top of page

Mengapa Umno tidak lancar tabung pulihkan kerugian 1MDB?

Writer: Azuan Ab Rahman
Azuan Ab Rahman
35 minutes ago
1 min read

Pemuda Parti AMANAH mempersoalkan mengapa kekuatan jentera Umno tidak digunakan bagi membantu memulihkan kerugian negara yang berpunca dari skandal kewangan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).


Fadhli Umar Aminolhuda membangkitkan perkara itu susulan tindakan Umno melancarkan Tabung Solidariti Najib Razak bagi membantu Datuk Seri Najib Razak membayar denda RM50 juta yang menjadi syarat kepada pengampunan bersyaratnya.


"Jika Umno mempunyai kemampuan menggerakkan jentera sehingga ratusan ribu ringgit dapat dikumpulkan dalam masa beberapa jam, mengapa kekuatan yang sama tidak digerakkan untuk membantu negara memulihkan kerugian akibat skandal kewangan yang berlaku ketika Najib menjadi Perdana Menteri?


"Di manakah Tabung Solidariti untuk rakyat Malaysia? Di manakah kutipan besar-besaran untuk membantu memulihkan dana negara?" soalnya dalam kenyataan.


Beliau mengulas kutipan RM634,562.02 yang diumumkan Setiausaha Agung Umno, Asyraf Wajdi Dusuki dalam tempoh tiga jam selepas tabung itu dilancarkan.


Fadhli sementara itu mempersoalkan, apakah yang sebenarnya mahudi solidaritikan oleh Umno menerusi tabung dilancarkan itu memandangkan Presiden Umno itu bukan dihukum kerana memperjuangkan rakyat.


Beliau menegaskan bahawa sabitan Najib dalam kes SRC International melibatkan tujuh pertuduhan berkaitan salah guna kuasa, pecah amanah jenayah dan pengubahan wang haram membabitkan RM42 juta dana syarikat berkenaan.


"Tidak sedarkah Dr Asyraf Wajdi dan Umno bahawa skandal 1MDB telah menyebabkan negara kerugian lebih RM50 billion dengan lebih RM20 bilion dianggap kerugian yang tidak boleh dikembalikan?


"Tahukah Dr Asyraf Wajdi bahawa dengan jumlah RM20 bilion itu sekurangnya 10 hospital pakar, 100 klinik kesihatan, 150 sekolah, 40,000 unit rumah rakyat dan lebih RM100 juta dapat diperuntukkan oleh Kerajaan?" katanya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page