top of page

Berita


Tangani banjir: Selangor teroka teknologi kolam takungan bawah tanah
Pembangunan pesat di Selangor memerlukan kaedah lebih inovatif dalam menguruskan lebihan air dan menangani risiko banjir di negeri itu. Exco Infrastruktur Datuk Ir Izham Hashim (gambar) berkata, perubahan landskap termasuk pembangunan yang pesat menyebabkan kawasan yang berfungsi menyerap air hujan kini tidak lagi mempunyai keupayaan sama. Situasi tersebut menurutnya menuntut Selangor tidak bergantung sepenuhnya kepada kaedah konvensional, sebaliknya mengambil pendekatan lebi

Suara Keadilan
22 hours ago1 min read


Tebatan banjir: Selangor peruntukkan lebih RM36 juta, 47 projek
Kerajaan Selangor memperuntukkan dana RM36.45 juta bagi 47 projek tebatan banjir di bawah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS). Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari, berkata dana disediakan menerusi Belanjawan Selangor 2027 itu untuk membiayai 30 projek sambungan dan 17 projek baharu di bawah Rancangan Selangor Kedua (RS-2). Daripada 30 projek sambungan tersebut, 13 projek jelasnya sudah siap dan sedang melalui penyediaan akaun muktamad, sembilan projek sedang dilaksanaka

Suara Keadilan
2 days ago1 min read


Belanjawan Selangor 2027: Penunggang p-hailing terima baucar RM1,200 setahun
Sumbangan penunggang p-hailing dalam menggerakkan ekonomi Selangor mendapat perhatian dan pengiktirafan kerajaan negeri Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari menerusi pembentangan Belanjawan 2027 semalam memaklumkan bahawa kerajaan negeri akan menyalurkan Baucar Kita Selangor Gig bernilai RM1,200 setahun sebagai galakan untuk golongan tersebut menyertai program latihan pendedahan teknologi. "Kerajaan Negeri amat menghargai peranan yang dimainkan oleh penunggang p-hailing t

Suara Keadilan
2 days ago1 min read


Selangor umum bantuan khas kewangan dua bulan gaji, bayar 21 Disember
DS Amirudin membentangkan Belanjawan Selangor 2027 Kerajaan Selangor pimpinan Pakatan Harapan (PH) mengumumkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) Kita Selangor 2026 sebanyak dua bulan gaji atau elaun dengan bayaran minimum RM1,000. Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata, bantuan itu merupakan penghargaan terhadap usaha penjawat awam yang bertungkus-lumus menjayakan pelbagai inisiatif Kerajaan Negeri khususnya menerusi Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor. "Sebagai komitmen

Helmi Mohd Foad
2 days ago1 min read


Penyelenggaraan saliran di Kuala Lumpur, Selangor dipertingkatkan
Jurucakap Kerajaan Madani, Datuk Seri Fahmi Fadzil Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersetuju supaya kerja-kerja penyelenggaraan saliran di Kuala Lumpur dan Selangor dipertingkatkan dengan lebih kerap berkuat kuasa serta-merta sebagai langkah segera mengurangkan risiko banjir kilat khususnya di kawasan panas (hotspot). Jurucakap Kerajaan Madani, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata mesyuarat Jemaah Menteri dimaklumkan projek-projek tebatan banjir di Kuala Lumpur dan Sela

Suara Keadilan
2 days ago1 min read


Kemiskinan bandar: Selangor perkenal sistem penarafan baharu
Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari Kerajaan Selangor akan beralih kepada sistem penarafan baharu kadar kehidupan dengan memberi tumpuan kepada isu kemiskinan bandar. Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata, penarafan baharu itu bertujuan menilai tahap kehidupan rakyat dengan lebih menyeluruh dan tidak lagi bergantung sepenuhnya kepada pengelasan berdasarkan tangga gaji dalam mengenal pasti golongan yang berdepan tekanan kos sara hidup di kawasan bandar. Menurutny

