top of page

Berita


“Jangan berleter, mengeluh dan salahkan orang bila kalah”
Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan anggota parti supaya menerima kekalahan dengan sabar, tanpa berleter, mengeluh atau menyalahkan pihak lain, sebaliknya menjadikan kegagalan sebagai ruang untuk memperbaiki kelemahan dan meneruskan perjuangan. Ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada Kongres Nasional KEADILAN 2026 di MITC, Melaka hari ini, Anwar mengambil pengalaman Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun sebagai contoh pemimpin yan

Sidiqin Omar
Aug 162 min read


Malaysia tidak boleh terpisah dari politik global - Nurul Izzah
Malaysia tidak boleh mengasingkan diri daripada perkembangan politik global, sebaliknya rakyat perlu melihat peranan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Kerajaan MADANI dalam memperjuangkan nasib negara-negara yang berdepan penindasan serta tekanan kuasa besar. Timbalan Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar (gambar) berkata, Malaysia mempunyai tanggungjawab untuk bersuara dalam isu antarabangsa kerana pergolakan di negara lain turut memberi kesan langsung kepada kehi

Sidiqin Omar
Aug 162 min read


Kuasa mesti dilihat sebagai amanah, bukan matlamat politik
Kuasa politik tidak seharusnya dilihat sebagai matlamat untuk memiliki kedudukan, sebaliknya satu amanah yang menuntut tanggungjawab kepada rakyat, kata Timbalan Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar (gambar). Ketika menyampaikan ucapan penggulungan Kongres Nasional KEADILAN 2026 di MITC, Melaka, beliau berkata kepimpinan parti perlu memastikan institusi lebih kukuh daripada individu, manakala undang-undang mesti melindungi semua rakyat tanpa mengira kedudukan atau nama. "Dala

Sidiqin Omar
Aug 162 min read


Tekad PMX: Reformasi Mesti Diteruskan, Malaysia Mesti Dibersihkan
Pidato DS Anwar yang tegas dan mantap membangkitkan semangat juang menentang korupsi dalam negara Oleh: Shahbudin Embun ULASAN: Saya telah dua kali mendengar ucapan dasar Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX) di Kongres Nasional KEADILAN 2026. Terus terang saya katakan, saya cukup teruja. Ucapan PMX kali ini bukan sekadar ucapan seorang Presiden parti. Ia adalah amanat seorang Perdana Menteri yang cukup yakin bahawa agenda reformasi mesti diteruskan dan Malaysia m

Suara Keadilan
Aug 152 min read


Anugerah Bill Kayong diberikan kepada empat penerima
Dr Wan Azizah menyampaikan anugerah Bill Kayong kepada wakil Allahyarham Mohd Shahanaz Anugerah Bill Kayong dari Parti Keadilan Rakyat pada tahun ini diberikan kepada empat individu yang dinilai mempunyai jasa besar dalam memperkukuhkan perjuangan dan gerak kerja KEADILAN. Anugerah berkenaan disampaikan oleh Timbalan Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar; Ketua Majlis Penasihat KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; dan Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Dr Fuziah Salleh

Suara Keadilan
Aug 152 min read


Kerajaan akan mansuh AUKU, kebebasan lebih luas kepada mahasiswa
DS Anwar mengumumkan pemasungan AUKU di Kongres Nasional Tahunan KEADILAN 2026 Kerajaan akan memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) bagi memberikan kebebasan yang lebih luas kepada mahasiswa, kata Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Perdana Menteri berkata keputusan itu dibuat selepas kerajaan mengambil kira pandangan mahasiswa yang masih merasakan beberapa peruntukan di bawah AUKU menghalang kebebasan mereka, meskipun beberapa pindaan telah dil

Suara Keadilan
Aug 151 min read


KEADILAN Bangkit: Memugar Reformasi, Membina Madani
Oleh: Khairul Anuar Abdul Manap ULASAN: Kongres Nasional KEADILAN 2026 kali ini bertema “Memugar Reformasi, Membina MADANI”, mengajak kita melihat kembali sebuah perjalanan yang bukan sahaja panjang dari segi politik, tetapi juga besar maknanya kepada perubahan masyarakat Malaysia. Lebih dua dekad telah berlalu sejak Reformasi menjadi sebahagian daripada bahasa perubahan negara. Dalam tempoh itu, masyarakat turut berubah. Cara rakyat mendapatkan maklumat berubah. Cara generas

