Kerjasama negeri-agensi percepat agihan bantuan kepada rakyat — Amirudin
- Suara Keadilan

- 1 day ago
- 1 min read

Kerajaan Selangor terus memperkasa kerjasama dengan pelbagai agensi dan institusi demi mempercepat agihan bantuan kepada rakyat yang terkesan oleh cabaran ekonomi global.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari (gambar) sebagai mengulas mengenai cabaran ekonomi global berkata, ketidaktentuan pasaran antarabangsa serta kenaikan kos sumber tenaga dan barang keperluan turut memberi kesan kepada peningkatan kos sara hidup.
Justeru, kerjasama erat itu penting bagi memastikan program-program bantuan dilaksanakan Kerajaan Negeri berjalan lancar dan memberi manfaat kepada masyarakat yang memerlukan.
"Kerajaan berdiri teguh di belakang rakyat untuk mencari jalan penyelesaian terbaik demi menjamin kesejahteraan dan kestabilan ekonomi jangka panjang.
"Kita perlu memastikan kebajikan rakyat sentiasa diutamakan. Kerjasama antara agensi dan institusi ini perlu diperkukuhkan secara berterusan," katanya dipetik laporan media.
Naib Presiden KEADILAN itu ditemui pemberita pada majlis perasmian Program Aspirasi Anak Muda Nasional di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Pusu, Gombak.
Sementara itu, Amirudin menegaskan setiap langkah dilaksana Kerajaan Negeri bertujuan memastikan tiada golongan yang ketinggalan daripada arus pembangunan.
"Kerajaan Negeri sentiasa berusaha memelihara kesejahteraan rakyat, membela nasib mereka, dan menyelesaikan masalah secara bertanggungjawab.
"Kita bukan Superman atau adiwira, tetapi kita mesti belajar daripada kelemahan dan berusaha membawa kejayaan kepada seluruh rakyat," tambahnya.




Comments