top of page

Selangor teroka potensi teknologi dron, mobiliti udara termaju

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
3 hours ago
1 min read
DS Amirudin dalam sesi libat urus Belanjawan Selangor 2027 bersama agensi negeri di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), semalam
DS Amirudin dalam sesi libat urus Belanjawan Selangor 2027 bersama agensi negeri di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), semalam

Kerajaan Selangor berhasrat memperkasakan usaha penerokaan potensi teknologi dron dan mobiliti udara termaju sekaligus memperkukuh sektor industri aeroangkasa di negeri itu.


Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pihaknya merancang untuk melaksanakan projek rintis teknologi tersebut menerusi kerjasama rapat dengan pihak berkuasa penerbangan, khususnya Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).


"Saya berpandangan, pihak berkuasa seperti CAAM perlu dilibatkan sejak peringkat awal projek rintis ini memandangkan ia masih berada dalam fasa percubaan dan tergolong dalam bidang baharu.


"Usaha ini penting bagi mempercepatkan pelaksanaan projek sekali gus mengelakkan sebarang kekangan daripada sudut peraturan," katanya dipetik laporan media.


Beliau berkata demikian selepas menghadiri sesi libat urus Belanjawan Selangor 2027 bersama agensi negeri di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), pada Jumaat.


Mengulas mengenai Belanjawan Selangor 2027 yang bakal dibentangkan tidak lama lagi, Amirudin berkata tumpuan utama akan diberikan kepada pemantapan infrastruktur awam.


Langkah tersebut jelasnya termasuklah menangani isu jalan raya serta masalah banjir bagi memelihara kesejahteraan dan kualiti hidup rakyat.


Menyentuh hala tuju industri aeroangkasa, Selangor jelasnya akan terus memperkukuh sektor tersebut termasuk meneruskan inisiatif dalam industri sedia ada seperti semikonduktor dan meneroka peluang dalam subsektor baharu.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page