top of page

Selangor rangka pendekatan tangani isu kesihatan mental pelajar

  • Writer: Azuan Ab Rahman
    Azuan Ab Rahman
  • 2 hours ago
  • 1 min read
DS Amirudin berucap di majlis pecah tanah kampus baharu Sekolah Menengah Akademik Kuen Cheng
DS Amirudin berucap di majlis pecah tanah kampus baharu Sekolah Menengah Akademik Kuen Cheng

Kerajaan Selangor akan merangka pendekatan baharu bagi menangani isu kesihatan mental dalam kalangan pelajar sekolah di negeri itu.


Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata, langkah itu susulan kebimbangan terhadap kesan media sosial dan gaya hidup semasa yang semakin mempengaruhi kesejahteraan mental golongan muda.


"Isu ini memerlukan perhatian serius memandangkan kesannya boleh menjejaskan perkembangan serta kesejahteraan pelajar.


"Kes terbaharu melibatkan pelajar di Banting tidak mempunyai unsur buli. Namun, kes lain akan terus kita perhatikan kerana terdapat kesan yang serius terhadap kesihatan mental anak-anak akibat pengaruh media sosial dan gaya hidup semasa.


"Kerajaan Negeri akan berbincang dengan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS) bagi merangka pendekatan baharu," katanya.


Beliau berkata demikian kepada media selepas majlis pecah tanah kampus baharu Sekolah Menengah Akademik Kuen Cheng di Bandar Seri Coalfields, di Shah Alam pada Isnin.


Amirudin sementara itu berkata, isu kesihatan mental pelajar memerlukan pendekatan yang lebih menyeluruh.


Dengan ruang silibus sedia ada yang agak terhad, beliau berpandangan program kokurikulum merupakan platform sesuai untuk melengkapkan usaha memupuk kesejahteraan mental pelajar.


"Kerajaan Negeri akan terus bekerjasama dengan Jabatan Pendidikan dan pihak berkaitan bagi memperkukuh langkah pencegahan serta intervensi awal dalam menangani isu kesihatan mental dalam kalangan pelajar," katanya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page