top of page

Berita


Pas-BN: 'Perpaduan ke arah kebinasaan Melayu'
Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (AMANAH), Khalid Abd Samad menyifatkan kerjasama Umno-Barisan Nasional (BN) dengan Pas dan sekutunya bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka sebagai gabungan politik yang amat merugikan orang Melayu. Beliau berkata kerjasama itu memperlihatkan Pas semakin mengetepikan prinsip perjuangan Islam yang selama ini menjadi asas parti berkenaan demi mendapatkan kuasa politik bersama parti sekular Umno. Manakala katanya, pengumuman Pres

Suara Keadilan
5 days ago2 min read


Umno henti main politik kaitkan minit mesyuarat DKU - Aminuddin
Datuk Seri Aminuddin Harun. Gambar arkib Mantan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun mendedahkan beliau tiada kuasa untuk mendedahkan minit mesyuarat Dewan Keadilan dan Undang (DKU) walaupun hadir dalam mesyuarat berkenaan. Menerusi hantaran di akaun Threads miliknya, Amiruddin menegaskan beliau turut tiada hak untuk meminta Setiausaha DKU menyerahkan minit mesyuarat mengenai pemecatan Undang Luak Sungei Ujong ketika itu, Datuk Mubarak Dohak pada 17 April

Azuan Ab Rahman
Oct 21 min read


100 hari kerajaan BN-PN N. Sembilan lintang pukang, mengecewakan rakyat
Menuju tempoh 100 hari pertama sepatutnya menjadi ukuran awal prestasi kerajaan baharu Negeri Sembilan yang menang Pilihan Raya Negeri (PRN) Ogos lalu. Namun pencapaian itu mustahil dilihat daripada kerajaan BN-PN apabila mereka terus bergelut dengan krisis takhta melibatkan Yang di-Pertuan Besar. Timbalan Ketua Penerangan KEADILAN Negeri Sembilan, Edy Noor Reduan berkata, sesebuah kerajaan yang baru diberikan mandat sepatutnya meraikan rakyat dengan pelbagai bentuk pembaharu

Akmal Manaf
Sep 281 min read


PH Pulau Pinang semak semula kerjasama dengan Umno
Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang berhasrat membincangkan kedudukan Umno dalam Kerajaan Negeri susulan kenyataan beberapa perwakilan Umno pada Perhimpunan Agung Umno (PAU) baru-baru ini yang disifatkan sebagai serangan terhadap PH dan Kerajaan Negeri. Timbalan Pengerusi PH Pulau Pinang, Faiz Fadzil (gambar) berkata isu tersebut menjadi antara agenda utama mesyuarat PH negeri yang dijadualkan berlangsung Sabtu ini. "Berlaku beberapa kenyataan tidak sepatutnya di PAU daripada p

Suara Keadilan
Sep 251 min read


Usaha guling Tuanku Muhriz satu penderhakaan moden - Pakar
Usaha menggulingkan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir daripada takhta istana disifatkan sebagai satu bentuk 'penderhakaan moden'. Pakar undang-undang, Prof Emeritus Datuk Noor Aziah Mohd Awal menyifatkan tindakan kepemimpinan gabungan BN - Perikatan Nasional (PN) negeri bersama Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim dan barisan Exco amat biadab serta belum pernah disaksikan dalam sejarah Negeri Sembilan. "Bagi saya, ini penderhakaan secara moden.

Suara Keadilan
Sep 232 min read


Mengapa Umno tidak lancar tabung pulihkan kerugian 1MDB?
Pemuda Parti AMANAH mempersoalkan mengapa kekuatan jentera Umno tidak digunakan bagi membantu memulihkan kerugian negara yang berpunca dari skandal kewangan 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Fadhli Umar Aminolhuda membangkitkan perkara itu susulan tindakan Umno melancarkan Tabung Solidariti Najib Razak bagi membantu Datuk Seri Najib Razak membayar denda RM50 juta yang menjadi syarat kepada pengampunan bersyaratnya. "Jika Umno mempunyai kemampuan menggerakkan jentera sehing

Azuan Ab Rahman
Sep 211 min read


"Bukan masa untuk PRU!" – AMK bidas desakan segerakan pilihanraya
Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Pusat menolak sebarang gesaan mana-mana pihak supaya Perdana Menteri segera membubarkan Parlimen. Naib Ketua AMK Dr Mohammed Taufiq Johari (gambar) berkata, gesaan Pengarah Komunikasi Strategik Umno Kedah, Syed Mohd Johan Rizal supaya Parlimen dibubarkan ekoran tawaran peletakan jawatan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke adalah tidak berasas. "Kestabilan sesebuah kerajaan ditentukan oleh mandat dan kepercayaan majoriti Dewan Rakyat, bukan oleh se

