top of page

Ginie Lim selesai mengundi di SJK(C) Machap Umboo

Writer: Noraini Nordin
Noraini Nordin
14 minutes ago
1 min read
Calon PH bagi DUN N.08 Machap Jaya, Datuk Ginie Lim Siew Lin menunaikan tanggungjawab mengundi pada PRN Melaka ke-16 di SJK(C) Machap Umboo, hari ini.
Calon PH bagi DUN N.08 Machap Jaya, Datuk Ginie Lim Siew Lin menunaikan tanggungjawab mengundi pada PRN Melaka ke-16 di SJK(C) Machap Umboo, hari ini.


Calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.08 Machap Jaya, Datuk Ginie Lim Siew Lin menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJK(C)) Machap Umboo, hari ini.


Ginie hadir ke pusat mengundi berkenaan bagi membuang undi dalam proses demokrasi yang berlangsung serentak di seluruh negeri Melaka bagi memilih wakil rakyat untuk 28 kerusi DUN.


Kerusi Machap Jaya menyaksikan pertandingan tiga penjuru melibatkan Ginie Lim mewakili PH, penyandang Datuk Ngwe Hee Sem daripada Barisan Nasional (BN) dan Prasanth Kumar Brakasam daripada Parti Bersama Malaysia .


Datuk Ginie Lim selesai mengundi
Datuk Ginie Lim selesai mengundi

Ginie bukan nama baharu dalam politik kawasan berkenaan apabila pernah memenangi kerusi Machap Jaya pada Pilihan Raya Umum 2018 dengan majoriti 1,336 undi.


Pada PRN Melaka 2021, kerusi itu dimenangi Ngwe Hee Sem dengan majoriti 938 undi dalam pertandingan lima penjuru, manakala Ginie tidak bertanding ketika itu.


Sepanjang kempen PRN kali ini, Ginie turut menggunakan pendekatan digital menerusi laman sesawang yang menyediakan maklumat manifesto, pengenalan calon serta ruang untuk pengundi mengemukakan pandangan dan cadangan berkaitan keperluan setempat.


PRN Melaka ke-16 melibatkan keseluruhan 79 calon yang bertanding bagi merebut 28 kerusi DUN, dengan hari pengundian ditetapkan pada 14 November 2026. PRN Melaka 2026


Keputusan pengundian hari ini bakal menentukan wakil rakyat yang akan membawa suara penduduk Machap Jaya dalam Dewan Undangan Negeri Melaka bagi penggal akan datang.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page