top of page

Tekad PMX: Reformasi Mesti Diteruskan, Malaysia Mesti Dibersihkan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 54 minutes ago
  • 2 min read
Pidato DS Anwar yang tegas dan mantap membangkitkan semangat juang menentang korupsi dalam negara
Pidato DS Anwar yang tegas dan mantap membangkitkan semangat juang menentang korupsi dalam negara

Oleh: Shahbudin Embun


ULASAN: Saya telah dua kali mendengar ucapan dasar Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX) di Kongres Nasional KEADILAN 2026.


Terus terang saya katakan, saya cukup teruja.


Ucapan PMX kali ini bukan sekadar ucapan seorang Presiden parti. Ia adalah amanat seorang Perdana Menteri yang cukup yakin bahawa agenda reformasi mesti diteruskan dan Malaysia mesti dibersihkan daripada rasuah, salah guna kuasa serta kelemahan tatakelola.


Yang paling menarik ialah ketegasan beliau mengenai Tabung Haji dan FELDA.


Selepas isu Tabung Haji, perhatian kini akan diberikan kepada FELDA susulan titah Yang di-Pertuan Agong. Mesej PMX cukup jelas — tiada siapa harus dilindungi sekiranya berlaku pengkhianatan terhadap amanah rakyat.


Namun beliau juga menegaskan bahawa siasatan mesti dilakukan secara profesional dan berdasarkan bukti. Bukan politik dendam, tetapi kedaulatan undang-undang.


Perpaduan Sabah, Sarawak penting


Saya juga tertarik dengan penegasan beliau mengenai Sabah dan Sarawak.

Penulis bersama Anwar di Bukit Gasing (2018)
Penulis bersama Anwar di Bukit Gasing (2018)

Malaysia bukan hanya Kuala Lumpur atau Semenanjung. Sabah dan Sarawak ialah sebahagian daripada jantung Malaysia dan mesti terus diberikan perhatian dalam pembangunan negara.


Lebih menarik, PMX mengangkat kembali pemikiran negarawan Dato’ Onn Jaafar yang melampaui zamannya — gagasan politik untuk semua kaum.


Semangat itu diterjemahkan Anwar dengan mesej yang cukup besar:


Anak Cina anak saya.

Anak India anak saya.

Anak Melayu anak saya.

Anak Iban anak saya.

Anak semua rakyat Malaysia ialah anak kita bersama.

Inilah wajah Malaysia yang kita mahu.


Bagi saya, ucapan ini juga memberikan satu mesej penting: KEADILAN masih relevan selagi perjuangan reformasi terus diterjemahkan melalui tindakan.


Rakyat tidak mahu sekadar slogan.


Rakyat mahu melihat rasuah diperangi, institusi diperkukuh, tatakelola diperbaiki dan ekonomi negara terus dimakmurkan.


Dan saya melihat satu perkara yang cukup jelas daripada ucapan PMX: PRU16 bukan perkara utama buat masa ini.


Yang lebih penting ialah menyelesaikan kerja membina dan membersihkan negara.


Jika reformasi masih perlu diteruskan, biarlah PMX terus bekerja.


Bersihkan institusi.

Perangi rasuah.

Perkukuh tatakelola.

Makmurkan ekonomi.

Bela rakyat.


Semangat perjuangan


Selepas melalui ujian kesihatan dan kembali tampil dengan tenaga serta kemahiran pidato yang begitu meyakinkan, PMX sekali lagi memperlihatkan bahawa beliau masih mempunyai semangat perjuangan yang kuat untuk mentransformasikan Malaysia.


Mesejnya cukup loud and clear:


Reformasi belum selesai

Malaysia mesti dibersihkan.

Dan amanah rakyat mesti dijaga.

Penulis merupakan penganalisis politik dan Pengerusi Biro Politik Sekretariat Gerak Gempur Media Sosial Rakyat Malaysia

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page