Suara Keadilan
3 days ago1 min read


Mangsa banjir Selangor terima bantuan tambahan RM2,500 – PM
DS Anwar melawat pusat pemindahan mangsa banjir di kawasan Jeram, Selangor Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan Bantuan Tunai Tambahan Khas sebanyak RM2,500 kepada setiap Ketua Isi Rumah (KIR) mangsa banjir yang layak di Selangor. Beliau berkata pembayaran bantuan berkenaan dijangka bermula esok, 10 November 2026, bagi membantu meringankan beban keluarga yang terjejas akibat bencana itu. Menurut Anwar, pengumuman itu dibuat selepas beliau mengadakan l

Suara Keadilan
6 days ago1 min read


Kerajaan Selangor siasat dakwaan teroka hutan punca banjir kilat
Exco Alam Sekitar, Jamaliah Jamaluddin Dakwaan aktiviti penerokaan hutan di sekitar Hutan Simpan Bukit Cherakah yang dikaitkan dengan kejadian banjir kilat di Puncak Alam akan disiasat. Exco Alam Sekitar, Jamaliah Jamaluddin berkata setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang laporan berhubung aktiviti penerokaan hutan di kawasan berkenaan, namun akan merujuk semula perkara itu Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS). "Maklumat yang saya ada sekarang adalah kawasan Hutan S

Suara Keadilan
7 days ago1 min read


Selangor perkasa ekonomi perak, persediaan hadapi negara menua
Exco Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat, Anfaal Saari Kerajaan Selangor berhasrat memperluas penyertaan golongan warga emas dalam pasaran kerja menerusi latihan peningkatan kemahiran dan latihan semula. Exco Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat, Anfaal Saari berkata usaha itu selari usaha memperkasa ekonomi perak (Silver Economy) bagi menyediakan Malaysia menuju status negara menua. "Warga emas perlu dilihat sebagai aset dan sumber tenaga kerja yang masih mamp

Suara Keadilan
Nov 71 min read


Banjir Selangor: Khir Toyo perlu jawab rekod pentadbiran
Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Saifuddin Shafi Muhammad Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo perlu menjawab rekod pentadbirannya sebelum menuding jari kepada kerajaan Selangor berhubung pembatalan Canal City. Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Saifuddin Shafi Muhammad berkata, dakwaan Khir Toyo bahawa projek berkenaan mampu mengelakkan banjir seharusnya disokong bukti teknikal menyeluruh, termasuk penilaian kesannya terhadap kawasa

Azuan Ab Rahman
Nov 61 min read


Canal City: AMK personal Khir Toyo jadikan andaian sebagai fakta
Angkatan Muda KEADILAN (AMK) mempersoalkan dakwaan bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo bahawa pembatalan projek Canal City yang dicadangkan pentadbirannya kira kira dua dekad lalu menjadi faktor yang menyebabkan Shah Alam terus berdepan risiko banjir besar. Ketua Biro Guaman dan Aduan Awam AMK Malaysia, Khairul Naim Rafidi berkata dakwaan projek berkenaan mampu mengelakkan banjir besar selama 100 tahun tidak boleh dianggap sebagai suatu kepastian tanpa penilaia

Helmi Mohd Foad
Nov 63 min read


Selangor cadang perluas NutriSel kepada calon SPM
DS Amirudin berucap sebelum menyampaikan pek makanan Program NutriSel kepada 1,321 murid Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI) Seksyen 19, Shah Alam Kerajaan negeri Selangor bercadang memperluas kemudahan makanan percuma kepada kira-kira 70,000 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di seluruh negeri menerusi inisiatif khas Nutrisi Selangor (NutriSel) SPM 2026. Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, usaha itu bertujuan memastikan semua pelajar Tingkatan Lima menerim

Suara Keadilan
Nov 31 min read


70 peratus projek tebatan banjir kadar segera di Selangor disiapkan
Kerajaan Selangor komited memastikan pelaksanaan Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) kadar segera di negeri itu selesai secapat mungkin bagi mengatasi kejadian banjir kilat. Exco Infrastruktur Selangor, Datuk Ir Izham Hashim berkata setakat ini sebanyak 70 peratus daripada keseluruhan 255 projek RTB telah siap dibina membabitkan peruntukan hampir RM70 juta di kawasan berisiko banjir kilat terutama sekitar Klang dan Ampang Jaya. "Projek dilaksanakan sejak tahun lalu menerusi

