top of page

Berita


KEADILAN tanding sembilan kerusi PRN Melaka, umum calon 24 Oktober
Setiausaha Agung KEADILAN, Senator Datuk Dr Fuziah Salleh. Gambar arkib KEADILAN menyasarkan sembilan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 dengan senarai calon parti itu hampir dimuktamadkan menjelang pengumuman rasmi pada 24 Oktober ini. Setiausaha Agung KEADILAN, Senator Datuk Dr Fuziah Salleh berkata pengumuman calon Pakatan Harapan (PH) akan dibuat serentak oleh Pengerusi gabungan itu Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama pelancaran je

Suara Keadilan
21 hours ago2 min read


AMANAH tangguh konvensyen, tumpu kempen PH PRN di Melaka
Setiausaha Agung AMANAH, Muhammad Faiz Fadzil Parti Amanah Negara (AMANAH) menangguhkan Konvensyen Amanah Nasional yang dijadualkan pada 14 dan 15 November ini kepada 21 dan 22 November bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16. Setiausaha Agung AMANAH, Muhammad Faiz Fadzil berkata, keputusan itu dibuat Jawatankuasa Pimpinan Nasional (JKP) parti berkenaan dalam mesyuarat malam tadi selepas mengambil kira hari pengundian PRN Melaka bertembung dengan tar

Suara Keadilan
1 day ago1 min read


AMK ketengahkan tokoh muda calon PRN Melaka
Ketua AMK Pusat, Muhammad Kamil Abdul Munim. Gambar arkib Beberapa tokoh muda daripada Angkatan Muda KEADILAN (AMK) bakal diketengahkan mewakili Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka. Ketua AMK Pusat, Muhammad Kamil Abdul Munim berkata, senarai nama calon sudah dikemukakan untuk dipertimbangkan pimpinan parti. "Dalam (PRN) Melaka ini, saya boleh beri jaminan bahawa memang akan ada calon daripada Angkatan Muda Keadilan yang akan diketengahkan. "Calon-calon

Redzuan Shamsudin
1 day ago1 min read


PRN Melaka: PH muktamadkan pemilihan calon dalam masa terdekat
Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) KEADILAN Melaka, Adam Adli Abdul Halim Isu kerjasama dengan parti politik lain bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka bukan keutamaan Pakatan Harapan (PH) buat masa ini. Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) KEADILAN Melaka, Adam Adli Abdul Halim menegaskan bahawa sebarang perbincangan mengenai kerjasama politik hanya akan dipertimbangkan sebagai langkah susulan kelak. "Ertinya dalam tempoh yang ada sekarang ni kerjasama denga

Suara Keadilan
5 days ago1 min read


Putar belit isu kaum, agama dapatkan kuasa tidak bawa kebaikan kepada negara
DS Amirudin berucap dalam bertajuk ‘Skandal Tabung Haji: Siapa Khianati Orang Melayu Islam?’ Politik perkauman dan agama didakwa digunakan pihak tertentu untuk meraih sokongan sehingga mengalih perhatian rakyat daripada skandal penyelewengan yang membabitkan kepentingan mereka, kata Datuk Seri Amirudin Shari. Pengarah Pilihan Raya Pakatan Harapan (PH) itu berkata, PH datang dengan reputasi yang konsisten iaitu pembelaan kepada rakyat, memastikan negara dan negeri ditadbir den

Akmal Manaf
Oct 92 min read


PRN Melaka: PH sedia bertanding semua kerusi DUN
DS Amirudin (kiri) ditemani Pengerusi PH Melaka, Adly Zahari dalam sidang media semalam Pakatan Harapan (PH) berkemungkinan bertanding di kesemua 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka. Bagaimanapun menurut Pengarah Pilihan Raya PH, Datuk Seri Amirudin Shari, keputusan akhir jumlah kerusi yang akan ditandingi bergantung kepada pertimbangan dan arahan kepemimpinan utama PH peringkat pusat. "PH yang hampir pasti (ditandingi) dalam 18 hingga

Suara Keadilan
Oct 91 min read


Penduduk Simpang Bekoh, DUN Rim berdepan ketiadaan ATM, stesen minyak
Penduduk di sekitar Simpang Bekoh, dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim didakwa masih berdepan kekurangan kemudahan asas termasuk mesin pengeluaran wang automatik (ATM) dan stesen minyak. Naib Ketua Cabang KEADILAN Jasin, Ramli Meerad (gambar), berkata keadaan itu menyebabkan penduduk terpaksa melakukan perjalanan jauh ke Jasin bagi mendapatkan kemudahan berkenaan. Menurutnya, kedudukan Simpang Bekoh yang agak jauh dari pusat bandar menyebabkan urusan harian penduduk

