top of page

Anak M40 belajar di IPT? Mahu komputer riba? Perlu bantuan sara hidup?

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 1 hour ago
  • 2 min read

Oleh: Darwish Zainal


ULASAN: Rungutan dan keluhan golongan M40 di Negeri Sembilan sebelum ini bakal berakhir sekiranya Pakatan Harapan Negeri Sembilan memenangi Pilihan Raya Negeri Ke-16 (PRN-16) Negeri Sembilan pada 1 Ogos nanti.


Sedia maklum insentif untuk pelajar yang menyambung pengajian ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) sebelum ini hanya terbuka kepada golongan B40 yang berpendapatan isi rumah RM4,000 dan ke bawah sahaja.


Bukan itu sahaja Sumbangan Komputer Riba (laptop) dan Bantuan Sara Hidup Mahasiswa juga sebelum ini hanya golongan B40 sahaja layak memohon.


Ini menyebabkan ada rungutan daripada golongan M40 di Negeri Sembilan dan kebanyakan mereka juga mendakwa menghadapi tekanan kos sara hidup.


Justeru itu, golongan M40 merasakan mereka juga seharusnya dibantu dengan pelbagai bantuan tersebut.


Bantuan untuk M40


Namun, segala keluh kesah golongan M40 bakal berakhir jika mereka mengundi dan mengekalkan Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan pada 1 Ogos 2026 ini.


Baik kita kupas apa manfaat yang golongan B40 dan M40 akan terima jika Pakatan Harapan kembali mentadbir Kerajaan Negeri Sembilan.


Setiap pelajar yang menyambung pengajian ke IPT akan menerima insentif one-off seperti berikut:


  • Sijil: RM500

  • Diploma: RM750

  • Diploma STEM: RM1,000 (baru diperkenalkan)

  • Ijazah Sarjana Muda: RM1,200 (sebelum ini RM1,000)

  • Ijazah Sarjana Muda STEM: RM1,500


Sudah tentu insentif ini akan membantu pelajar dan ibu bapa untuk menanggung perbelanjaan awal memasuki ke IPT sementara menunggu permohonan biasiswa atau PTPTN diluluskan yang biasanya mengambil masa kira-kira dua bulan daripada tarikh mula pengajian.


Pelajar IPI ini juga boleh memohon sumbangan komputer riba mengikut spesifikasi kursus mereka di IPT.


Ada pelajar jurusan kejuruteraan yang memerlukan komputer riba yang berspesifikasi tinggi dan harganya juga mahal.


Tiada masalah, Yayasan Negeri Sembilan (YNS) yang menguruskan permohonan ini akan menyediakan komputer riba mengikut permintaan spesifikasi pelajar itu dengan percuma.


Bukan komputer riba murah tapi yang berjenama popular dan semestinya yang baharu siap dengan jaminan waranti.


Bantuan sara hidup mahasiswa


Apa lagi yang pelajar IPT boleh memohon dengan Kerajaan Negeri? YNS menyediakan Bantuan Sara Hidup Mahasiswa sebanyak RM2,400 setahun atau RM200 sebulan.


Semua bantuan ini dijangka akan meringankan beban kewangan ibu bapa dan pelajar IPT anak Negeri Sembilan.


Fikir apa lagi? Ayuh, berikan sokongan dan undi kepada semua 36 calon Pakatan Harapan di Negeri Sembilan.


Tolak politik sempit dan berikan sokongan kepada Pakatan Harapan yang membantu semua kaum tanpa mengira fahaman politik.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page