top of page

Selangor di landasan tepat capai status negeri pintar menjelang 2030

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
6 hours ago
1 min read

Selangor berada di landasan tepat untuk mencapai status negeri pintar menjelang 2030 selepas merealisasikan sehingga 80 peratus sasaran bandar pintar bagi tahun 2025.


Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari (gambar) berkata, pencapaian itu membolehkan penggunaan teknologi dan pendigitalan diperluas ke skala negeri yang lebih menyeluruh.


"Kalau kita teliti dengan terperinci perubahan yang dilakukan menerusi cita-cita Bandar Pintar menjelang 2025, hampir keseluruhan PBT mencapai tahap satu.


"Majlis Perbandaran Selayang (MPS) sedang bergerak untuk ke tahap dua, manakala Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) paling tinggi kerana telah mencapai tahap dua dan boleh mencapai ke tahap tiga.


"Saya percaya Selangor mampu menjadi sebuah negeri pintar pada pertengahan tahun hadapan mungkin, atau hujung tahun hadapan paling lewat," katanya dipetik laporan media.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Seminar Smart Cities 2026 ‘AI Meets Urban Planning 2.0’ di Pusat Konvensyen KLGCC di Kuala Lumpur semalam.


Sementara itu menurut Amirudin, Kerajaan Negeri berhasrat memanfaatkan teknologi termasuk kecerdasan buatan (AI) dalam perancangan serta pembangunan bandar yang lebih cekap dan berteknologi tinggi.

Bagaimanapun, penggunaan teknologi tersebut dalam perancangan bandar tidak seharusnya menjadi matlamat semata-mata, sebaliknya perlu disesuaikan dengan persekitaran serta keperluan rakyat.


"Melaksanakan perancangan mesti datang daripada kefahaman kita terhadap persekitaran, pemahaman kita kepada keperluan," jelasnya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page