top of page

Berita


Fahmi Bukan Kambing Hitam: Berani Mohon Maaf, Jangan Lupa Jasanya
DS Fahmi memohon maaf atas kekurangan beliau dalam ucapan penggulungan di Kongres Nasional KEADILAN Oleh: Shahbudin Embun ULASAN: Saya mengikuti dengan penuh perhatian perkembangan Kongres Nasional KEADILAN 2026 di Melaka, khususnya kritikan yang dilemparkan terhadap Ketua Penerangan KEADILAN merangkap Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil. Namun yang lebih menarik perhatian saya ialah keberanian dan sifat rendah diri beliau untuk berdiri di hadapan seluruh perwakilan s

Suara Keadilan
Aug 194 min read


Kongres KEADILAN selesai, masa untuk bekerja – Dr Suhaimi Ibrahim
Para perwakilan yang menghadiri kongres diharap membawa pulang semangat baharu tingkat gerak kerja Kongres Nasional KEADILAN 2026 yang melabuhkan tirainya semalam perlu menjadi titik permulaan kepada gerak kerja lebih agresif parti, khususnya dalam memperkukuh organisasi dan mendekati rakyat, kata Ketua Penerangan KEADILAN Pahang, Datuk Dr Suhaimi Ibrahim. Beliau berkata mesej Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ucapan penggulungan dan penangguhan kongres jelas

Suara Keadilan
Aug 172 min read


KEADILAN Alor Gajah raih Anugerah Ranting Tertinggi peringkat negeri
Ramli berfoto bersama Anugerah Ranting Tertinggi di peringkat negeri KEADILAN Cabang Alor Gajah meraih pengiktirafan Anugerah Ranting Tertinggi di peringkat negeri sempena Kongres Nasional Tahunan KEADILAN Ke-19 yang berlangsung di MITC, Melaka dari 14 hingga 16 Ogos lalu. Pengiktirafan itu diberikan kepada Setiausaha Pengelola KEADILAN Cabang Alor Gajah, Saudara Ramli Abdul Ghani, sebagai penghargaan terhadap usaha memperkukuh organisasi parti hingga ke peringkat akar umbi.

Suara Keadilan
Aug 171 min read


Kongres KEADILAN 2026 cetus semangat baharu Reformasi – Mustaffa Kamil
Kongres Nasional KEADILAN 2026 yang melabuhkan tirai di Melaka semalam disifatkan berjaya mencetuskan lonjakan semangat baharu dalam kalangan anggota parti untuk menggerakkan agenda Reformasi dan Malaysia MADANI. Mantan Naib Presiden KEADILAN, Datuk Mustaffa Kamil Ayub (gambar) berkata, semangat tersebut jelas dirasai ketika mengikuti ucapan penggulungan pimpinan dan Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada kongres berkenaan. "Alhamdulillah, 16 Ogos 2026, Ahad, di Kon

Redzuan Shamsudin
Aug 171 min read


Kongres KEADILAN 2026 tiup semangat perhebat gerak kerja
Kongres Nasional KEADILAN 2026 yang berakhir semalam menjadi wadah utama dalam memugar kembali tekad serta semangat perjuangan parti. Ketua Penerangan KEADILAN Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, beliau berharap kongres tersebut akan menyuntik semangat untuk memperkukuh gerak kerja parti dan memastikan agenda perjuangan terus memberi manfaat kepada rakyat. "Sepanjang tiga hari ini, kita berhimpun bukan sekadar untuk berucap dan berbahas, tetapi untuk bermuhasabah, mendengar suar

Azuan Ab Rahman
Aug 171 min read


AUKU dimansuhkan sepenuhnya, tiada akta ganti - PM
Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 akan dimansuh secara keseluruhan dan tidak akan digantikan dengan undang-undang baharu yang mengongkong mahasiswa. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, pemansuhan AUKU bertujuan menjamin kebebasan mahasiswa serta memastikan mereka tidak terus terikat dengan undang-undang khusus yang menyekat pergerakan dan kegiatan di kampus. "Kita sudah setuju tentang pemansuhan AUKU. Saya hendak jelaskan bahawa saya tidak mahu

Suara Keadilan
Aug 171 min read


Tian Chua kembali bersama KEADILAN
Pengumuman penerimaan semula Chua Tian Chang atau Tian Chua (gambar) ke dalam Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) disambut baik pimpinan dan anggota parti, khususnya dalam kalangan pejuang Reformasi. Ahli Jawatankuasa Biro Latihan KEADILAN Wilayah Persekutuan, Rozan Azen Mat Rasip berkata, beliau gembira dengan keputusan Presiden KEADILAN merangkap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengembalikan keanggotaan Tian Chua dalam parti. "Saya berasa syukur dan menyambut dengan