Suara Keadilan
Oct 291 min read


Henti budaya menyalahkan, fokus selesai masalah rakyat – Amirudin
DS Amirudin sewaktu berucap pada Program Madani Kita (PMK) Bersama-sama Komuniti Sungai Ramal Naib Presiden KEADILAN, menyeru agar usaha membela nasib rakyat dijadikan keutamaan semua pihak berbanding menjadikan sesuatu isu sebagai medan pertelingkahan. Semua pihak diseru agar mengutamakan usaha membela nasib rakyat berbanding menunggang sesuatu isu sebagai modal pertelingkahan Beliau berkata, budaya menyalahkan pihak lain tidak membawa sebarang manfaat dan hanya menjejas per

Suara Keadilan
Oct 251 min read


Kerjasama PH-Bersatu di Selangor: Ambil Kira Kestabilan Politik, Kaum
ULASAN: Anggota Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu merangkap Ahli Dewan Negeri (ADN) Selangor, Dr Afif Bahardin memberi pengakuan bahawa Kerajaan Madani Selangor dan Bersatu Selangor semakin menghampiri perjanjian persefahaman merentasi parti, persefahaman ini akan memungkinkan Perjanjian Kepercayaan dan Pembekalan (CSA) disepakati. Perkara ini turut diabsahkan oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari namun beliau menyatakan rundingan masih berjalan dan terbuka u

Dr Mohd Fauzi Hj Fadzil
Oct 182 min read


Industri diseru aktif bentuk kurikulum TVET - Amirudin
Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari. Gambar arkib Pemain industri di Selangor diseru proaktif dalam pembangunan kurikulum Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bagi memastikan graduan memenuhi keperluan sebenar pasaran kerja. Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata kerjasama strategik antara industri dan institusi latihan perlu diperkukuh bagi memastikan program yang ditawarkan benar-benar memenuhi keperluan sebenar industri. "Ini termasuk pengli

Suara Keadilan
Oct 181 min read


Selangor teroka potensi teknologi dron, mobiliti udara termaju
DS Amirudin dalam sesi libat urus Belanjawan Selangor 2027 bersama agensi negeri di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), semalam Kerajaan Selangor berhasrat memperkasakan usaha penerokaan potensi teknologi dron dan mobiliti udara termaju sekaligus memperkukuh sektor industri aeroangkasa di negeri itu. Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pihaknya merancang untuk melaksanakan projek rintis teknologi tersebut menerusi kerjasama rapat dengan pihak berkuasa penerban

Suara Keadilan
Oct 171 min read


Selangor tekad pastikan kemakmuran ekonomi dinikmati rakyat
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari. Gambar arkib Kerajaan Selangor berhasrat merapatkan jurang ketidaksamaan gaji dan peluang ekonomi rakyat bagi memastikan kemakmuran Selangor dapat dinikmati seluruh lapisan masyarakat. Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari menyatakan komitmen itu pada Majlis Perasmian Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada Rabu. Menurutnya, cabaran utama ekonomi ketika ini bukan

Suara Keadilan
Oct 151 min read


Selangor wajibkan pusat data guna 30 peratus bekalan tempatan
Kerajaan Negeri Selangor komited memastikan pelaburan teknologi tinggi yang masuk ke negeri itu memberikan manfaat langsung kepada ekonomi negara. Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata, sehubungan itu pusat data yang dibangunkan di Selangor akan diwajibkan mendapatkan sekurang-kurangnya 30 peratus rantaian bekalan, komponen dan perkhidmatan daripada syarikat tempatan. Menurutnya, dasar itu akan dilaksanakan terhadap pusat data yang bertapak di Selangor dalam tempoh

Suara Keadilan
Oct 141 min read


Selangor sedia 200,000 Rumah Selangorku menjelang 2028
Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari. Gambar arkib Kerajaan Selangor optimis dapat mencapai sasaran penyediaan 200,000 unit Rumah Selangorku menjelang 2028 sekaligus membolehkan lebih ramai rakyat merealisasikan impian memiliki kediaman mampu milik sendiri." Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata, setakat ini sebanyak 57,000 unit Rumah Selangorku sudah siap dan diserahkan kepada pemilik masing-masing manakala 34,000 unit lagi sedang dalam pembinaan. "Kalau ikutkan

Suara Keadilan
Oct 141 min read
bottom of page