Suara Keadilan
Aug 154 min read


KEADILAN ditubuhkan menongkah arus, bawa politik tanpa asas kaum — Anwar
Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan parti itu diasaskan daripada pengalaman perjuangan yang penuh getir, termasuk menghadapi tekanan, penghinaan dan kecaman dalam usaha membawa politik Malaysia yang tidak berasaskan kaum. Menurut beliau, penubuhan KEADILAN merupakan usaha menongkah arus politik ketika gagasan parti yang tidak berteraskan kaum dilihat sukar untuk berkembang dalam landskap politik negara. "Parti ini diasaskan dari perit getir, dari dewan ke j

Suara Keadilan
Aug 152 min read


Berhenti jaga hati rakan politik seperti Umno - AMK Pulau Pinang
Ketua AMK Pulau Pinang, Muhammad Fadzli Roslan. Kredit foto: FMT Pemimpin KEADILAN didesak berhenti bersikap 'people pleaser' atau terlalu menjaga hati rakan politik seperti Umno sehingga merugikan parti sendiri. Ketua AMK Pulau Pinang, Muhammad Fadzli Roslan berkata, seluruh kepimpinan parti, daripada Majlis Pimpinan Pusat (MPP), AMK, hingga ke Wanita perlu lebih berani mempertahankan parti dan Presiden, Datuk Seri Anwar Ibrahim. "Cukup-cukuplah jaga hati kawan. Hati kita, s

Suara Keadilan
Aug 151 min read


Jangan terperangkap manipulasi sentimen agama, jawab dengan fakta
Kamil menyampaikan ucapan penggulungan Kongres Nasional AMK 2026 di MITC. petang tadi Angkatan Muda KEADILAN (AMK) menggesa rakyat supaya tidak mudah terperangkap dengan permainan sentimen agama dan emosi dalam politik, sebaliknya menilai setiap isu berdasarkan fakta serta rekod pentadbiran. Ketuanya, Muhammad Kamil Abdul Munim berkata penerangan berasaskan fakta perlu dipergiat bagi memastikan masyarakat tidak terpengaruh dengan naratif yang menggambarkan seolah-olah pihak t

Helmi Mohd Foad
Aug 142 min read


Bersedia hadapi penjajaran baharu, susun strategi hadapi pilihanraya
KEADILAN perlu bersedia menilai semula bentuk kerjasama politik sedia ada dan menyusun strategi baharu bagi menghadapi kemungkinan perubahan jajaran menjelang pilihan raya umum akan datang susulan pengalaman dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan baru-baru ini. Timbalan Ketua Wanita KEADILAN Juwairiya Zulkifli (gambar) berkata keputusan pilihanraya berkenaan perlu dipandang serius apabila KEADILAN kehilangan kerusi di Johor selain sebuah kerajaan negeri di

Helmi Mohd Foad
Aug 143 min read


Menangi semula kepercayaan rakyat, jangan tunggu pilihan raya - Rozana
KEADILAN perlu memperhebat usaha mendapatkan dan mengekalkan kepercayaan rakyat dengan kembali mendekati masyarakat serta mendengar sendiri keresahan mereka bagi memperkukuhkan kedudukan parti menjelang Pilihan Raya Umum akan datang. Naib Ketua Wanita KEADILAN Rozana Zainal Abidin (gambar) berkata, cabaran terbesar parti ketika ini bukan sekadar memenangi pilihanraya sebaliknya memastikan rakyat kembali yakin terhadap perjuangan serta kemampuan KEADILAN membawa perubahan. "Ca

