top of page

Berita


Wanita jangan bertangguh jalani pemeriksaan kesihatan - Dr Wan Azizah
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Gambar arkib Isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mahu usaha menggalakkan lebih wanita menjalani pemeriksaan payudara dipergiatkan. Menurutnya, pemeriksaan awal penting bagi membolehkan penyakit payudara dikesan serta dirawat sebelum menjadi lebih parah. "Ramai wanita kita tidak menjalani pemeriksaan. Ramai yang berasa enggan untuk seseorang memeriksa mereka, jadi kita perlu melakukan sesuatu untuk menggalakkan merek

Suara Keadilan
6 days ago2 min read


Dominasi media sosial cabaran baharu kesihatan mental - Dr Wan Azizah
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Gambar arkib Perubahan gaya hidup yang pantas serta dominasi media sosial kini mengubah landskap kehidupan seharian golongan muda. Isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, berkata pendedahan meluas terhadap media sosial menjadi cabaran baharu kepada kesihatan mental belia. Menurut beliau, pendedahan kepada risiko buli siber, ejekan fizikal, dan perbandingan sosial meletakkan golongan ini dalam tekanan berterusan, mahupu

Suara Keadilan
Sep 191 min read


KKM sasar 902 klinik kesihatan perkhidmatan kesihatan paru-paru
Kerajaan MADANI menyasarkan 902 klinik kesihatan di seluruh negara melaksanakan pendekatan kesihatan paru-paru secara bersepadu menjelang akhir tahun ini. Pendekatan bersepadu itu merangkumi promosi kesihatan, saringan awal, program berhenti merokok, serta laluan rujukan yang lebih teratur bagi menangani beban penyakit pernafasan di Malaysia. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad (gambar) berkata, usaha berkenaan adalah sebahagian daripada Inisiatif Paru-paru Sihat

Suara Keadilan
Sep 151 min read


75 penduduk manfaat Saringan Kesihatan Komuniti di DUN Batu Uban
Kumaresan (lapan dari kanan) bersama penduduk Lebuh Nipah 2 yang menjalani pemeriksaan kesihatan Seramai 75 peserta menerima manfaat daripada Program Saringan Kesihatan Komuniti Health4All yang diadakan di Tanah Lapang Lebuh Nipah 2, Lip Sin, baru-baru ini. Menurut ADUN Batu Uban, A Kumaresan, program berkenaan merupakan usaha beliau membawa perkhidmatan kesihatan lebih dekat kepada masyarakat, khususnya bagi memudahkan penduduk mendapatkan pemeriksaan kesihatan tanpa perlu p

Redzuan Shamsudin
Aug 311 min read


Pemeriksaan mata percuma beri manfaat 44 penduduk luar bandar Sarikei
Program pemeriksaan mata memberi manfaat kepada penduduk di rumah panjang Seramai 44 penduduk di Rumah Panjang Sibar Anak Duat, Lubuk Lemba, Ulu Sarikei mendapat manfaat daripada Program Pemeriksaan Mata Percuma yang dianjurkan bagi meningkatkan akses komuniti luar bandar terhadap penjagaan kesihatan mata. Program yang berlangsung pada 22 Ogos lalu itu dianjurkan Ahli Lembaga Pelawat Hospital (ALPH) Hospital Sarikei dengan kerjasama Klinik Mata Hospital Sarikei, Agrobank Sari

Redzuan Shamsudin
Aug 301 min read


Jerebu: Kes kesihatan meningkat, KKM nasihat kurangkan aktiviti luar
Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan peningkatan ketara bagi kes kesihatan berkaitan kualiti udara ekoran jerebu yang melanda beberapa kawasan di dalam negara. Menterinya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, pemantauan mendapati kes asma dan jangkitan saluran pernafasan atas (URTI) mencatatkan lonjakan tertinggi. Menurut beliau, berdasarkan perbandingan antara Minggu Epidemiologi (ME) ke-32 dan ke-33, kes asma melonjak 259 peratus manakala URTI meningkat 124 peratus. "Seba