Hasbul Ahmad
Oct 61 min read


PH belum muktamad pilih rakan kerjasama PRN Melaka
Pakatan Harapan (PH) masih belum memuktamadkan sebarang keputusan berhubung rakan kerjasama politik yang akan dipilih bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang dijangka tidak lama lagi. Pengarah Komunikasi PH, Datuk Seri Fahmi Fadzil (gambar) berkata sebarang keputusan berkaitan bentuk kerjasama politik perlu diputuskan melalui Majlis Presiden PH. "Setakat ini, belum dimuktamadkan dan di peringkat Majlis Presiden Pakatan Harapan belum ada apa-apa keputusan yang te

Suara Keadilan
Oct 61 min read


DUN Rim perlukan pembangunan, IPT untuk lepasan sekolah
DUN Rim, Melaka memerlukan agenda pembangunan lebih menyeluruh termasuk peluang pendidikan tinggi dan penyelesaian isu perumahan generasi kedua FELDA, kata Naib Ketua Cabang KEADILAN Jasin, Ramli Meerad. Beliau berkata pembangunan di kawasan berkenaan perlu diperkasakan bagi memastikan penduduk, khususnya golongan muda mempunyai lebih banyak peluang untuk mendapatkan pendidikan dan membina kehidupan di kawasan sendiri. Menurutnya, DUN Rim tidak mempunyai institusi pengajian t

Sidiqin Omar
Oct 41 min read


PRN Melaka: Jentera bersedia, calon diumum dua minggu lagi
Calon-calon kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 mewakili Pakatan Harapan (PH) dijangka diumumkan dalam tempoh dua minggu akan datang. Pengarah Pilihan Raya PH, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pihaknya sudah membuat persiapan rapi sejak kira-kira dua bulan lalu bagi menghadapi pilihan raya negeri itu. "(Persiapan) sudah berjalan sejak dua bulan lalu, segala proses-proses pertemuan dengan jentera dan pasukan sudah berjalan. "Jentera

Suara Keadilan
Oct 41 min read


Kestabilan politik jadi faktor utama keputusan kerjasama PH di Melaka
Pakatan Harapan (PH) dijangka memuktamadkan sebarang bentuk kerjasama bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka minggu depan. Pengarah Pilihan Raya PH, Datuk Seri Amirudin Shari (gambar) berkata rundingan dengan semua pihak termasuk Barisan Nasional (BN) masih dibuka, dengan keutamaan diberikan kepada usaha mencapai kemenangan serta memenuhi kepentingan rakyat. "Menjelang minggu depan, saya rasa kita mungkin dapat sesuatu. Buat masa ini, saya melihat semua kemungkinan

Suara Keadilan
Oct 21 min read


PRN Melaka: PH kenal pasti beberapa DUN berpotensi menang
Pakatan Harapan (PH) Melaka sudah mengenal pasti beberapa Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan diberi tumpuan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka. Pengerusinya, Adly Zahari (gambar) berkata, kawasan-kawasan tersebut dianggap berpotensi memberi kemenangan kepada PH berdasarkan kekuatan jentera dan sokongan yang dimiliki. "Secara asasnya saya ingin memberi gambaran bahawa memang PH ada DUN fokus yang telah kita sepakati. "Walaupun kita sudah selesaikan, memang kita ada DUN

Suara Keadilan
Oct 21 min read


PRN Melaka: PH masih berminat teroka peluang kerjasama - Amirudin
Datuk Seri Amirudin masih terbuka meneroka peluang kerjasama dengan mana mana parti Pakatan Harapan (PH) masih mengintai ruang kerjasama dengan mana-mana parti atau gabungan, termasuk Barisan Nasional (BN), bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka. Pengarah Pilihan Raya PH, Datuk Seri Amirudin Shari memaklumkan beliau telah mendengar semua pandangan daripada kepimpinan PH Melaka dalam satu pertemuan yang diadakan pada Selasa. "Saya perlu kemukakan dapatan ini kepada M

