Belanjawan 2027 kekalkan keyakinan pelabur, ekonomi diurus dengan baik


Kehadiran pelbagai pelabur antarabangsa termasuk syarikat gergasi seperti Google ke Malaysia mencerminkan keyakinan terhadap tadbir urus Kerajaan MADANI yang dipimpin oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bagi Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis, Ustaz Mohd Zawawi Ahmad Mughni, dakwaan Ketua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainuddin baru baru ini kononnya kerajaan Madani mengambil dana dari Petronas seolah olah seperti membunuh 'angsa bertelur emas' adalah mengarut sama sekali.
Beliau berkata, prestasi ekonomi Malaysia ketika ini amat baik berbanding era Kerajaan Perikatan Nasional (2020 - 2022) yang mana Hamzah pernah menjadi menteri pada waktu itu.
"Kata-kata bahawa kerajaan tidak tahu mentadbir sebenarnya ungkapan klise yang sengaja diulang-ulang, seolah-olah keadaan negara kita buruk dan ekonomi lemah, sedangkan realitinya inflasi kita antara yang terendah di rantau ini dan ekonomi semakin berkembang.
"Ini kerana pelabur melihat tadbir urus yang baik serta kesungguhan Kerajaan Madani menangani rasuah dan penyalahgunaan kuasa, sekali gus meyakinkan mereka untuk melabur di negara kita," katanya.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kritikan Hamzah terhadap keupayaan Kerajaan Madani mentadbir ekonomi negara selepas pembentangan Belanjawan 2027 lalu.
Tegas Zawawi, keupayaan Datuk Seri Anwar dalam memulihkan ekonomi dan mengembalikan kepercayaan antarabangsa tidak boleh ditandingi sesiapa dalam sedekad ini.
Malah, katanya tiga tahun di bawah Kerajaan Madani jauh lebih baik berbanding tiga tahun Kerajaan PN yang menyaksikan ekonomi tidak berkembang, inflasi tinggi dan beberapa barang keperluan asas seperti telur dan ayam sukar didapati di pasaran.
"Kita melihat perbandingan kerajaan yang dibina oleh PN dahulu dengan sekarang.
"Kita lihat prestasinya jauh lebih baik dalam Kerajaan MADANI ini," ujarnya lagi.




Comments