top of page

RM30 juta diperuntukkan untuk Dana Inovasi Media 2.0

Writer: Akmal Manaf
Akmal Manaf
1 hour ago
1 min read

Kerajaan MADANI akan meneruskan inisiatif Dana Inovasi Media melalui pelaksanaan Dana Inovasi Media 2.0.


Perkara tersebut diumumkan Jurucakap Kerajaan MADANI, Datuk Seri Fahmi Fadzil yang juga Menteri Komunikasi.


"Pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sempena Hari Wartawan Nasional (HAWANA) pada Jun tahun ini memperlihat komitmen berterusan Kerajaan MADANI untuk memastikan industri media terus diperkasa khusus dalam aspek inovasi, pendigitalan, pembangunan bakat dan penerapan teknologi baharu.


"Ia termasuk kecerdasan buatan (AI) agar industri media dalam negara kita kekal berdaya tahan dan relevan dengan keperluan semasa.


"Dana Inovasi Media 2.0 masih mengekalkan empat skop sedia ada dengan satu skop baharu menjadikan keseluruhan lima skop pembiayaan.


"Jumlah yang kita sediakan bagi dana 2.0 itu ialah sebanyak RM30 juta. Untuk maklumat lanjut serta borang pemohonan, boleh dimuat turun melalui laman sesawang dana inovasi media.komunikasi.gov.my," katanya pada sidang media selepas mesyuarat Jemaah Menteri di Putrajaya hari ini.


Dana Inovasi Media diwujudkan bagi menyokong transformasi industri media melalui pembangunan projek inovatif merangkumi aspek kandungan, teknologi media dan strategi digital.


Dana itu turut memberi tumpuan kepada latihan pengamal media, penghasilan kandungan kreatif dan interaktif, serta usaha memperkukuhkan penyampaian maklumat yang tepat dan relevan kepada rakyat.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page