Azuan Ab Rahman
Sep 211 min read


Kerjasama BN-PN: Umno hadapi laluan sukar, Pas enggan beri kerusi
Azan Ismail. Gambar arkib Umno dijangka berdepan laluan sukar dalam rundingan kerjasama dengan Pas apabila parti agama tersebut didakwa hanya mahu membuka ruang perkongsian kuasa di kerusi yang belum dimenanginya, tetapi menutup pintu kerjasama di kawasan yang telah dikuasai terutama di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis dalam lingkungan SG4. Naib Pengerusi KEADILAN Terengganu, Azan Ismail berkata, Pas pada hakikatnya merupakan sebuah parti politik yang mempunyai matlamat

Akmal Manaf
Sep 182 min read


AMK Selangor persoal motif Umno mahu PRU awal
Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Selangor mempersoal gesaan Umno agar Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) diadakan lebih awal. Ketuanya, Muhammad Iman Haziq Mohammad Hamizi (gambar) membangkitkan persoalan sama ada desakan tersebut benar-benar mencerminkan kehendak rakyat atau sekadar usaha mengelakkan lebih ramai pemimpin Barisan Nasional (BN) dihadapkan ke mahkamah. "Motif Umno mendesak PRU disegerakan tidak mempunyai alasan kukuh melainkan kerakusan kuasa dan ketakutan sekiranya l

Azuan Ab Rahman
Sep 171 min read


Persenda agama: Noorazli perlu tarik balik, mohon maaf kepada penganut Katholik
Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Penampang menggesa Ketua Umno Bahagian Sepang, Datuk Noorazli Said menarik balik kenyataannya yang didakwa menyentuh sensitiviti agama Kristian serta memohon maaf secara terbuka kepada masyarakat Kristian dan rakyat Sabah serta Sarawak. Ketua AMK Penampang merangkap Naib Ketua AMK Sabah, Eldridge Laurence Timis (gambar), berkata kenyataan yang dibuat semasa Perhimpunan Agung Umno 2026 pada 12 September lalu tidak sewajarnya berlaku di pentas polit

Suara Keadilan
Sep 162 min read


Institusi Asas Terhakis Demi Nafsu Politik
Oleh: Lai Cheng Heng ULASAN: Sambutan bulan September sepatutnya menjadi wadah paling megah buat rakyat Malaysia mengibarkan Jalur Gemilang sambil mengenang detik keramat pembentukan Persekutuan pada 1963. Namun, realiti landskap politik tanah air hari ini jauh panggang dari api. Di permukaan, Putrajaya tampak tenang di sebalik senyuman pimpinan serta pelancaran pelan pembangunan mega. Sebaliknya di belakang tabir, lantai pentas politik bergegar hebat akibat percaturan kua

Suara Keadilan
Sep 163 min read


Orang beriman tidak persenda, jadikan agama bahan jenaka – Dr Zulkifli
Senator Dr Zulkifli Hasan. Gambar arkib Orang beriman ditegah daripada mempersenda, menghina, mencemuh atau merendahkan orang lain, termasuk menjadikan agama sebagai bahan jenaka, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dr Zulkifli Hasan. Beliau berkata, perkara itu jelas dinyatakan dalam Islam menerusi Surah Al-Hujurat ayat 11 yang melarang orang beriman daripada menghina sesama manusia, mengejek, memanggil dengan gelaran buruk serta mencela antara

Redzuan Shamsudin
Sep 162 min read


Jenaka isu agama: Umno jangan membisu, perlu bertanggungjawab, beri teguran
Amidi Abdul Manan. Gambar arkib Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama (BiPPA) mempersoalkan tindakan pimpinan utama Umno yang didakwa tidak menegur Ketua Umno Bahagian Sepang, Datuk Noorazli Said berhubung kenyataan yang didakwa menghina serta menyentuh sensitiviti agama Kristian pada Perhimpunan Agung Umno 2026 lalu. Pengerusi BiPPA, Amidi Abdul Manan berkata, tiada teguran diberikan oleh pimpinan tertinggi Umno mahupun Majlis Ulama Umno (MUU) terhadap Noorazli berhubung perka

Suara Keadilan
Sep 162 min read


Hormati agama, jangan jadikan kitab suci bahan jenaka — Roland Engan
Roland Engan. Gambar arkib Semua pihak, khususnya pemimpin dan wakil parti politik perlu lebih berhati-hati ketika menyentuh soal agama dan kepercayaan bagi memastikan keharmonian serta perpaduan rakyat terus terpelihara. Naib Presiden KEADILAN, Roland Engan berkata, agama dan kitab suci tidak sepatutnya dijadikan bahan lawak, terutama apabila ia menyentuh perkara yang dianggap suci oleh penganut sesuatu agama. Beliau berkata demikian ketika mengulas kontroversi membabitkan u

