AMK Selangor persoal motif Umno mahu PRU awal


Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Selangor mempersoal gesaan Umno agar Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) diadakan lebih awal.
Ketuanya, Muhammad Iman Haziq Mohammad Hamizi (gambar) membangkitkan persoalan sama ada desakan tersebut benar-benar mencerminkan kehendak rakyat atau sekadar usaha mengelakkan lebih ramai pemimpin Barisan Nasional (BN) dihadapkan ke mahkamah.
"Motif Umno mendesak PRU disegerakan tidak mempunyai alasan kukuh melainkan kerakusan kuasa dan ketakutan sekiranya lebih ramai pemimpin BN akan didakwa atas kecurangan pentadbiran lalu.
"AMK berpegang teguh pada pendirian Kerajaan MADANI untuk melengkapkan penggal pemerintahan selama lima tahun.
"Fokus utama kini adalah membaik pulih negara menerusi dasar ekonomi, sosial, dan ketegasan kempen anti-sakau," katanya dalam satu kenyataan.
Beliau turut menegaskan, pentadbiran di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kini berada di landasan yang kukuh dan sedang mengurus negara dengan baik.
Justeru,tiada keperluan untuk meletakkan negara dalam mod pilihan raya awal memandangkan mandat Kerajaan MADANI hanya berakhir pada November 2027.




Comments