Helmi Mohd Foad
Aug 143 min read


Wanita KEADILAN perlu kembali ke akar umbi, dekati rakyat - Fadhlina
Fadhlina menyampaikan menyampaikan ucapan penggulungan Kongres Nasional Wanita KEADILAN Pimpinan dan anggota Wanita KEADILAN di seluruh negara perlu kembali ke akar umbi dengan mempergiat usaha mendekati rakyat bagi memahami sendiri masalah serta keperluan mereka. Ketua Wanita KEADILAN, Fadhlina Sidek berkata gerak kerja bersama rakyat perlu kembali menjadi asas perjuangan parti khususnya dalam memastikan tiada golongan yang berdepan kesukaran dibiarkan tanpa perhatian dan ba

Helmi Mohd Foad
Aug 142 min read


Perkukuh jentera, tumpu pengundi wanita, terangkan isu Tabung Haji
Jentera parti perlu diperkukuh dan gerak kerja pilihanraya, khususnya kepada pengundi wanita harus dilakukan mulai sekarang sama ada untuk menghadapi pilihan raya umum ke 16 atau Pilihan Raya Negeri Melaka pada hujung tahun ini. Menurut Ketua Wanita KEADILAN, Fadhlina Sidek (gambar), Melaka merupakan negeri penting kepada KEADILAN dan seluruh kekuatan parti perlu digerakkan bagi memastikan persiapan pilihanraya dibuat secara optimum. "Negeri Melaka sangat penting untuk kita.

Suara Keadilan
Aug 142 min read


Jangan wujud ‘parti dalam parti’, beri lebih peranan kepada anak muda
Nurul Izzah memberi ucapan perasmian penuh makna di MITC, Air Keroh, Melaka Kepimpinan dan anggota parti tidak wajar membiarkan pertelingkahan dalaman menjejaskan usaha memenangi hati rakyat, termasuk mengelakkan kewujudan “parti dalam parti”. Timbalan Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar berkata, kekuatan organisasi tidak akan terbina sekiranya berlaku perebutan pengaruh dalam parti. "Kita tidak jadi kuat kalau wujud parti dalam parti. Dua nakhoda mengemudi satu kapal atau w

Suara Keadilan
Aug 144 min read


AMK lancar jentera pilihanraya, siap sedia hadapi PRN
Pemimpin AMK Pusat mengagihkan bendera kepada wakil AMK tanda kesiapsiagaan menghadapi PRN Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Pusat melancarkan jentera pilihanraya AMK Melaka sebagai simbolik persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang akan diadakan pada bila-bila masa. Pelancaran itu menyaksikan Ketua AMK Pusat, Muhammad Kamil Abdul Munim; Setiausaha AMK Pusat, Omar Mokhtar A Manap; Pemangku Majlis Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) KEADILAN Melaka, Adam Adli A

Suara Keadilan
Aug 141 min read


AMK susun segera kekuatan hadapi PRU16 - Omar Mokhtar
Angkatan Muda KEADILAN (AMK) perlu segera menyusun kekuatan, memperkemas organisasi dan memastikan jentera parti bersedia bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-16, kata Setiausaha AMK Pusat, Omar Mokhtar A Manap (gambar). Beliau berkata, Kongres AMK kali ini berlangsung dalam keadaan cabaran politik semakin hebat selepas Pakatan Harapan kalah dalam Pilihan Raya Negeri Johor dan Negeri Sembilan. "Kongres ini berlangsung ketika cabaran semakin hebat. Landskap politik berub

Redzuan Shamsudin
Aug 142 min read


Reformasi tidak boleh terhenti, politik keyakinan ganti 'Melayu terancam'
Kamil menyampaikan ucapan dasar Ketua AMK di Kongres Nasional KEADILAN 2026. Angkatan Muda KEADILAN menegaskan perjuangan Reformasi tidak boleh disempitkan kepada persoalan siapa yang memegang kerajaan, sebaliknya perlu diterjemahkan melalui pengukuhan institusi, pentadbiran telus, ekonomi lebih adil serta pendidikan yang membuka peluang kepada rakyat. Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Muhammad Kamil Abdul Munim berkata, negara kini berada dalam zaman yang berubah pantas de

Redzuan Shamsudin
Aug 134 min read
bottom of page
