top of page

Selangor bantu rakyat terima rawatan tibi secara konsisten

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 15 hours ago
  • 1 min read

Kerajaan Selangor terus komited memastikan rakyat negeri itu terutama daripada golongan B40, dapat menerima rawatan kesihatan berkaitan batuk kering atau tuberkulosis (tibi) secara konsisten sehingga sembuh.


Exco kesihatan awam negeri Selangor, Jamaliah Jamaluddin (gambar) berkata, sepanjang tahun lalu, seramai 782 pesakit menerima insentif RM800 daripada kerajaan negeri bagi menampung kos rawatan mereka.


Tambah beliau, jumlah penerima bantuan tersebut menunjukkan meningkat berbanding 765 pesakit yang direkodkan pada tahun sebelumnya berikutan faktor kelayakan dan capaian bantuan, bukan disebabkan pertambahan kes tibi.


"Jumlah penerima yang meningkat itu tidak menggambarkan sama ada kes banyak atau sedikit. Sebaliknya bergantung kepada faktor lain seperti kelayakan penerima dan kriteria ditetapkan," katanya dipetik.


Kementerian Kesihatan (KKM) pada Ahad melaporkan sebanyak 503 kes baharu tibi dikesan di seluruh negara sehingga Minggu Epidemiologi kelima tahun ini (ME 5/2026), menjadikan jumlah keseluruhan kes kepada 2,571 setakat ini.

Jamaliah sementara itu memaklumkan, tempoh rawatan batuk kering lazimnya antara enam hingga sembilan bulan. Justeru bantuan ini penting bagi mengelakkan keciciran yang boleh menyebabkan komplikasi serta risiko jangkitan berulang,” katanya lagi..


Sebagai rekod, Insentif rawatan Tuberkulosis (tibi) mula diperkenal pada 2024 bagi membanteras penularan penyakit berjangkit berkenaan dalam kalangan rakyat di negeri Selangor.


Permohonan bagi mendapatkan bantuan boleh dibuat secara dalam talian menerusi laman sesawang rasmi bantuansihat.selangor.gov.my

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page