‘Guru’ ajar lebihkan berkhidmat, Umno disaran kurangkan berpolitik


Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi baru baru ini menyindir Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan menggunakan gelaran “Guru” ketika berucap pada Perhimpunan Agung Umno 2026.
Sehubungan itu, ADUN Batu Uban, A Kumaresan berkata, nasihat yang disampaikan oleh “guru” berkenaan seharusnya dijadikan panduan supaya Umno lebih menumpukan kepada usaha membantu rakyat berbanding berpolitik dan mencuba pelbagai pakatan untuk memerintah.
"Guru kami berpesan, kurang sikit berpolitik, lebihkan kerja dan bantu rakyat. Kerja dulu, politik kemudian," katanya dalam satu muat naik di media sosial.
Beliau yang juga ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN menyertakan gambar sedang menyantuni dua orang penduduk yang berurusan dengan Pusat Khidmat KADUN Batu Uban di pejabatnya.




Comments