top of page

100 hari kerajaan BN-PN N. Sembilan lintang pukang, mengecewakan rakyat

Writer: Akmal Manaf
Akmal Manaf
22 hours ago
1 min read

Menuju tempoh 100 hari pertama sepatutnya menjadi ukuran awal prestasi kerajaan baharu Negeri Sembilan yang menang Pilihan Raya Negeri (PRN) Ogos lalu. Namun pencapaian itu mustahil dilihat daripada kerajaan BN-PN apabila mereka terus bergelut dengan krisis takhta melibatkan Yang di-Pertuan Besar.


Timbalan Ketua Penerangan KEADILAN Negeri Sembilan, Edy Noor Reduan berkata, sesebuah kerajaan yang baru diberikan mandat sepatutnya meraikan rakyat dengan pelbagai bentuk pembaharuan, bukannya memilih untuk berkrisis menentang institusi diraja.


"Sepatutnya 100 hari pertama pentadbiran, sesebuah kerajaan itu meletakkan tanda aras yang cukup sebagai sebuah kerajaan yang benar-benar berfungsi, apatah lagi setelah menang Pilihan Raya Negeri (PRN).


"Namun sehingga hari ini, belum ada pembaharuan yang signifikan, malah tergendala dengan krisis Istana apabila pembatalan 10 Exco telah diwartakan," katanya ketika dihubungi Suara Keadilan.


Beliau diminta mengulas kemelut yang melanda negeri yang terkenal dengan Adat Perpatih itu, sedangkan pengundi pada PRN lalu mengharapkan mandat yang diberi bakal diterjemahkan kepada kestabilan politik dan ekonomi.


Edy Noor Reduan
Edy Noor Reduan

Mengulas lanjut, Edy Noor berpandangan tiada raja yang wajar diturunkan kecuali sekiranya terdapat kesalahan besar dan nyata, yang boleh dipertanggungjawabkan terhadap baginda.


Katanya, tindakan yang dilakukan oleh Exco BN-PN pada waktu ini amat merbahaya kerana sekiranya berjaya akan membuka jalan bagi anggota Kerajaan Negeri menurunkan raja pada waktu akan datang.


Menurut beliau, sekiranya Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir digulingkan perkara itu berpotensi menjadi 'precedent case' atau membuka 'Pandora's Box' terhadap institusi beraja, sama ada yang mengamalkan Adat Perpatih mahupun sistem Temenggong.


"Lebih bahaya ialah apabila rakyat akan mula memperlekeh Institusi Beraja dan memandang remeh, sedangkan rakyat Malaysia harus menjunjung tinggi Raja Berperlembagaan dan Kedaulatan Undang-Undang," ujarnya lagi.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page