top of page

PRN Melaka: Jentera bersedia, calon diumum dua minggu lagi

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
50 minutes ago
1 min read

Calon-calon kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 mewakili Pakatan Harapan (PH) dijangka diumumkan dalam tempoh dua minggu akan datang.


Pengarah Pilihan Raya PH, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pihaknya sudah membuat persiapan rapi sejak kira-kira dua bulan lalu bagi menghadapi pilihan raya negeri itu.


"(Persiapan) sudah berjalan sejak dua bulan lalu, segala proses-proses pertemuan dengan jentera dan pasukan sudah berjalan.


"Jentera PH sudah bergerak dan bersedia. Cuma jajaran persefahaman (dengan parti lain dalam proses), itu sahaja. Insya-Allah seminggu, dua minggu lagi kita akan mengumumkan calon-calon," katanya dipetik laporan media.


Amirudin berkata begitu selepas menyempurnakan majlis Pelancaran Program Penyerahan Manfaat RM1,500 Kepada Ahli TAWAS di Klang pada Sabtu.


Mengulas mengenai kemungkinan kerjasama pada PRN itu, beliau menegaskan pendirian PH yang masih terbuka untuk berbincang dengan mana-mana blok politik.


Dalam masa sama PH juga tegasnya bersedia bertanding mengikut kemampuan dan kesefahaman yang sedia ada.


"Suasana politik sangat cair dan masing-masing sedang mencari solusi dan rakan kongsi terbaik untuk mendapatkan keputusan terbaik untuk setiap parti dalam pihanraya. Ada yang berjaya, ada yang tak berjaya.


"Tapi kita sentiasa cuba meneruskan tawaran kepada rakyat dengan berdasarkan apa yang telah kita buktikan di dalam negeri dan juga pencapaian yang kita lakukan," tambahnya.


Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page