top of page

Kestabilan politik jadi faktor utama keputusan kerjasama PH di Melaka

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
21 hours ago
1 min read

Pakatan Harapan (PH) dijangka memuktamadkan sebarang bentuk kerjasama bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka minggu depan.


Pengarah Pilihan Raya PH, Datuk Seri Amirudin Shari (gambar) berkata rundingan dengan semua pihak termasuk Barisan Nasional (BN) masih dibuka, dengan keutamaan diberikan kepada usaha mencapai kemenangan serta memenuhi kepentingan rakyat.


"Menjelang minggu depan, saya rasa kita mungkin dapat sesuatu. Buat masa ini, saya melihat semua kemungkinan masih terbuka dan pintu rundingan juga masih terbuka.


"Kita berunding dengan semua pihak, tetapi keutamaannya sangat mudah. Keutamaan pertama tentunya adalah kemenangan pihak kita dan setiap pihak juga mempunyai kepentingan masing-masing," katanya dipetik laporan media.


Menteri Besar Selangor itu ditemui pemberita selepas merasmikan Pusat Perubatan Sunway Damansara, di Petaling Jaya semalam.


Dalam pada itu, Amirudin turut menegaskan bahawa kestabilan politik akan menjadi elemen penting dalam memutuskan sebarang bentuk kerjasama pada PRN tersebut.


Ia memandangkan politik yang stabil akan mempengaruhi ekonomi dan memudahkan kerajaan berhadapan sebarang krisis masa depan.


"Kestabilan politik mesti menjadi keutamaan bagi setiap gabungan yang dibentuk. Perkara kedua ialah manfaat kepada rakyat, khususnya bagaimana kita mahu bantu golongan miskin, menangani dasar perumahan dan sebagainya.


"Ketiga, sudah tentunya ia perlu menghasilkan situasi yang memberikan manfaat kepada semua pihak," tambahnya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page