Suara Keadilan
Aug 241 min read


Selangor rangka pendekatan tangani isu kesihatan mental pelajar
DS Amirudin berucap di majlis pecah tanah kampus baharu Sekolah Menengah Akademik Kuen Cheng Kerajaan Selangor akan merangka pendekatan baharu bagi menangani isu kesihatan mental dalam kalangan pelajar sekolah di negeri itu. Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata, langkah itu susulan kebimbangan terhadap kesan media sosial dan gaya hidup semasa yang semakin mempengaruhi kesejahteraan mental golongan muda. "Isu ini memerlukan perhatian serius memandangkan kesannya bol

Azuan Ab Rahman
Jul 141 min read


Fasa negara menua: Amal budaya hidup sihat, berdikari - Dr Wan Azizah
Isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (gambar) menyeru rakyat Malaysia mengamalkan budaya hidup sihat dan berdikari agar mampu mengharungi fasa negara menua. Beliau berkata, kesedaran itu penting memandangkan jangka hayat penduduk negara ini semakin panjang. "Anak-anak kita mungkin sibuk dengan kerja, kerjaya masing-masing, keluarga masing-masing dan sekarang ini kita lebih lama hidup (jangka hayat panjang). Jadi kita mesti berdikari, hidup mesti sihat,"

Suara Keadilan
Jul 131 min read


MediAsas: Reformasi pembiayaan kesihatan swasta mampu milik
Kerajaan komited melaksanakan reformasi pembiayaan kesihatan swasta menerusi pengenalan pelan perlindungan insurans dan takaful perubatan baharu, MediAsas, yang disasarkan lebih mampu milik khususnya untuk golongan marhaen. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, inisiatif itu berteraskan prinsip keadilan sosial bagi memastikan kesihatan rakyat tidak dijadikan beban kewangan. "Kesihatan rakyat tidak wajar didagangkan sehingga membebankan kehidupan golongan m

Redzuan Shamsudin
Jul 71 min read


Kad klinik bahasa Mandarin: 'Rawatan kesihatan, selamatkan nyawa lebih utama'
Tindakan laskar siber pembangkang yang memainkan isu penggunaan tulisan Cina pada kad janji temu di sebuah klinik kesihatan kerajaan di ibu negara baru-baru ini, disifatkan sebagai modal politik murahan oleh pihak yang gagal memahami ajaran Islam sebenar. Pengarah Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama KEADILAN, Amidi Abdul Manan berkata dalam kerangka Maqasid Syariah, menjaga nyawa merupakan satu keutamaan dan bahasa yang digunakan haruslah bersesuaian dan boleh difahami oleh p

Akmal Manaf
May 272 min read


Malaysia raih pengiktirafan global sistem kesihatan di WHA79
Dr Dzulkefly (tengah) sewaktu menghadiri Perhimpunan Kesihatan Sedunia ke-79 di Switzerland minggu lalu Malaysia mencatat pencapaian membanggakan di pentas antarabangsa apabila berjaya menterjemah dasar kesihatan global kepada pelaksanaan nyata yang memberi manfaat terus kepada rakyat, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad. Beliau berkata, kejayaan itu dizahirkan melalui penyertaan negara dalam Perhimpunan Kesihatan Sedunia ke-79 (WHA79) di Geneva minggu lalu.

Suara Keadilan
May 251 min read


Klinik Kesihatan Maran bakal dinaik taraf - Dr Dzulkefly
Kementerian Kesihatan bakal menaik taraf Klinik Kesihatan (KK) Maran dari Klinik Kesihatan Jenis Empat kepada Klinik Kesihatan Jenis Tiga yang menyediakan perkhidmatan kecemasan 24 jam. Menterinya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad (gambar) berkata, klinik tersebut akan turut dilengkapi enam katil wad pesakit di Ruang Pemerhatian serta perkhidmatan Pusat Bersalin Kecemasan (EBC) bagi memperkukuh peranannya sebagai tunjang kepada sistem penjagaan kesihatan primer sekaligus memenuh

Suara Keadilan
May 131 min read


Skim insurans kesihatan MHIT jamin harga 'mampu milik'
Ketika semakin ramai rakyat bergelut dengan kenaikan premium insurans dan kos rawatan, Pelan Insurans Perubatan dan Kesihatan (MHIT) yang diperkenalkan Bank Negara Malaysia (BNM) dilihat sebagai usaha mewujudkan skim perlindungan kesihatan yang lebih mampu milik dan terkawal. Ketua Penerangan KEADILAN Terengganu, Aiman Wan Alias berkata, pelan yang diperkenalkan BNM bersama beberapa syarikat insurans itu antara lain sebagai usaha menangani ketidakseimbangan yang semakin ketar

