top of page

Program Rumah Prihatin bukti Selangor negeri berkebajikan

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
21 hours ago
1 min read

Seramai 43 individu telah menerima manfaat menerusi Program Bantuan Rumah Kerajaan Prihatin Selangor membabitkan peruntukan keseluruhan RM2.25 juta bagi kelulusan semasa.


Exco Pembasmian Kemiskinan, V Papparaidu (gambar) menegaskan program ini bukti komitmen berterusan Kerajaan Negeri dalam usaha menangani dan membasmi kemiskinan secara lebih mendalam dan menyeluruh.


Menurutnya, menerusi program tersebut, dua bentuk bantuan utama disediakan iaitu Bina Baharu Rumah bernilai RM85,000 bagi setiap unit dan Baik Pulih Rumah sehingga RM35,000, bergantung kepada tahap kerosakan.


Pemilihan penerima dibuat berdasarkan keperluan dan kelayakan, khususnya membabitkan keluarga berpendapatan rendah serta mereka yang tinggal di kediaman uzur dan tidak selamat.


"Ini memang usaha Kerajaan Negeri untuk membasmi kemiskinan. Kita tidak boleh buat di semua tempat kerana kadang-kadang peruntukan kita terhad.


"Jadi, kita perlu pilih mereka yang benar-benar memerlukan bantuan," katanya dipetik laporan media.


Terdahulu beliau mengadakan tinjauan ke kediaman baharu penerima program di Kampung Baru Telok Gong di Pelabuhan Klang pada Jumaat.


Sementara itu menurut Ahli Dewan Negeri (ADN) Banting itu menjelaskan, daripada 43 penerima, Klang mencatat jumlah tertinggi iaitu 13 penerima dengan peruntukan RM568,120, diikuti Kuala Langat 10 penerima (RM538,127.57) dan Sabak Bernam tujuh penerima (RM429,866).


Gombak pula membabitkan enam penerima dengan peruntukan RM310,000, Petaling empat penerima (RM253,000) dan Hulu Selangor tiga penerima (RM154,947).

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page