Suara Keadilan
Aug 162 min read


“Jangan berleter, mengeluh dan salahkan orang bila kalah”
Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan anggota parti supaya menerima kekalahan dengan sabar, tanpa berleter, mengeluh atau menyalahkan pihak lain, sebaliknya menjadikan kegagalan sebagai ruang untuk memperbaiki kelemahan dan meneruskan perjuangan. Ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada Kongres Nasional KEADILAN 2026 di MITC, Melaka hari ini, Anwar mengambil pengalaman Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun sebagai contoh pemimpin yan

Sidiqin Omar
Aug 162 min read


Buang sikap ‘ananiyah’, rasa diri sendiri paling pandai
Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan seluruh pimpinan dan anggota parti supaya menjauhi sikap ananiyah atau terlalu mementingkan diri sehingga merasakan diri sendiri paling pandai, paling baik dan paling hebat. Dalam ucapan penggulungan Kongres Nasional KEADILAN 2026 hari ini, Anwar berkata sikap sedemikian tidak seharusnya wujud kepada individu dalam parti yang memilih jalan perjuangan sukar yang menuntut kesetiaan, kerendahan hati serta kesediaan bekerja

Sidiqin Omar
Aug 162 min read


Selesai salah urus Tabung Haji, sambung Felda, agensi lain
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan kerajaan akan meneruskan usaha memperkemas tadbir urus dan menangani kelemahan dalam institusi serta agensi kerajaan, termasuk Felda, selepas isu Tabung Haji diteliti dan tindakan susulan dilaksanakan. Berucap pada sesi penggulungan Kongres Nasional KEADILAN 2026 di Melaka hari ini, Presiden KEADILAN berkata perkembangan itu memberi isyarat bahawa pendedahan dan penelitian laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) serta

Sidiqin Omar
Aug 162 min read


Hubungan dengan Umno: Pilih kestabilan, kemakmuran, kerjasama - Anwar
DS Anwar memberi pencerahan dan ketetapan hubungan PH dan BN Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa beliau memilih kestabilan politik, kemakmuran rakyat dan meneruskan kerjasama dengan Umno serta Barisan Nasional (BN) di peringkat Kerajaan Persekutuan demi kepentingan negara. Berucap ketika penggulungan Kongres Nasional KEADILAN 2026 di Melaka hari ini, Anwar berkata sebarang keputusan berkaitan hubungan politik tidak seharusnya didorong oleh kekesalan

Sidiqin Omar
Aug 162 min read


Malaysia tidak boleh terpisah dari politik global - Nurul Izzah
Malaysia tidak boleh mengasingkan diri daripada perkembangan politik global, sebaliknya rakyat perlu melihat peranan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Kerajaan MADANI dalam memperjuangkan nasib negara-negara yang berdepan penindasan serta tekanan kuasa besar. Timbalan Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar (gambar) berkata, Malaysia mempunyai tanggungjawab untuk bersuara dalam isu antarabangsa kerana pergolakan di negara lain turut memberi kesan langsung kepada kehi

Sidiqin Omar
Aug 162 min read


Kuasa mesti dilihat sebagai amanah, bukan matlamat politik
Kuasa politik tidak seharusnya dilihat sebagai matlamat untuk memiliki kedudukan, sebaliknya satu amanah yang menuntut tanggungjawab kepada rakyat, kata Timbalan Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar (gambar). Ketika menyampaikan ucapan penggulungan Kongres Nasional KEADILAN 2026 di MITC, Melaka, beliau berkata kepimpinan parti perlu memastikan institusi lebih kukuh daripada individu, manakala undang-undang mesti melindungi semua rakyat tanpa mengira kedudukan atau nama. "Dala

Sidiqin Omar
Aug 162 min read


Adab berbeza pandangan diutamakan, kritik berasaskan hujah - Saifuddin
Pemangku Timbalan Presiden KEADILAN, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (gambar), menegaskan perbezaan pandangan dalam parti perlu disampaikan dengan adab, hujah dan sandaran yang jelas, bukannya didorong ego, kedegilan atau kepentingan peribadi. Beliau berkata, perbezaan pendapat merupakan perkara yang sihat dalam sesebuah organisasi selagi setiap pihak mempunyai hujah dan bersedia menerima keputusan bersama demi mengelakkan perpecahan serta kemudaratan. Menurutnya, perkar

