top of page

AUKU dimansuhkan sepenuhnya, tiada akta ganti - PM

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Aug 17
  • 1 min read

Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 akan dimansuh secara keseluruhan dan tidak akan digantikan dengan undang-undang baharu yang mengongkong mahasiswa.


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, pemansuhan AUKU bertujuan menjamin kebebasan mahasiswa serta memastikan mereka tidak terus terikat dengan undang-undang khusus yang menyekat pergerakan dan kegiatan di kampus.


"Kita sudah setuju tentang pemansuhan AUKU. Saya hendak jelaskan bahawa saya tidak mahu pindaan, AUKU wajib dimansuhkan sepenuhnya.

"Saya tidak akan benarkan mana-mana peraturan atau undang-undang gantian yang mengongkong kegiatan mahasiswa," katanya dipetik laporan media.


Anwar yang juga Presiden KEADILAN berkata begitu menerusi ucapan penggulungan pada Kongres Nasional Tahunan KEADILAN di Melaka, semalam.


Sementara itu, sebagai mengulas kebimbangan mengenai kemungkinan mahasiswa melakukan kesalahan selepas AUKU dimansuhkan beliau berkata, undang-undang jenayah dan peraturan tatatertib sedia ada sudah memadai.


"Saya tidak bermaksud untuk melonggarkan peraturan tatatertib atau undang-undang jenayah sedia ada, tetapi undang-undang khas bagi mahasiswa seperti AUKU tidak wajar diteruskan.


"Saya akan tegaskan perkara ini dalam mesyuarat Jemaah Menteri bahawa saya tidak bersetuju dengan apa-apa pindaan atau akta penggantian yang mengekang kegiatan mahasiswa," tambahnya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page