top of page

Berita


Najib tahanan rumah: Hak mutlak Agong, kerajaan tidak campur tangan
Keputusan membenarkan Datuk Seri Najib Razak menjalani baki hukuman menerusi tahanan di rumah membuktikan Kerajaan MADANI tidak mencampuri hak mutlak Yang di-Pertuan Agong memberi pengampunan di bawah kuasa Perlembagaan Persekutuan. Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Selangor, Muhammad Iman Haziq Mohammad Hamizi (gambar) berkata, keputusan terhadap mantan Perdana Menteri ke-6 itu juga menunjukkan Pakatan Harapan menghormati kuasa institusi diraja meskipun PH kekal dengan pend

Akmal Manaf
Sep 192 min read


AMK Selangor persoal motif Umno mahu PRU awal
Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Selangor mempersoal gesaan Umno agar Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) diadakan lebih awal. Ketuanya, Muhammad Iman Haziq Mohammad Hamizi (gambar) membangkitkan persoalan sama ada desakan tersebut benar-benar mencerminkan kehendak rakyat atau sekadar usaha mengelakkan lebih ramai pemimpin Barisan Nasional (BN) dihadapkan ke mahkamah. "Motif Umno mendesak PRU disegerakan tidak mempunyai alasan kukuh melainkan kerakusan kuasa dan ketakutan sekiranya l

Azuan Ab Rahman
Sep 171 min read


Jangan biar prestasi Selangor ditenggelamkan naratif fitnah – Iman Haziq
Pengundi Selangor perlu menilai prestasi kerajaan negeri dan jangan mudah terpengaruh dengan naratif fitnah yang disebarkan di media sosial, kata Ketua Angkatan Muda KEADILAN Selangor, Muhammad Iman Haziq Mohammad Hamizi (gambar). Beliau berkata, tiada keperluan untuk melakukan perubahan di kawasan Ampang memandangkan dalam parlimen berkenaan mempunyai dua wakil rakyat yang disifatkannya baik, masing-masing di DUN Bukit Antarabangsa dan DUN Lembah Jaya. "Apa lagi nak ditukar

Suara Keadilan
Sep 52 min read


PH kotakan janji: Laksana reformasi, dedah RCI TH, siasat salah urus
Pakatan Harapan (PH) telah melaksanakan janji reformasi total dengan mendedahkan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji (TH) dan membenarkan siasatan salah laku oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ke atas mana mana ahli politik terlibat. Bagi Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Selangor, Muhammad Iman Haziq Mohammad Hamizi, tuduhan yang dilemparkan oleh rakyat yang kurang sabar melihat kemajuan reformasi selama ini telah pun terjawab dengan penahanan rem

Akmal Manaf
Aug 281 min read


RCI Tabung Haji bukan main main, dibuat era PN, bukan PH - AMK Selangor
Cadangan untuk membentuk satu lagi Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan Tabung Haji (TH) disifatkan tidak logik memandangkan RCI berkenaan sendiri ditubuhkan ketika Umno dan Pas berada dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) pada 2020 hingga 2022. Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Selangor, Muhammad Iman Haziq Mohammad Hamizi (gambar) berkata adalah sesuatu yang pelik jika pihak yang sebelum ini berada dalam kerajaan ketika RCI berkenaan diwujudkan, kini dikatakan tida

Akmal Manaf
Aug 271 min read


'Penurunan harga diesel kebijaksanaan PMX, bukan gula gula PRN'
Dakwaan laskar siber pembangkang bahawa penurunan harga diesel merupakan ‘gula-gula’ Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan, disifatkan tidak berpijak pada realiti ekonomi kerana harga bahan api itu bergantung kepada bekalan dan permintaan serta keupayaan pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX) dalam mengimbangi subsidi. Membidas dakwaan tersebut, Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Selangor, Muhammad Iman Haziq Mohammad Hamizi (gambar) menegask

Akmal Manaf
Jun 242 min read


Baju PM koyak: Lihat sifat tawaduknya, utamakan kerja banding pakaian
Tularnya imej baju batik yang dipakai Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilihat koyak pada bahagian lengan sebelah kiri bukan sahaja mencuri perhatian warga maya, malah mengundang pelbagai tafsiran mengenai gaya kepimpinan dan kehidupan peribadi pemimpin nombor satu negara itu. Di sebalik kecaman dan sindiran segelintir pihak, ada yang melihat insiden berkenaan sebagai gambaran kepada keutamaan seorang pemimpin yang lebih menumpukan perhatian kepada urusan pe

Akmal Manaf
Jun 161 min read


Ambil tindakan tegas pemimpin Pas tohmah sahabat Nabi - Iman Haziq
Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Selangor memandang serius kenyataan yang didakwa menghina para sahabat Nabi s.a.w melibatkan Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh. Ketuanya, Muhammad Iman Haziq Mohammad Hamizi (gambar) berkata, pihaknya turut menegur sikap pemimpin Pas yang didakwa hipokrit apabila tidak segera menegur ketelanjuran ucapan Nik Zawawi tersebut berbanding menyerang pemimpin parti lawan dalam isu yang jauh lebih kecil. "AMK Selangor

Suara Keadilan
May 132 min read


AMK Selangor sasar rampas dua pertiga kerusi DUN - Iman Haziq
Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Selangor, Muhammad Iman Haziq Mohammad Hamizi (gambar) menegaskan bahawa tahun ini merupakan ujian bagi AMK apabila parti akan berdepan dengan Pilihan Raya Umum (PRU) sama ada tahun ini atau tahun depan. Menurut beliau, tidak kira sama ada wujud perbezaan pandangan dalam kalangan ahli, semua pihak perlu bersatu dalam satu saf perjuangan demi memastikan kemenangan. "Kita boleh ada pandangan berbeza, duduk di cabang berbeza, tetapi bila berad

Redzuan Shamsudin
Apr 52 min read


Isu kuil di Selangor sudah puluhan tahun, sengaja dipanaskan kembali
Isu rumah ibadat tidak mendapat kebenaran di Selangor yang kembali hangat diperdebatkan didakwa sengaja dipanaskan bagi menimbulkan kegoyahan persepsi terhadap Kerajaan MADANI, ketika pentadbiran di bawah Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat sedang mencatat prestasi amat memberangsangkan khususnya dalam aspek ekonomi dan pentadbiran. Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Selangor, Muhammad Iman Haziq (gambar) berkata, polemik berhubung kuil tidak sah itu sebena

Akmal Manaf
Mar 112 min read
bottom of page