Suara Keadilan
Oct 11 min read


PRN Melaka: PH tiada runding kerjasama dengan BN, Bersatu
Tiada sebarang perbincangan rasmi diadakan berhubung kerjasama Pakatan Harapan (PH) dengan Bersatu bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka. Pengarah Komunikasi PH, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata sebarang bentuk muafakat atau kerjasama politik hanya akan diputuskan di peringkat pimpinan tertinggi. Mengulas mengenai pertemuan tertutup kedua-dua pihak di sebuah hotel di Melaka pada Isnin, beliau menjelaskan ia sekadar sesi makan malam dan bukan bagi merundingkan kerjas

Suara Keadilan
Sep 301 min read


PRN Melaka: Prinsip keadilan perlu jadi asas perjuangan - Dr Wan Azizah
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Gambar arkib Pengerusi Majlis Penasihat KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mahu prinsip keadilan perlu terus menjadi asas perjuangan parti itu dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka tidak lama lagi. Menurutnya, perjuangan parti tersebut bukan sekadar untuk mendapatkan kuasa politik, sebaliknya bagi memastikan setiap rakyat di negara ini mendapat hak dan layanan yang adil. "Kita mahukan setiap rakyat Malaysia mendapat

Suara Keadilan
Sep 281 min read


PRN Melaka: Pembahagian kerusi PH peringkat negeri selesai
Adly Zahari. Gambar arkib Proses pembahagian kerusi dalam kalangan parti komponen Pakatan Harapan (PH) di peringkat negeri bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kini sudah selesai sepenuhnya. Pengerusi PH Melaka Adly Zahari berkata, cadangan serta susunan kerusi yang disepakati itu bagaimanapun akan dibawa untuk perbincangan dan kelulusan akhir dalam mesyuarat Majlis Presiden PH yang dijangka berlangsung minggu ini. Menurut beliau, kepimpinan di peringkat negeri te

Suara Keadilan
Sep 281 min read


PH mahu muktamadkan calon PRN Melaka lebih awal
Datuk Azman Abidin, Gambar arkib Pakatan Harapan (PH) dijangka mengumumkan barisan calon bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka selewat-lewatnya seminggu sebelum hari penamaan calon. Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Azman Abidin berkata, langkah awal ini bagi membolehkan jentera parti bergerak pantas menguasai kempen serta menembusi kawasan sasaran tanpa menunggu saat-saat akhir. "Saya rasa kali ini mungkin lebih awal, bukan lagi pada saat akhir sepe

Suara Keadilan
Sep 241 min read


PH belum putus kerjasama PRN Melaka, serah kepada jawatankuasa - PM
DS Anwar ditemuramah media dalam keretapi laju bergerak dari Shanghai ke Hangzhou. Foto PMO Pakatan Harapan (PH) masih belum memuktamadkan bentuk kerjasama politik bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Anwar yang juga Pengerusi PH berkata, Pengarah Pilihan Raya PH, Datuk Seri Amirudin Shari telah diberikan tanggungjawab untuk mengadakan rundingan berhubung perkara itu dengan mana mana parti yang berpotensi. Katanya, P

Suara Keadilan
Sep 231 min read


Hampir 1,000 penyokong KEADILAN hadir pelancaran jentera PRN Masjid Tanah
Barisan pimpinan MPN Melaka dan Ketua Ketua Cabang dalam majlis di Masjid Tanah malam tadi Hampir 1,000 jentera dan penyokong KEADILAN serta Pakatan Harapan (PH) hadir pada Program Pelancaran Jentera Pilihan Raya Cabang Masjid Tanah di Kuala Sungai Baru, Melaka, malam tadi. Program yang bermula kira-kira jam 9 malam itu turut dihadiri Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari yang juga Naib Presiden KEADILAN; Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Adam Adli Abd Halim yang

Suara Keadilan
Sep 221 min read


PRN Melaka: Belum ada keputusan kerjasama - Amirudin
Datuk Seri Amirudin Shari. Gambar arkib Sebarang keputusan berhubung kerjasama antara Pakatan Harapan (PH) dan Bersatu bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka masih belum dimuktamadkan Pengarah Pilihan Raya PH, Datuk Seri Amirudin Shari, berkata PH perlu melihat terlebih dahulu sejauh mana perbincangan antara pihak berkaitan di Melaka, termasuk kemungkinan membentuk kerjasama PH Plus. Tambahnya, sebarang kesepakatan yang dicapai di Melaka perlu dirujuk kepada pimpinan di perin

Suara Keadilan
Sep 221 min read
bottom of page
