top of page

Selangor salur RM38,000 untuk misi ke Everest Base Camp 2026

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
1 minute ago
1 min read
DS Amirudin (kiri sekali) bersama Muhammad Syahrulnizam dan Ketua Ekspedisi Cabaran EBC 2026, Tan Sri Johan Jaaffar (tengah) di kediaman rasmi Menteri Besar di Shah Alam
DS Amirudin (kiri sekali) bersama Muhammad Syahrulnizam dan Ketua Ekspedisi Cabaran EBC 2026, Tan Sri Johan Jaaffar (tengah) di kediaman rasmi Menteri Besar di Shah Alam

Kerajaan Selangor menyalurkan sumbangan khas berjumlah RM38,000 bagi membantu menjayakan misi ke Everest Base Camp (EBC 2026), Nepal.


Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata bantuan itu sebagai tanda sokongan dan motivasi kepada pendaki muda Muhammad Syahrulnizam Mohd Noor bersama pasukannya menyahut dan merealisasikan cabaran pendakian berkenaan.


"Sumbangan ini akan membantu sekitar empat hingga lima orang daripada keseluruhan 11 anggota pasukan.


"Ia sedikit sebanyak akan melegakan kos mereka yang agak tinggi terutama membabitkan urusan permit dan perbelanjaan sepanjang pendakian," katanya dipetik laporan media.


Terdahulu, Amirudin menyerahkan sumbangan Kerajaan Negeri kepada Ketua Ekspedisi Cabaran EBC 2026, Tan Sri Johan Jaaffar di kediaman rasmi Menteri Besar di Shah Alam, semalam.


Difahamkan, ekspedisi akan berlangsung dari 16 September hingga 5 Oktober 2026.


Pemilihan Hari Malaysia sebagai tarikh permulaan membawa nilai patriotisme yang tinggi, selain melambangkan keberanian, ketahanan dan semangat anak muda Malaysia menyahut cabaran di pentas antarabangsa.


Amirudin sementara itu berharap misi berkenaan dapat memberi inspirasi kepada rakyat Selangor, khususnya golongan muda, agar berani menyahut cabaran dan menguji kemampuan diri.


"Ini sebagai tanda motivasi dan sokongan, selain menjadi contoh kepada anak muda bahawa mereka boleh menyahut cabaran," katanya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page