top of page

Berita


Tidak benar peruntukan negeri pembangkang berkurang, T'ganu dapat RM8 bilion
PM Anwar menjelaskan negeri pembangkang menerima peruntukan sama di Dewan Rakyat Kabinet memutuskan agar semua kawasan Parlimen diberikan pertimbangan dalam penyaluran peruntukan pembangunan, termasuk kawasan yang diwakili pembangkang. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata peruntukan kepada Terengganu yang merupakan negeri ditadbir pembangkang turut meningkat daripada RM6 bilion kepada RM8.2 bilion pada 2027, sekali gus menepis tanggapan bahawa Kerajaan MADANI mem

Akmal Manaf
Oct 272 min read


KEADILAN Kuala Nerus hulur kerusi roda bantu pesakit diabetis kronik
Pimpinan dan AJIK KEADILAN Kuala Nerus menghulurkan bantuan kepada seorang pesakit diabetis kronik Keprihatinan terhadap keluarga yang berdepan ujian kesihatan mendorong pimpinan Cabang KEADILAN Kuala Nerus, Terengganu mengadakan Program Ziarah Kasih di kediaman Kak Nurul di Taman Semarak, Bukit Tunggal pada Khamis lalu. Dalam kunjungan kira-kira jam 5 petang itu, keluarga berkenaan menerima sumbangan berupa sebuah kerusi roda, kotak makanan dan wang tunai bagi membantu merin

Suara Keadilan
Oct 171 min read


Belanjawan T'ganu 2027 harus manfaatkan kemurahan Kerajaan Persekutuan – KEADILAN
KEADILAN Terengganu berharap Belanjawan Negeri Terengganu 2027 di bawah pemerintahan kerajaan Pas memberi tumpuan kepada kepelbagaian ekonomi, menarik pelaburan bernilai tinggi dan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan berkemahiran tinggi untuk anak muda tempatan. Ketua Penerangan Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Terengganu, Aiman Wan Alias berkata, pembentangan Belanjawan MADANI 2027 Kerajaan Persekutuan yang memberi perhatian kepada pembangunan negeri Pantai Timur wajar

Suara Keadilan
Oct 112 min read


Ceramah kelompok KEADILAN Kuala Nerus kupas isu semasa, dana rakyat
Ceramah kelompok KEADILAN tetap mendapat tempat di Terengganu yang dikuasai Pas Penerangan Cabang KEADILAN Kuala Nerus menganjurkan Ceramah Kelompok Bersasar Penerangan Isu Semasa bagi kawasan DUN Bukit Tunggal dan DUN Buluh Gading, baru baru ini. Program yang berlangsung dari jam 9 malam hingga tengah malam itu diadakan di Warung Mek Bunga, Kampung Pengkalan Arang, Kuala Nerus, dengan pengisian berkaitan reformasi, dasar parti, isu semasa serta pengurusan dana rakyat. Menuru

Suara Keadilan
Sep 262 min read


Terengganu tidak dipinggirkan: 14 projek pendidikan siap awal - Fadhlina
Fadhlina (tengah) dalam Majlis Penyerahan Perdana Projek Siap Mendahului Jadual JKR Kerajaan MADANI komited memastikan kemudahan pendidikan termasuk di negeri ditadbir pembangkang terus diberi keutamaan. Sehubungan itu, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata sebanyak 14 projek pembangunan sekolah dan fasiliti pendidikan di Terengganu berjaya disiapkan lebih awal daripada jadual, membolehkan murid menikmati kemudahan baharu dengan lebih cepat. "Pencapaian itu bukan sekadar

Azuan Ab Rahman
Aug 191 min read


Jalur Gemilang tidak lengkap: Di T'ganu hukum lain, di P Pinang lain?
Sikap berbeza Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) dalam menangani isu Jalur Gemilang yang dipasang tidak lengkap di Terengganu menimbulkan persoalan sama ada pendirian mereka mengenai patriotisme bergantung kepada lokasi dan kepentingan politik. Ketua Cabang KEADILAN Pontian, Haniff Hosman berkata, persoalan itu timbul susulan insiden Jalur Gemilang yang didakwa dipaparkan tanpa lambang bulan dan bintang di Terengganu kelmarin namun Menteri Besar Terengganu meny

Sidiqin Omar
Aug 142 min read


Tragedi RX-Z bukti pindaan Akta 42A wajar diperketat
Ngeri... tragedi melibatkan penunggang motosikal RX-Z di Lebuhraya Pantai Timur. Foto kredit: Sinar Harian Tragedi yang mengorbankan empat penunggang motosikal RX-Z di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) kelmarin sebagai peringatan bahawa undang-undang terhadap perlumbaan haram dan perbuatan menduga kelajuan di jalan raya perlu diperketat. Bekas Penyelidik Kajian Pengangkutan Awam Negeri Terengganu 2006, Mohd Ikhmal Mohd Iskandar menyifatkan tragedi berkenaan tidak seharusnya dipoli

