RCI Tabung Haji: Enam Fakta Rakyat Perlu Tahu
- Suara Keadilan

- 1 day ago
- 2 min read
Updated: 1 hour ago

Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Lembaga Tabung Haji (TH) yang didedahkan baru baru ini mencakupi beberapa penemuan.
Antara penemuan yang rakyat, khususnya pendeposit Tabung Haji perlu tahu ialah:
Tujuh daripada 4 pelaburan TH rugi 100 peratus.
RM1.5 bilion dibayar menggunakan wang TH kepada orang tengah untuk memajak hotel di Mekah dan Madinah, namun sewa hotel berkenaan yang sepatutnya dikutip tidak dikutip.
RM193 juta dana digunakan untuk membeli 30 peratus saham syarikat Putrajaya Perdana yang didakwa terkait sekutu rapat Perdana Menteri Najib Razak ketika itu, Jho Low.
RM27 juta dari anak syarikat Putrajaya Perdana didakwa masuk ke akaun Najib. Hal itu didedahkan dalam pendakwaan pengubahan wang haram ke atas Najib di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Pada 2017, TH bayar hibah kepada pendeposit walaupun rugi RM1.4 bilion. Akaun diputar belit untuk menggambarkan TH untung RM3.4 bilion. Hal ini melanggar Akta Tabung Haji tetapi dilakukan kerana kerajaan BN waktu itu akan menghadapi Pilihan Raya Umum pada 2018.
Jumlah kerugian TH pada zaman Kerajaan BN ialah RM12.6 bilion.
Rakyat juga perlu tahu skandal TH berlaku era zaman pemerintahan BN dan hanya terdedah apabila BN kalah pada PRU 2018, ketika Putrajaya ditadbir oleh Kerajaan Pakatan Harapan 1.0.
Kronologi:
2014–2016: Bank Negara beri lima surat amaran kepada TH. PH yang merupakan pembangkang ketika itu mendedahkan hal kerugian kepada rakyat tetapi dinafikan kerajaan.
2018: Kerajaan PH ambil alih pentadbiran negara dan dedahkan kerugian TH. Usaha baik pulih TH dilakukan, namun BN dan Pas ketika itu mendakwa Kerajaan PH menjual aset TH kepada bukan Islam.
2020–2022: BN-PN ambil alih kerajaan di Putrajaya. Mereka tubuhkan RCI TH kerana tidak percaya dengan hujah Kerajaan PH sebelumnya.
2022: RCI TH siap pada Ogos 2022 tetapi kerajaan BN-PN tidak mendedahkannya kepada umum.
2026: Kerajaan Madani mendedahkan RCI TH kepada umum setelah yakin TH telah berjaya dibaikpulih.




Comments