top of page

Berita


Selangor wajibkan pusat data guna 30 peratus bekalan tempatan
Kerajaan Negeri Selangor komited memastikan pelaburan teknologi tinggi yang masuk ke negeri itu memberikan manfaat langsung kepada ekonomi negara. Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata, sehubungan itu pusat data yang dibangunkan di Selangor akan diwajibkan mendapatkan sekurang-kurangnya 30 peratus rantaian bekalan, komponen dan perkhidmatan daripada syarikat tempatan. Menurutnya, dasar itu akan dilaksanakan terhadap pusat data yang bertapak di Selangor dalam tempoh

Suara Keadilan
4 hours ago1 min read


Selangor sedia 200,000 Rumah Selangorku menjelang 2028
Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari. Gambar arkib Kerajaan Selangor optimis dapat mencapai sasaran penyediaan 200,000 unit Rumah Selangorku menjelang 2028 sekaligus membolehkan lebih ramai rakyat merealisasikan impian memiliki kediaman mampu milik sendiri." Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata, setakat ini sebanyak 57,000 unit Rumah Selangorku sudah siap dan diserahkan kepada pemilik masing-masing manakala 34,000 unit lagi sedang dalam pembinaan. "Kalau ikutkan

Suara Keadilan
5 hours ago1 min read


Belanjawan 2027 perkukuh daya tahan rakyat hadapi ketidaktentuan global
Belanjawan Persekutuan 2027 mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan MADANI dalam memelihara kesejahteraan rakyat, khususnya ketika dunia berdepan ketidaktentuan bekalan susulan ketegangan di Asia Barat. Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari (gambar) berkata belanjawan berjumlah RM510 bilion yang dibentangkan Perdana Menteri pada Jumaat itu sebagai belanjawan paling signifikan dalam sejarah negara kerana mengimbangi tanggungjawab fiskal dengan keperluan menjaga k

Azuan Ab Rahman
3 days ago2 min read


Putar belit isu kaum, agama dapatkan kuasa tidak bawa kebaikan kepada negara
DS Amirudin berucap dalam bertajuk ‘Skandal Tabung Haji: Siapa Khianati Orang Melayu Islam?’ Politik perkauman dan agama didakwa digunakan pihak tertentu untuk meraih sokongan sehingga mengalih perhatian rakyat daripada skandal penyelewengan yang membabitkan kepentingan mereka, kata Datuk Seri Amirudin Shari. Pengarah Pilihan Raya Pakatan Harapan (PH) itu berkata, PH datang dengan reputasi yang konsisten iaitu pembelaan kepada rakyat, memastikan negara dan negeri ditadbir den

Akmal Manaf
5 days ago2 min read


PRN Melaka: PH sedia bertanding semua kerusi DUN
DS Amirudin (kiri) ditemani Pengerusi PH Melaka, Adly Zahari dalam sidang media semalam Pakatan Harapan (PH) berkemungkinan bertanding di kesemua 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka. Bagaimanapun menurut Pengarah Pilihan Raya PH, Datuk Seri Amirudin Shari, keputusan akhir jumlah kerusi yang akan ditandingi bergantung kepada pertimbangan dan arahan kepemimpinan utama PH peringkat pusat. "PH yang hampir pasti (ditandingi) dalam 18 hingga

Suara Keadilan
5 days ago1 min read


Isu buli: Usah politikkan, tangani secara matang - Amirudin Shari
DS Amirudin pada Program Nutrisi Selangor (NutriSel) di SMK Telok Panglima Garang, Kuala Langat Semua pihak diseru melihat isu buli di sekolah secara matang dan tidak menjadikan sebarang insiden membabitkan pelajar sebagai bahan modal politik. Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, usaha menangani buli perlu dilakukan secara menyeluruh dan dibincangkan di pelbagai peringkat, termasuk dengan meneliti proses keselamatan di sekolah dan peranan keluarga di rum

Suara Keadilan
Oct 61 min read


Pendidikan sebagai pendekatan utama basmi kemiskinan rakyat - Amirudin
Kerajaan Selangor menjadikan pendidikan sebagai pendekatan utama dalam usaha membasmi kemiskinan dan meningkatkan taraf hidup rakyat, terutama keluarga berpendapatan rendah. Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari (gambar) berkata, akses kepada pendidikan berkualiti membolehkan pelajar membina keupayaan, memperoleh pekerjaan lebih baik dan memutuskan kitaran kemiskinan antara generasi. Antara inisiatif yang dilaksanakan Kerajaan Negeri bagi menyokong usaha tersebut termasuk

