Tiada henti tindakan terhadap rumah ibadat tanpa izin - Amirudin


Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menafikan dakwaan Kerajaan Negeri mengeluarkan arahan pemberhentian tindakan terhadap rumah ibadat tanpa izin di negeri itu.
Amirudin menegaskan, tiada arahan seperti itu dikeluarkan, sebaliknya Kerajaan Negeri telah melaksanakan penyelarasan semula proses penguatkuasaan bertujuan melicinkan proses tindakan.
Penyelarasan tersebut tegasnya mengambil kira pandangan pelbagai pihak terutama pengurusan rumah ibadat terbabit.
"Pertama, tiada arahan pemberhentian tindakan terhadap rumah ibadat tanpa izin.
"Kedua, penyelarasan semula dilaksanakan mengambil kira pandangan terutama daripada pihak pengurusan rumah ibadat antaranya bagi mengelakkan penggunaan pita amaran.
"Ketiga, operasi perobohan serta notis perobohan rumah ibadat tanpa izin di seluruh Selangor tetap dilaksanakan seperti dijadualkan," katanya menerusi aplikasi Thread.
Hantaran tersebut sebagai menjawab persoalan dibangkitkan pendakwa bebas, Firdaus Wong sama ada mesyuarat antara kerajaan Selangor dengan pihak berkaitan isu penguatkuasaan rumah ibadat tanpa izin benar-benar diadakan.
Hal itu susulan arahan supaya Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Negeri Selangor bersama Seksyen Pihak Berkuasa Tempatan, UPEN menyelaras perjumpaan Menteri Besar Selangor bersama Pengerusi Bersama Jawatankuasa Khas LIMAS, Pegawai Daerah dan Datuk Bandar atau Yang Dipertua pihak berkuasa tempatan (PBT).




Comments