top of page

Belanjawan Selangor 2027: Kebajikan rakyat jadi agenda utama

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
9 minutes ago
1 min read
DS Amirudin pada Majlis Libat Urus Belanjawan 2027 Negeri Selangor di Selangor International Trade and Exhibition Centre (SITEC), Shah Alam, semalam
DS Amirudin pada Majlis Libat Urus Belanjawan 2027 Negeri Selangor di Selangor International Trade and Exhibition Centre (SITEC), Shah Alam, semalam

Belanjawan Selangor 2027 yang akan dibentangkan November ini dijangka meletakkan kebajikan rakyat sebagai agenda utama.


Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari memaklumkan, kerajaan negeri kini sedang memperhalusi beberapa pendekatan bagi memperkukuh kebajikan rakyat, termasuk bantuan kewangan, peningkatan kemahiran dan pembangunan infrastruktur.


Mendepani cabaran Selangor yang bakal berdepan perubahan struktur demografi, tumpuan juga jelasnya turut diberikan kepada golongan rentan, khususnya warga emas dan golongan muda.


"Namun cabaran kita bagaimana sokongan yang diberikan itu mampu menyelesaikan isu-isu yang lebih kekal, dalam rangka melihat golongan rentan sebenarnya, kumpulan yang paling tua dan kumpulan yang muda wajar diberikan perhatian.


"Selangor merupakan negeri yang berdepan cabaran negeri menua menjelang tempoh terdekat dan kelahiran meningkat. Ini beri signal kepada kita, ini golongan kelompok yang perlu dijaga," katanya dipetik laporan media.


Amirudin berkata begitu pada Majlis Libat Urus Belanjawan 2027 Negeri Selangor di Selangor International Trade and Exhibition Centre (SITEC), Shah Alam pada Jumaat.


Dalam perkembangan berkaitan Amirudin berkata, pembangunan masyarakat Orang Asli di Selangor juga perlu dilihat secara menyeluruh merangkumi pendidikan serta keyakinan untuk menjadi sebahagian daripada masyarakat Selangor.


Justeru Kerajaan Negeri sedang meneliti pendekatan baharu bagi memperkukuh tahap pendidikan masyarakat Orang Asli, termasuk mempertimbang program tuisyen khas untuk pelajar komuniti tersebut.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page