Program Reformis Ampang himpunkan otai reformis, erat silaturahim


Oleh: Shaiful Annuar Sulaiman
Majlis Hi-Tea Program Reformis Ampang di Hotel De Palma, semalam berjaya menghimpunkan barisan Otai Reformis, tetamu undangan serta rakan seperjuangan dari Gombak hingga Pandan.
Program anjuran Persatuan Gabungan Reformis Ampang itu diterajui Kapten (B) Asmah Abdul Kadir, yang merupakan Ketua Wanita KEADILAN Wilayah Persekutuan pertama pada 1999, dan pernah mengetuai Biro Keahlian KEADILAN Pusat.
Antara tokoh yang hadir semalam ialah Ahli Dewan Negeri (ADN) Bukit Antarabangsa merangkap Timbalan Speaker Dewan Negeri Selangor, Mohd Kamri Kamaruddin; ADN Lembah Jaya, Altimet; tokoh Reformasi, Tian Chua; serta Saari Sungib atau lebih dikenali sebagai Pak Abu bersama isteri.

Turut hadir Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Reformis (PKORM), Mustapa Mansor; Pengerusi Institut Keusahawanan Negara (INSKEN), Datuk Mustaffa Kamil Ayub; dan Ketua Pegawai Eksekutif MBI Selangor, Ahmad Azri Zainal Nor.
Pertemuan itu menjadi platform untuk mengeratkan silaturahim, bertukar khabar serta memperkukuh hubungan sesama rakan seperjuangan yang pernah bersama dalam gerakan Reformasi.
Penganjuran program berkenaan turut mendapat penghargaan daripada pihak yang terlibat atas usaha Asmah dan seluruh pasukan penganjur menghimpunkan semula tokoh serta aktivis Reformasi.
Tahniah kepada Kapten (B) Asmah Abdul Kadir dan seluruh pasukan penganjur atas kejayaan menganjurkan program berkenaan, selain penghargaan kepada semua Otai Reformis dan rakan seperjuangan dari Gombak hingga Pandan yang hadir memeriahkan majlis.




Comments