top of page

Samakan mengundi dengan wuduk boleh bawa kepada kesesatan - Syeikh Wazir

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
1 day ago
2 min read
Penasihat Kesatuan Pondok Kelantan, Tuan Guru Syeikh Wazir Che Awang al-Makki
Penasihat Kesatuan Pondok Kelantan, Tuan Guru Syeikh Wazir Che Awang al-Makki
Oleh itu menyamakan memangkah mana-mana parti dalam mana-mana pilihanraya dengan wuduk, sebagai wahyu daripada Allah Subhanahu wa-Ta'ala adalah satu kesesatan, yang boleh membawa kepada kerosakan aqidah seseorang, jika seseorang itu beritikad sedemikian itu

Menyamakan perbuatan memangkah atau mengundi mana-mana parti politik dalam pilihanraya dengan ibadah wuduk disifatkan sebagai satu 'kesesatan' yang jika beritikad dengannya boleh merosakkan akidah seseorang Islam.


Penasihat Kesatuan Pondok Kelantan, Tuan Guru Syeikh Wazir Che Awang al-Makki berkata, wuduk merupakan perintah yang bersumberkan wahyu Allah SWT, sedangkan perbuatan mengundi adalah suatu kaedah yang direka oleh manusia.


Beliau berkata, perkara itu perlu difahami dengan jelas agar umat Islam tidak menyamakan urusan politik dan pilihanraya dengan tuntutan ibadah yang ditetapkan melalui wahyu.


Menurutnya, Allah SWT telah menjelaskan kewajipan berwuduk menerusi firman-Nya yang bermaksud:

Kenyataan tulis tangan Sheikh Wazir
Kenyataan tulis tangan Sheikh Wazir

“Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu hendak mengerjakan solat, maka basuhlah muka kamu dan kedua belah tangan kamu hingga ke siku, dan sapulah kepala kamu, dan (basuhlah) kedua belah kaki kamu hingga ke buku lali.” (Surah Al-Ma'idah, ayat ke-6)


Beliau yang juga Profesor Adjung (Industri) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM berkata, ayat berkenaan merupakan dalil bahawa amalan wuduk adalah ketetapan Allah SWT yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW, bukannya sesuatu yang dicipta atau direka oleh manusia.


"Ia mengertikan bahawa wuduk itu adalah wahyu daripada Allah Subhanahu wa-Ta'ala, bukan sesuatu rekaan manusia semata-mata.


"Adapun memangkah atau mengundi adalah rekaan manusia semata-mata," katanya dalam satu kenyataan.


Sehubungan itu, Timbalan Pengerusi Jabhah Pondok Kelantan itu menegaskan perbuatan menyamakan undi kepada mana-mana parti politik dengan wuduk sebagai wahyu Allah SWT merupakan suatu perbuatan yang tidak boleh diterima dalam agama.


"Oleh itu menyamakan memangkah mana-mana parti dalam mana-mana pilihanraya dengan wuduk, sebagai wahyu daripada Allah Subhanahu wa-Ta'ala adalah satu kesesatan, yang boleh membawa kepada kerosakan aqidah seseorang, jika seseorang itu beritikad sedemikian itu," katanya lagi.


Untuk rekod, dalam ceramah Hj Hadi di Melaka kelmarin, beliau menegaskan ahli parti itu wajib mengundi calon BN-PN di kawasan yang ditandingi gabungan berkenaan sebagai memenuhi tuntutan kerjasama politik.


Beliau turut mengibaratkan kewajipan itu seperti mengambil wuduk sebelum menunaikan solat yang diwajibkan dalam Islam, meskipun wuduk pada asalnya bukan suatu kewajipan.


"Kaedah Islam mengatakan apa yang tak semuanya yang wajib, melainkan dengannya jadi wajib. Contohnya kita ambil air sembahyang. Asalnya tak wajib. Tapi kalau sembahyang itu wajib, syarat sah sembahyang kena ada wuduk.


"Maka wuduk kerana nak sembahyang wajib. Begitulah perpaduan itu wajib bagi orang Islam," katanya dipetik laporan Malaysiagazette.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page