top of page

Kekang ajaran New Age Movement: Selangor perketat pemantauan

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
1 hour ago
1 min read
Setiausaha MAIS, Mohd Sabirin Mohd Sarbini. Foto kredit: Bernama
Setiausaha MAIS, Mohd Sabirin Mohd Sarbini. Foto kredit: Bernama

Kerajaan Selangor menerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) terus memperketat pemantauan bagi mengekang sebarang usaha penyebaran ajaran New Age Movement (NAM) di negeri itu.


Setiausaha MAIS, Mohd Sabirin Mohd Sarbini berkata, tindakan tersebut dilaksanakan menerusi jawatankuasa berkaitan bagi mengumpul maklumat berkaitan.


Beliau bagaimanapun menjelaskan, sebarang perincian lanjut hanya akan dikongsikan kepada umum selepas maklumat diperoleh mendapat pengesahan rasmi.


"Pemantauan memang sedang dijalankan, tetapi perinciannya belum dapat didedahkan buat masa ini. Apabila ada pengesahan kelak, pihak kami akan memaklumkannya," katanya dipetik laporan media.


Beliau berkata begitu ketika ditemui selepas majlis penghargaan Rakan Media dan Pelancaran Affin Bank sebagai Rakan Strategik MAIS 2026, di Shah Alam pada Rabu.


Isu berkaitan ajaran NAM menjadi perhatian hangat susulan dakwaan pembabitan individu berprofil tinggi dalam program yang mengandungi unsur gerakan terbabit sehingga membawa kepada sesi tabayyun (penjelasan) bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan turut memberi penegasan bahawa pihaknya memberi perhatian mengenai isu tersebut.


Selain mengambil langkah menangani penyebaran ajaran tersebut, pihaknya turut akan menyiasat dakwaan mengenai kewujudan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang didakwa mengikut ajaran dibawa fahaman NAM.


Sementara itu, Mohd Sabirin ketika ditanya sama ada terdapat kelompok tertentu yang sudah berada dalam radar MAIS, enggan memperincikan perkara berkenaan.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page