top of page

RCI Tabung Haji bukan main main, dibuat era PN, bukan PH - AMK Selangor

  • Writer: Akmal Manaf
    Akmal Manaf
  • 46 minutes ago
  • 1 min read

Cadangan untuk membentuk satu lagi Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan Tabung Haji (TH) disifatkan tidak logik memandangkan RCI berkenaan sendiri ditubuhkan ketika Umno dan Pas berada dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) pada 2020 hingga 2022.


Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Selangor, Muhammad Iman Haziq Mohammad Hamizi (gambar) berkata adalah sesuatu yang pelik jika pihak yang sebelum ini berada dalam kerajaan ketika RCI berkenaan diwujudkan, kini dikatakan tidak berpuas hati dengan dapatan siasatan tersebut sehingga mahu mencadangkan satu siasatan baharu.


"Saya dimaklumkan mereka ada membuat musyawarah untuk mewujudkan RCI baharu dan saya rasa benda itu tidak logik kerana RCI itu dibuat semasa pemerintahan mereka, ketika Pas dan Umno berada dalam kerajaan.


"RCI ini bukan satu benda yang main-main, yang dibuat sekadar untuk memenuhi tekak atau kehendak masing-masing," tempelak beliau.


Haziq berkata demikian ketika dihubungi Suara Keadilan bagi mengulas RCI Tabung Haji yang dibentuk pada era kerajaan PN dengan misi untuk membuktikan dakwaan bahawa kerajaan Pakatan Harapan (PH) ketika itu ‘menjual’ aset umat Islam kepada Cina, namun sepatutnya kedua-dua parti itu berlapang dada menerima dapatan RCI berkenaan meskipun tidak memihak kepada sangkaan awal.


Semalam, PN menggesa RCI baharu wajar ditubuhkan bagi menjalankan siasatan semula ke atas Lembaga Tabung Haji (TH).


Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, berkata hal itu kerana dapatan laporan RCI mengenai TH sebelum ini, digunakan sebagai 'manipulasi' untuk memberi gambaran agensi itu terjerumus dalam skandal kewangan.


Beliau yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Forum Musyawarah Nasional 2.0 – "Realiti dan Persepsi: Jangan Mempolitikkan TH".

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page