top of page

AMK lancar jentera pilihanraya, siap sedia hadapi PRN

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 1 hour ago
  • 1 min read
Pemimpin AMK Pusat mengagihkan bendera kepada wakil AMK tanda kesiapsiagaan menghadapi PRN
Pemimpin AMK Pusat mengagihkan bendera kepada wakil AMK tanda kesiapsiagaan menghadapi PRN

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Pusat melancarkan jentera pilihanraya AMK Melaka sebagai simbolik persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang akan diadakan pada bila-bila masa.


Pelancaran itu menyaksikan Ketua AMK Pusat, Muhammad Kamil Abdul Munim; Setiausaha AMK Pusat, Omar Mokhtar A Manap; Pemangku Majlis Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) KEADILAN Melaka, Adam Adli Abd Halim serta Timbalan Ketua AMK Pusat, Izuan Kassim menyerahkan bendera KEADILAN kepada 28 wakil AMK daripada setiap DUN di Melaka.


Wakil AMK DUN Rim menerima bendera KEADILAN tanda bermula gerak kerja pilihanraya
Wakil AMK DUN Rim menerima bendera KEADILAN tanda bermula gerak kerja pilihanraya

Majlis dimulakan dengan penyerahan bendera kepada wakil DUN Kuala Linggi sebelum diteruskan kepada wakil-wakil AMK DUN yang lain.


Pelancaran jentera di Kongres Nasional Angkatan Muda Keadilan 2026 berkenaan menjadi simbolik bahawa AMK Melaka mula menggerakkan persiapan menghadapi PRN, khususnya dalam memastikan jentera di peringkat akar umbi berada dalam keadaan siap siaga.


Persiapan awal itu dilihat penting memandangkan tempoh DUN Melaka akan berakhir pada Oktober ini dan dewan boleh dibubarkan pada bila bila masa.


Penyerahan bendera kepada wakil 28 DUN turut melambangkan komitmen AMK untuk memperkukuh gerak kerja di setiap kawasan secara tersusun.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page