Redzuan Shamsudin
Sep 152 min read


Wanita PH kecam Zahid, hentikan budaya persenda wanita
Mashitah Ismail. Foto: FB Mashitah Ismail Wanita Pakatan Harapan (PH) mengecam kenyataan Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi terhadap Ketua Wanita Umno yang didakwa menyentuh aspek fizikal dan perwatakan pemimpin wanita itu secara terbuka. Ketua Setiausaha Wanita PH, Mashitah Ismail berkata tindakan berkenaan memperlihatkan budaya politik yang matang dalam kalangan pemimpin Umno. "Wanita Pakatan Harapan Malaysia mengecam kenyataan yang dibuat oleh Datuk Seri Dr A

Suara Keadilan
Sep 152 min read


Penyatuan Melayu mesti berteraskan agenda jujur, bukan politik – Faiz
Penyatuan orang Melayu perlu berteraskan agenda yang jujur dan tidak semata-mata didorong kepentingan mendapatkan kuasa politik, kata Setiausaha Agung AMANAH, Faiz Fadzil. Beliau berkata, usaha penyatuan Melayu yang sering diketengahkan Pas dan Umno dilihat lebih menjurus kepada usaha mendapatkan kuasa, sedangkan kuasa semata-mata tidak mampu menyatukan masyarakat Melayu. "..... kuasa sahaja tidak mampu untuk menyatukan orang Melayu kerana kuasa adalah agenda politik. Pas dan

Suara Keadilan
Sep 142 min read


Tidak wajar salahkan PH, Umno sendiri pilih hala tuju politik - Dr Xavier
Umno tidak wajar menyalahkan Pakatan Harapan (PH) atas kecenderungan parti itu untuk mendekati Pas pada waktu ini kerana keputusan berkenaan dibuat secara sukarela bagi memastikan kelangsungan politiknya, kata bekas menteri yang baru kembali menyertai KEADILAN, Datuk Dr Xavier Jayakumar. Beliau berkata Umno sendiri memilih untuk menyertai Kerajaan Perpaduan selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 malah menerima tujuh jawatan menteri dan lima timbalan menteri termasuk jawatan Ti

Helmi Mohd Foad
Sep 143 min read


Umno jangan sibuk isu jenama kerajaan, lebih baik fokus isu rakyat
Datuk Mahfuz Omar. Gambar arkib Jangan jadikan 'jenama' kerajaan sebagai isu negara kerana rakyat kini lebih menantikan hasil dan penyelesaian terhadap masalah kehidupan mereka, tegas Datuk Mahfuz Omar. Naib Presiden AMANAH itu memberi reaksi balas susulan kenyataan Setiausaha Agung Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki bahawa pentadbiran negara mesti terus dirujuk sebagai Kerajaan Perpaduan Malaysia, bukan Kerajaan MADANI. "Selama hampir empat tahun ini, Umno pi mana? Tidur ka?

Akmal Manaf
Sep 141 min read


‘Guru’ ajar lebihkan berkhidmat, Umno disaran kurangkan berpolitik
Kumaresan menerima kunjungan dua orang penduduk di pusat khidmat beliau Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi baru baru ini menyindir Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan menggunakan gelaran “Guru” ketika berucap pada Perhimpunan Agung Umno 2026. Sehubungan itu, ADUN Batu Uban, A Kumaresan berkata, nasihat yang disampaikan oleh “guru” berkenaan seharusnya dijadikan panduan supaya Umno lebih menumpukan kepada usaha membantu rakyat berbanding berpolitik dan m

Suara Keadilan
Sep 141 min read


PRN Melaka: Cabang Hang Tuah Jaya sokong penuh MPN lakukan persediaan, rundingan
Ts Yazid Borhan. Gambar arkib KEADILAN Cabang Hang Tuah Jaya menegaskan pendiriannya untuk berdiri teguh bersama kepimpinan negeri dalam menentukan hala tuju terbaik menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, susulan beberapa pendirian terbuka yang dizahirkan pimpinan Umno. Ketua Penerangannya, Ts Yazid Borhan berkata, pendirian berkenaan dinyatakan susulan beberapa pandangan yang dikemukakan pimpinan Umno pada Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2026 baru baru ini, khususnya Ketu

Akmal Manaf
Sep 142 min read
bottom of page
