top of page

Skim insurans kesihatan MHIT jamin harga 'mampu milik'

  • Writer: Akmal Manaf
    Akmal Manaf
  • 1 hour ago
  • 1 min read

Ketika semakin ramai rakyat bergelut dengan kenaikan premium insurans dan kos rawatan, Pelan Insurans Perubatan dan Kesihatan (MHIT) yang diperkenalkan Bank Negara Malaysia (BNM) dilihat sebagai usaha mewujudkan skim perlindungan kesihatan yang lebih mampu milik dan terkawal.


Ketua Penerangan KEADILAN Terengganu, Aiman Wan Alias berkata, pelan yang diperkenalkan BNM bersama beberapa syarikat insurans itu antara lain sebagai usaha menangani ketidakseimbangan yang semakin ketara dalam sektor perubatan negara, dengan pelaksanaannya dijangka bermula pada 2027.


"Antara faktor utama yang mendorong kewujudan skim berkenaan ialah peningkatan kos rawatan dan premium insurans kesihatan susulan pertambahan penggunaan perkhidmatan perubatan dan kekurangan tenaga kerja dalam sektor kesihatan.

Aiman Wan Alias
Aiman Wan Alias

"Dalam laporan Bank Dunia yang dikeluarkan tak silap April lalu, menekankan bahawa terdapat peningkatan besar dalam skim insurans.


"Antara faktor yang menyebabkan peningkatan ini adalah peningkatan penggunaan perkhidmatan. Apabila penggunaan meningkat, kapasiti tak cukup menyebabkan kos terpaksa ditanggung dengan lebih tinggi dan menyebabkan premium insurans naik," katanya.


Beliau berkata demikian dalam subtopik rancangan bual bicara ‘Kerusi Biru’ semalam terbitan KEADILAN Pusat.


Menjelaskan lebih lanjut mengenai kenaikan premium insurans, Aiman mengambil contoh seorang pengguna yang pada awalnya hanya membayar sekitar RM100 hingga RM150 sebulan, namun jumlah itu meningkat sehingga mencecah RM250 pada waktu ini.


Maka keadaan tersebut katanya, menyebabkan semakin ramai rakyat tidak mampu meneruskan pembayaran premium insurans yang disediakan oleh syariat swasta maka itulah faktor mengapa MHIT diwujudkan.


"Adakah MHIT mampu selesaikan masalah yang ada? Skim MHIT ini lebih terkawal harganya dan saya menjangkakan faktor utama diwujudkan (MHIT) agar lebih ramai rakyat Malaysia mampu untuk mempunyai pelan skim insurans," ujarnya lagi.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page