa politik. Ia adalah rangkaian peristiwa yang berlaku dalam tempoh yang amat pantas — bermula dengan pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada kerajaan pada 2 September 1998, berkembang melalui pertemuan rakyat, ceramah, jaringan akar umbi dan perjalanan merentas negeri, sebe

Suara Keadilan
Sep 227 min read


Guru Bukan Sekadar Pengajar: Pembina Manusia dan Peradaban
Oleh: Khairul Anuar Abdul Manap ULASAN: Tidak dapat dinafikan bahawa guru mempunyai kedudukan yang amat penting dalam kehidupan sesebuah masyarakat. Tugas guru bukan sekadar menyampaikan ilmu di dalam bilik darjah atau memastikan murid memperoleh keputusan peperiksaan yang baik. Sebaliknya, guru turut membentuk nilai, akhlak, identiti dan cara seseorang murid memahami dunia di sekelilingnya. Dari sudut sosiologi dan antropologi, guru boleh dianggap sebagai agen sosialisasi da

Suara Keadilan
Sep 174 min read


Institusi Asas Terhakis Demi Nafsu Politik
Oleh: Lai Cheng Heng ULASAN: Sambutan bulan September sepatutnya menjadi wadah paling megah buat rakyat Malaysia mengibarkan Jalur Gemilang sambil mengenang detik keramat pembentukan Persekutuan pada 1963. Namun, realiti landskap politik tanah air hari ini jauh panggang dari api. Di permukaan, Putrajaya tampak tenang di sebalik senyuman pimpinan serta pelancaran pelan pembangunan mega. Sebaliknya di belakang tabir, lantai pentas politik bergegar hebat akibat percaturan kua

Suara Keadilan
Sep 163 min read


Jangan Seleweng, Zalim: Ingat Akhirat, Tiada Jalan Kembali
Oleh: Dr Bam Al-Haj ULASAN: Saya terkena minyak panas di Kuching pada 20 Ogos lalu. Sudah 17 hari. Puncanya saya nak goreng ubi kayu berempah. Kuali agak kecil. Tiba-tiba api menyambar minyak. Saya bergegas ambil lapik kaki, basahkan sedikit dan tekup pada kuali. Malangnya kuali itu terjatuh dan minyak di kuali itu menyimbah kaki kiri saya. Dalam sekelip mata, rasa panas itu menyambar. Kulit terbakar. Pedihnya bukan kepalang. Sakitnya bukan sekadar pada permukaan kulit, tetap

Suara Keadilan
Sep 134 min read
bottom of page