Azuan Ab Rahman
Oct 51 min read


PRN Melaka: Jentera bersedia, calon diumum dua minggu lagi
Calon-calon kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 mewakili Pakatan Harapan (PH) dijangka diumumkan dalam tempoh dua minggu akan datang. Pengarah Pilihan Raya PH, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pihaknya sudah membuat persiapan rapi sejak kira-kira dua bulan lalu bagi menghadapi pilihan raya negeri itu. "(Persiapan) sudah berjalan sejak dua bulan lalu, segala proses-proses pertemuan dengan jentera dan pasukan sudah berjalan. "Jentera

Suara Keadilan
Oct 41 min read


Kestabilan politik jadi faktor utama keputusan kerjasama PH di Melaka
Pakatan Harapan (PH) dijangka memuktamadkan sebarang bentuk kerjasama bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka minggu depan. Pengarah Pilihan Raya PH, Datuk Seri Amirudin Shari (gambar) berkata rundingan dengan semua pihak termasuk Barisan Nasional (BN) masih dibuka, dengan keutamaan diberikan kepada usaha mencapai kemenangan serta memenuhi kepentingan rakyat. "Menjelang minggu depan, saya rasa kita mungkin dapat sesuatu. Buat masa ini, saya melihat semua kemungkinan

Suara Keadilan
Oct 21 min read


PRN Melaka: PH masih berminat teroka peluang kerjasama - Amirudin
Datuk Seri Amirudin masih terbuka meneroka peluang kerjasama dengan mana mana parti Pakatan Harapan (PH) masih mengintai ruang kerjasama dengan mana-mana parti atau gabungan, termasuk Barisan Nasional (BN), bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka. Pengarah Pilihan Raya PH, Datuk Seri Amirudin Shari memaklumkan beliau telah mendengar semua pandangan daripada kepimpinan PH Melaka dalam satu pertemuan yang diadakan pada Selasa. "Saya perlu kemukakan dapatan ini kepada M

Suara Keadilan
Oct 11 min read


Selangor lancar JALUR, 115 projek strategik jaringan jalan hingga 2035
DS Amirudin melancarkan JALUR Selangor di Foyer Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam Selangor hari ini melancarkan Pelan Strategik Jalan dan Lebuh Raya Selangor 2026-2035 (JALUR Selangor), rancangan sedekad yang menggariskan 115 cadangan strategik bagi memperkukuh jaringan perhubungan, menyuraikan trafik dan merapatkan jurang pembangunan antara daerah. Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata pelan itu akan menjadi rujukan utama kerajaan negeri dalam

Helmi Mohd Foad
Sep 303 min read


Tiada henti tindakan terhadap rumah ibadat tanpa izin - Amirudin
Datuk Seri Amirudin Shari. Gambar arkib Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menafikan dakwaan Kerajaan Negeri mengeluarkan arahan pemberhentian tindakan terhadap rumah ibadat tanpa izin di negeri itu. Amirudin menegaskan, tiada arahan seperti itu dikeluarkan, sebaliknya Kerajaan Negeri telah melaksanakan penyelarasan semula proses penguatkuasaan bertujuan melicinkan proses tindakan. Penyelarasan tersebut tegasnya mengambil kira pandangan pelbagai pihak terutama

Azuan Ab Rahman
Sep 291 min read


Belanjawan Selangor 2027: Kebajikan rakyat jadi agenda utama
DS Amirudin pada Majlis Libat Urus Belanjawan 2027 Negeri Selangor di Selangor International Trade and Exhibition Centre (SITEC), Shah Alam, semalam Belanjawan Selangor 2027 yang akan dibentangkan November ini dijangka meletakkan kebajikan rakyat sebagai agenda utama. Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari memaklumkan, kerajaan negeri kini sedang memperhalusi beberapa pendekatan bagi memperkukuh kebajikan rakyat, termasuk bantuan kewangan, peningkatan kemahiran dan pembangu

Suara Keadilan
Sep 261 min read


Rizab Melayu: Tanah 55.4 ekar di Tanjong Karang dibangunkan sebagai SABDA
Tanah seluas 55.401 ekar di Tanjong Karang, Sabak Bernam yang diwartakan keluar daripada status Tanah Rizab Melayu (TRM) pada 3 September lalu akan dibangunkan sebagai sebahagian daripada Sabak Bernam Development Area (SABDA). Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari (gambar) menjelaskan, SABDA merupakan usaha Kerajaan Negeri membangunkan anjung utara Selangor bagi meningkatkan keterjaminan makanan, mengembangkan potensi agro-pelancongan di Pesisir Pantai Barat serta