Akmal Manaf
May 61 min read


BBC minta pelan pelarasan dibentang, pastikan bajet kesihatan tidak terjejas
Kelab Penyokong Kerajaan MADANI (BBC) menggesa kerajaan membentangkan pelan mitigasi yang jelas, konklusif dan menyeluruh bagi memastikan sebarang pelarasan peruntukan tidak menjejaskan mutu perkhidmatan kesihatan awam negara. Pengerusinya Dr Zaliha Mustafa (gambar) berkata, pihaknya mengambil maklum kegusaran awam berhubung cadangan penstrukturan belanjawan negara, khususnya melibatkan sektor kesihatan yang dianggarkan mencecah RM3 bilion. "Walaupun memahami keperluan penguk

Helmi Mohd Foad
May 42 min read


Penyelaras Parlimen Hulu Selangor tekad sediakan rawatan kesihatan percuma
Dr Sathia (tengah) dalam majlis serahan barang kesihatan kepada Pertubuhan Kebajikan Bonda Juwanda Penyelaras Parlimen Hulu Selangor, Dr Sathia Prakash Nadarajan menzahirkan iltizam berterusan untuk memastikan tiada seorang pun dalam kalangan masyarakat tercicir daripada akses kepada rawatan kesihatan, dengan menawarkan khidmat perubatan secara percuma khusus kepada mereka yang memerlukan. Katanya, hasrat untuk menyediakan rawatan kesihatan secara percuma bukan sekadar impian

Akmal Manaf
Apr 242 min read


Penggiat industri kreatif diseru promosi gaya hidup sihat
Isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (gambar) menyeru golongan karyawan serta penggiat industri kreatif memainkan peranan sebagai pemangkin dalam memupuk gaya hidup sihat dalam komuniti. Beliau menegaskan, karyawan bukan sekadar berperanan menghiburkan, sebaliknya mempunyai pengaruh besar dalam membentuk nilai dan gaya hidup masyarakat. "Kita mahu semangat kebersamaan ini terus dipupuk… kita jadi pemangkin bersama artis lama dan baharu untuk menerapka

Suara Keadilan
Apr 201 min read


WHO puji komitmen, penglibatan aktif Malaysia dalam isu kesihatan
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakan penghargaan atas komitmen dan penglibatan aktif Malaysia dalam isu kesihatan antarabangsa, serta peranan konstruktif dalam memperkukuh kerjasama global berteraskan solidariti. Kementerian Kesihatan (KKM) dalam satu kenyataan memaklumkan, penghargaan itu dizahirkan sendiri Ketua Pengarah WHO, Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus (gambar) semasa lawatan rasmi ke Malaysia. "Kerjasama antara Malaysia dengan WHO turut memperkukuh kesiapsiaga

Azuan Ab Rahman
Apr 21 min read


Batang Kali Care perluas khidmat, mudahkan akses kesihatan penduduk
Perkhidmatan membawa pesakit ke hospital salah satu ditawarkan Pusat Khidmat Rakyat Penyelaras DUN Pusat Khidmat Rakyat Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Kali terus memperkukuh perkhidmatan kepada masyarakat setempat menerusi inisiatif kebajikan Batang Kali Care. Penyelaras DUN Batang Kali, Saifuddin Shafi Muhammad berkata, inisiatif tersebut diwujudkan bagi memudahkan penduduk yang berdepan kekangan kewangan dan masalah pengangkutan mendapatkan akses rawatan sert

Azuan Ab Rahman
Mar 102 min read


Selangor bantu rakyat terima rawatan tibi secara konsisten
Kerajaan Selangor terus komited memastikan rakyat negeri itu terutama daripada golongan B40, dapat menerima rawatan kesihatan berkaitan batuk kering atau tuberkulosis (tibi) secara konsisten sehingga sembuh. Exco kesihatan awam negeri Selangor, Jamaliah Jamaluddin (gambar) berkata, sepanjang tahun lalu, seramai 782 pesakit menerima insentif RM800 daripada kerajaan negeri bagi menampung kos rawatan mereka. Tambah beliau, jumlah penerima bantuan tersebut menunjukkan meningkat

Suara Keadilan
Feb 171 min read
bottom of page