Sidiqin Omar
Aug 163 min read


Tingkat sokongan masyarakat India, Melayu - Amirudin
KEADILAN perlu berdepan realiti penurunan sokongan dalam kalangan masyarakat India dan Melayu di sesetengah kawasan, susulan perubahan pola pengundian yang ketara berbanding pilihan raya sebelum ini. Naib Presiden KEADILAN, Datuk Seri Amirudin Shaari, berkata data yang dibentangkan menunjukkan sokongan masyarakat India kepada Pakatan Harapan (PH) yang sebelum ini melebihi 70 peratus kini merosot kepada kurang daripada 45 peratus. Beliau berkata, keadaan lebih mencabar dalam k

Sidiqin Omar
Aug 162 min read


Jentera pilihanraya diperkukuh, runtuhkan tembok politik perkauman
KEADILAN akan memperkukuh jentera pilihanraya dengan Jawatankuasa Pilihan Raya Parti (JPRP) diarahkan melengkapkan pasukan dalam tempoh dua minggu sebelum gerak kerja diperluaskan ke Kedah dan Perlis. Naib Presiden KEADILAN, Datuk Seri Amiruddin Shaari (gambar) berkata, langkah itu penting bagi memastikan parti bersedia menghadapi medan pilihan raya selain melengkapkan agenda Reformasi yang diperjuangkan parti. "Jawatankuasa pilihan raya akan lengkapkan dalam tempoh dua mingg

Sidiqin Omar
Aug 162 min read


Penerangan isu kejayaan kerajaan perlu sampai ke setiap rumah
Penerangan mengenai dasar, inisiatif dan kejayaan Kerajaan MADANI perlu digerakkan secara berterusan sehingga sampai ke setiap keluarga dan setiap rumah, kata Naib Presiden KEADILAN, Datuk Seri Ramanan Ramakrishnan (gambar). Beliau berkata, setiap perwakilan dan anggota parti perlu memainkan peranan menggunakan media sosial untuk menyampaikan maklumat berasaskan fakta mengenai usaha kerajaan kepada rakyat. "Setiap perwakilan yang ada dalam dewan ini mempunyai akaun media sosi

Sidiqin Omar
Aug 162 min read


'M'sia kembali dihormati dunia, mansuh AUKU tanda reformasi total dilaksanakan'
Malaysia kini kembali mendapat penghormatan dan keyakinan di peringkat antarabangsa selepas empat tahun diterajui Perdana Menteri merangkap Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Muhammad Kamil Abdul Munim (gambar). Beliau berkata, pencapaian itu amat membanggakan selepas Malaysia sebelum ini terpalit dengan skandal kewangan berskala besar 1Malaysia Development Bhd yang menjejaskan reputasi negara di mata dunia. "Empat tahun nega

Suara Keadilan
Aug 163 min read


Kekuatan KEADILAN bergantung kepada anggota, bukan siapa bersama parti
Kekuatan KEADILAN tidak bergantung kepada siapa yang bersama atau meninggalkan parti atau siapa rakan sekutu, sebaliknya berpaksikan kekuatan anggota yang terus setia kepada perjuangan, kata Ketua Wanita KEADILAN, Fadhlina Sidek (gambar). Beliau berkata, kekuatan sebenar parti dapat dilihat melalui anggota akar umbi yang terus menghidupkan ranting dan cabang, selain sanggup bekerja keras ketika pilihanraya tanpa mengharapkan populariti. "Kekuatan parti tidak bergantung siapa

Suara Keadilan
Aug 162 min read


KEADILAN perlu dekati ‘ekonomi perut’ rakyat, bukan sekadar ‘ekonomi periuk’
KEADILAN perlu memperkukuh komunikasi dan penerangan kepada rakyat dengan memberi tumpuan kepada isu yang benar-benar dirasai dalam kehidupan seharian, bukan sekadar membentangkan pencapaian ekonomi dalam bentuk angka makro, kata Ketua Penerangan KEADILAN, Datuk Seri Fahmi Fadzil (gambar). Beliau berkata, teguran yang diterimanya selepas pembentangan usul pada Kongres Nasional KEADILAN 2026 menjadi dorongan untuk beliau memperbaiki kelemahan dari aspek penyampaian dan komunik

Suara Keadilan
Aug 163 min read
bottom of page
