top of page

PH dahului keputusan di empat kerusi DUN

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
1 minute ago
1 min read

Pakatan Harapan (PH) mendahului sekurang-kurangnya empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka berdasarkan kiraan undi tidak rasmi setakat jam 7.20 malam.


Empat kerusi tersebut ialah Ayer Keroh, Kesidang, Kota Laksamana dan Bandar Hilir.


Di Ayer Keroh, calon PH, Kerk Chee Yee mendahului dengan 767 undi, jauh meninggalkan calon Perikatan Nasional (PN), Michael Gan yang memperoleh 232 undi.


Calon BERSAMA, Muhaimin Lau pula meraih 52 undi, manakala calon BERSATU, Mohd Hamnaim memperoleh 31 undi.


Di Kesidang, calon PH, Allex Seah Shoo Chin turut mencatat kelebihan apabila memperoleh 1,515 undi, berbanding calon PN, Albert Kok dengan 314 undi dan calon BERSAMA, Dr Bryan Kek yang mendapat 217 undi.


Sementara itu, di Kota Laksamana, calon PH, Low Chee Leong mencatat kelebihan besar dengan 9,892 undi, mengatasi calon Barisan Nasional (BN), Melvin Chua yang memperoleh 2,414 undi.


Calon BERSAMA, Ethan Lim Zhi Hao pula meraih 1,086 undi.


Di Bandar Hilir, calon PH, Leng Chau Yen turut mendahului dengan 6,688 undi, berbanding calon BN, Jasmine Lok yang memperoleh 1,407 undi dan calon BERSAMA, Dr Rashidi Jalil dengan 881 undi.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page