Helmi Mohd Foad
Sep 221 min read


PRN Melaka: Belum ada keputusan kerjasama - Amirudin
Datuk Seri Amirudin Shari. Gambar arkib Sebarang keputusan berhubung kerjasama antara Pakatan Harapan (PH) dan Bersatu bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka masih belum dimuktamadkan Pengarah Pilihan Raya PH, Datuk Seri Amirudin Shari, berkata PH perlu melihat terlebih dahulu sejauh mana perbincangan antara pihak berkaitan di Melaka, termasuk kemungkinan membentuk kerjasama PH Plus. Tambahnya, sebarang kesepakatan yang dicapai di Melaka perlu dirujuk kepada pimpinan di perin

Suara Keadilan
Sep 221 min read


Selangor peruntukan RM20 juta tangani isu hak milik strata tertangguh
Kerajaan Negeri Selangor memperuntukkan RM20 juta bagi tempoh 2025 hingga 2026 untuk menyelesaikan pelbagai isu hak milik strata di negeri ini yang tertangguh sejak sekian lama. Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari (gambar) berkata, dana berkenaan disediakan bagi memastikan setiap permasalahan yang dibelenggu pemilik strata dapat ditangani secara lebih berkesan. Menurut Amirudin, antara cabaran utama yang dikenal pasti merangkumi kelulusan pelan bangunan, urusan dengan Pi

Suara Keadilan
Sep 181 min read


Selangor di landasan tepat capai status negeri pintar menjelang 2030
Selangor berada di landasan tepat untuk mencapai status negeri pintar menjelang 2030 selepas merealisasikan sehingga 80 peratus sasaran bandar pintar bagi tahun 2025. Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari (gambar) berkata, pencapaian itu membolehkan penggunaan teknologi dan pendigitalan diperluas ke skala negeri yang lebih menyeluruh. "Kalau kita teliti dengan terperinci perubahan yang dilakukan menerusi cita-cita Bandar Pintar menjelang 2025, hampir keseluruhan PBT menca

Suara Keadilan
Sep 161 min read


Selangor salur RM38,000 untuk misi ke Everest Base Camp 2026
DS Amirudin (kiri sekali) bersama Muhammad Syahrulnizam dan Ketua Ekspedisi Cabaran EBC 2026, Tan Sri Johan Jaaffar (tengah) di kediaman rasmi Menteri Besar di Shah Alam Kerajaan Selangor menyalurkan sumbangan khas berjumlah RM38,000 bagi membantu menjayakan misi ke Everest Base Camp (EBC 2026), Nepal. Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata bantuan itu sebagai tanda sokongan dan motivasi kepada pendaki muda Muhammad Syahrulnizam Mohd Noor bersama pasukannya menyahut

Suara Keadilan
Sep 151 min read


Belanjawan Selangor 2027: Perubahan iklim, pendidikan antara tumpuan
Amirudin dalam (tengah) Sesi Libat Urus Belanjawan 2027 yang berlangsung di Hotel Le Meridien Putrajaya Isu perubahan iklim, kelestarian alam sekitar, pendidikan, tenaga mahir dan peralihan teknologi antara perkara yang akan diberi perhatian khusus dalam penyediaan Belanjawan Selangor 2027. Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, keutamaan ini hasil maklum balas daripada Sesi Libat Urus Belanjawan 2027 yang berlangsung di Hotel Le Meridien Putrajaya, semalam. "Segal

Suara Keadilan
Sep 111 min read


Selangor rancang teruskan program sarapan percuma Nutrisel
DS Amirudin (kiri sekali) meninjau pelaksanaan Nutrisel di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gombak Setia Kerajaan Selangor berhasrat meneruskan bantuan Sarapan Percuma Sekolah menerusi Program Nutrisi Selangor (Nutrisel) yang diperkenal Ogos lalu. Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, beberapa penambahbaikan serta keperluan tambahan baharu berkaitan inisiatif berkenaan akan dibincangkan pada sesi Dialog belanjawan Selangor selepas menerima maklum balas daripada

Suara Keadilan
Sep 101 min read
bottom of page