Suara Keadilan
Jul 142 min read


Sumbangan lembu korban Pengerusi MPN T'ganu dihargai penduduk Pulau Duyung Kecil
Penduduk kampung bergotong royong menyembelih dan melapah lembu korban Masyarakat Kampung Pulau Duyung Kecil, Kuala Nerus, Terengganu menganjurkan Majlis Ibadah Korban sempena Aidiladha 1447 Hijrah semalam dalam suasana penuh harmoni, ukhuwah dan semangat kebersamaan. Program yang berlangsung sekitar jam 10.00 pagi itu menghimpunkan pelbagai lapisan penduduk termasuk golongan belia, warga emas serta anak-anak muda yang bersama-sama berganding bahu menjayakan ibadah korban sec

Redzuan Shamsudin
May 281 min read


KEADILAN Cabang Dungun kekal bersama perjuangan reformasi
KEADILAN Cabang Dungun tampil menegaskan bahawa kepimpinan mereka kekal utuh dan setia di bawah Presiden, Datuk Seri Anwar Ibrahim meskipun terdapat segelintir individu bertindak meninggalkan parti. Ketua Penerangannya, Mohd Shamsul Mat Amin (gambar) berkata, kestabilan dan kesetiaan itu turut melibatkan keseluruhan struktur kepimpinan termasuk sayap Wanita dan Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Cabang Dungun. "Setakat hari ini, tiada mana-mana pimpinan tertinggi di peringkat Caban

Akmal Manaf
May 221 min read


KEADILAN Kemaman kekal utuh walaupun timbalan ketua keluar parti
KEADILAN Cabang Kemaman menegaskan kedudukan cabang itu kekal utuh, stabil dan terus setia bersama kepimpinan parti walaupun Timbalan Ketua Cabangnya, Affandi Mohammad, mengumumkan peletakan jawatan serta keluar parti berkuat kuasa serta-merta dalam satu sidang media. Ketua Cabang KEADILAN Kemaman, Ahmad Nazri Yusof (gambar) berkata, seluruh kepimpinan cabang termasuk sayap Wanita dan Angkatan Muda KEADILAN (AMK) kekal komited meneruskan perjuangan parti di bawah pimpinan Pre

Redzuan Shamsudin
May 211 min read


"Prestasi 'tidak menentu' Pas T'ganu, golongan atas pagar makin membesar"
Anak muda Terengganu lebih meminati motorsikal dan meluahkan perasaan di media sosial Prestasi pentadbiran negeri di bawah pimpinan Pas yang dilihat tidak menentu merupakan antara faktor utama pertambahan golongan “atas pagar” atau pengundi neutral di Terengganu, khususnya dalam kalangan generasi muda dan pengundi Gen Z di negeri itu. Setiausaha Pertubuhan Pendidikan Intelek Warga Terengganu, Ahmad Nadhir Yob berkata, landskap politik selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) m

Hasbul Ahmad
May 202 min read


“Budayawan, intelektual, golongan kreatif Terengganu dipinggirkan”
Ketiadaan dasar yang jelas untuk merangkul golongan budayawan, intelektual dan penggiat industri kreatif antara menyebabkan ramai anak Terengganu memilih untuk berhijrah dan mengembangkan kerjaya mereka di luar negeri, khususnya di Kuala Lumpur. Keadaan itu berlaku kerana kerajaan negeri dilihat gagal membina ekosistem yang menghargai daya intelektual, kebudayaan dan kreativiti masyarakat, menurut Setiausaha Pertubuhan Pendidikan Intelek Warga Terengganu, Ahmad Nadhir Yob. Ka

Hasbul Ahmad
May 132 min read


Cukuplah propaganda lawatan Menteri S'pura ke T'ganu, rakyat mahu ekonomi lebih baik
MB DS Dr Samsuri menyambut ketibaan Lee Hsien Loong. Foto: FB Greater Terengganu Development Lawatan Menteri Kanan Singapura, Lee Hsien Loong ke Terengganu baru baru ini seharusnya dilihat dalam kerangka hubungan diplomatik dan potensi ekonomi negeri, bukannya dimanipulasi sebagai bahan propaganda politik. Aktivis politik Terengganu, Awang Muda berkata, tindakan Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) yang dilihat terlalu agresif memainkan naratif berhubung lawatan tersebut m

