top of page

PRN Melaka: Amirudin diberi mandat teliti kemungkinan kerjasama politik

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 36 minutes ago
  • 1 min read

Pengarah Pilihan Raya Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Amirudin Shari telah diberi mandat untuk meneliti kemungkinan kerjasama antara PH dan Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16.


Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan perkara itu kepada pemberita selepas menghadiri Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan Tahun 1448/2026 di Serdang, pada Selasa.


"Kita dah beri amanah kepada Amir (Amirudin) untuk memperincikan (hal itu)," kata Anwar dipetik laporan media.

PRN dijangka bakal berlangsung dalam tempoh kurang daripada dua bulan lagi, sama ada pada September atau Oktober 2026.


Sebelum ini, Anwar dilaporkan berkata Jawatankuasa Pilihan Raya PH akan memperhalusi potensi kerjasama dengan BN bagi menghadapi PRN Melaka.


Sementara itu, ketika ditanya tentang ruang kerjasama antara parti politik pada PRN Melaka, Anwar berkata kerjasama ialah perkara penting bukan sahaja dalam kehidupan, tetapi juga dalam pentadbiran.


"Ruang kerjasama … dalam hidup ini mesti bekerjasama. Ini semua kerjasama," kata beliau ringkas.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page