top of page

Mesyuarat nilai prestasi PRN Melaka diadakan minggu ini - Fahmi

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
1 hour ago
1 min read
Pengarah Komunikasi PH, Datuk Seri Fahmi Fadzil
Pengarah Komunikasi PH, Datuk Seri Fahmi Fadzil

Mesyuarat Majlis Setiausaha Pakatan Harapan (PH) yang dijadualkan minggu ini bakal melakukan pascanilai terhadap prestasi gabungan itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.


Pengarah Komunikasi PH, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata penilaian terhadap pelbagai aspek termasuk kelemahan jentera pilihanraya, kesiapsiagaan calon dan pendekatan kempen penting bagi mengenal pasti kelemahan serta merangka langkah penambahbaikan untuk memperkukuh kekuatan gabungan itu.


"Parti akan melakukan pascanilai untuk mengenal pasti aspek yang perlu kita rombak. Ada yang memberi pandangan awal mengenai tahap kesediaan jentera di lapangan, terutama di kawasan luar bandar," katanya dipetik laporan media.


Beliau ditermui selepas menghadiri Projek Rintis Sistem Keselamatan Warga Emas di Razak Mansion di Kuala Lumpur pada Ahad.


Pada PRN Melaka, PH hanya memenangi hanya empat kerusi dipertandingkan iaitu DUN Ayer Keroh, Kesidang, Kota Laksamana dan Bandar Hilir.


Keputusan itu memberi isyarat jelas kepada PH untuk menilai semula strategi politik dan kekuatan jenteranya, khususnya dalam usaha meraih sokongan lebih besar daripada pengundi luar bandar serta memperkukuh kedudukan menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Fahmi yang juga Pengarah Komunikasi PH sementara itu berkata, gabungan itu turun akan melaksana penilaian terhadap corak sokongan pengundi muda serta kadar keluar mengundi pada PRN Melaka berbanding pilihan raya umum terdahulu.


PH turut akan meneliti secara mendalam faktor yang mempengaruhi keputusan pengundi, khususnya di kawasan yang menyaksikan parti-parti komponennya berdepan persaingan sengit.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page