Suara Keadilan
May 122 min read


Dua penggal MB Dr Samsuri: Persepsi melangkaui prestasi
Persepsi politik yang dibina terhadap pentadbiran Pas di Terengganu sebenarnya melangkaui prestasi sebenar kerajaan negeri, khususnya dalam aspek ekonomi, peluang pekerjaan dan kesejahteraan rakyat. Setiausaha Pertubuhan Pendidikan Intelek Warga Terengganu, Ahmad Nadhir Yob berkata, imej positif yang dibentuk terhadap pentadbiran Menteri Besar Dr Ahmad Samsuri Mokhtar melalui media sosial dan jentera komunikasi Pas sejak berkuasa pada 2018 tidak selari dengan realiti ekonomi

Hasbul Ahmad
May 112 min read


T'ganu bersama Pas: Anak muda leka media sosial, konvoi motosikal?
Politik identiti berasaskan agama dan bangsa masih berperanan dalam landskap politik Terengganu, dan terkini generasi muda dilihat mulai dipengaruhi budaya hiburan dan media sosial berbanding sentimen tradisional. Ketua Penerangan KEADILAN Kemaman, Aimi Ali berkata, golongan muda hari ini tidak lagi memilih politik semata-mata atas faktor agama, sebaliknya turut tertarik kepada isu gaya hidup, hiburan dan fenomena media sosial seperti komuniti motosikal RXZ serta kandungan d

Hasbul Ahmad
May 102 min read


Skim insurans kesihatan MHIT jamin harga 'mampu milik'
Ketika semakin ramai rakyat bergelut dengan kenaikan premium insurans dan kos rawatan, Pelan Insurans Perubatan dan Kesihatan (MHIT) yang diperkenalkan Bank Negara Malaysia (BNM) dilihat sebagai usaha mewujudkan skim perlindungan kesihatan yang lebih mampu milik dan terkawal. Ketua Penerangan KEADILAN Terengganu, Aiman Wan Alias berkata, pelan yang diperkenalkan BNM bersama beberapa syarikat insurans itu antara lain sebagai usaha menangani ketidakseimbangan yang semakin ketar

Akmal Manaf
May 61 min read


PRU16: Prestasi cabang jadi kayu ukur kelayakan calon pilihanraya - Anwar
DS Anwar menegaskan individu dari cabang yang aktif sahaja layak dipertimbangkan sebagai calon PRU Hanya calon daripada cabang dengan keanggotaan dan jentera yang kuat akan dipertimbangkan untuk diketengahkan pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-16. Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kriteria pemilihan calon juga akan bergantung kepada keaktifan program yang dilaksanakan di peringkat cabang berkenaan. "Walaupun peringkat jawatankuasa (Majlis Pimpinan Pusat) yan

Suara Keadilan
Apr 141 min read


Kerajaan MADANI lulus RM60 juta bantu basmi kemiskinan di T'ganu
DS Anwar berucap pada Majlis Ramah Mesra MADANI bersama pelajar Sekolah Tahfiz Negeri Terengganu di Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu, di Kuala Terengganu Peruntukan khas sebanyak RM60 juta telah diluluskan Kerajaan MADANI bagi melaksanakan program pembasmian kemiskinan di Terengganu pada tahun 2026. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, penyaluran peruntukan itu menumpukan kepada usaha peningkatan pendapatan rakyat serta penambahbaikan perumahan, khusus

Suara Keadilan
Apr 141 min read


T'ganu bukan pengeluar utama minyak, tidak cukup tampung kegunaan domestik
Pertubuhan Pendidikan Intelek Warga Terengganu tampil menjelaskan fakta sebenar industri petroleum negeri itu bagi mengelakkan kekeliruan yang timbul akibat naratif politik pemimpin Pas negeri yang membayangkan puluhan telaga minyak di negeri itu boleh menyumbang dalam menurunkan harga minyak bagi kegunaan domestik. Setiausahanya, Ahmad Nadhir Yob, berkata walaupun Terengganu merupakan antara negeri pengeluar minyak utama negara, tahap pengeluarannya tidak mencukupi untuk men

Suara Keadilan
Apr 112 min read


Konvoi motorsikal Pas-PN: Rakyat patut berjimat, mengapa galak bazir subsidi?
Konvoi bermotosikal melibatkan empat Menteri Besar dari negeri pembangkang SG4 mengundang kecaman apabila dianggap tidak sensitif terhadap keadaan semasa, khususnya ketika dunia berdepan krisis bahan api yang semakin meruncing Exco Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia, Jalex Lee (gambar) berkata, berdasarkan situasi semasa, beliau yakin peserta konvoi berkenaan menggunakan petrol subsidi RON95 di bawah BUDI95. Manakala alasan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi

Akmal Manaf
Apr 72 min read
bottom of page
