top of page

Malaysia raih pengiktirafan global sistem kesihatan di WHA79

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 1 hour ago
  • 1 min read
Dr Dzulkefly (tengah) sewaktu menghadiri Perhimpunan Kesihatan Sedunia ke-79 di Switzerland minggu lalu
Dr Dzulkefly (tengah) sewaktu menghadiri Perhimpunan Kesihatan Sedunia ke-79 di Switzerland minggu lalu

Malaysia mencatat pencapaian membanggakan di pentas antarabangsa apabila berjaya menterjemah dasar kesihatan global kepada pelaksanaan nyata yang memberi manfaat terus kepada rakyat, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.


Beliau berkata, kejayaan itu dizahirkan melalui penyertaan negara dalam Perhimpunan Kesihatan Sedunia ke-79 (WHA79) di Geneva minggu lalu.


"Kita berjaya menterjemah polisi global kepada tindakan nyata untuk rakyat," katanya dalam hantaran di media sosial.


Menurut beliau, antara inisiatif utama yang diketengahkan termasuk pelaksanaan saringan berasaskan kecerdasan buatan (AI) di 902 klinik kesihatan, pembangunan Blueprint Sains Tingkah Laku serta kejayaan memperluas akses kepada perkhidmatan perubatan mampu milik.


Dr Dzul mengetengahkan kejayaan Malaysia dalam sektor kesihatan
Dr Dzul mengetengahkan kejayaan Malaysia dalam sektor kesihatan

Tambahnya, pencapaian tersebut telah mengangkat Malaysia sebagai model rujukan antarabangsa sehingga mendapat pengiktirafan daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia.


"(Inisiatif) ini mengangkat negara sebagai model rujukan antarabangsa sehinggakan Ketua Pengarah WHO sendiri melaungkan "Malaysia Boleh!" di pentas dunia," ujarnya.


Pada masa sama, Dzulkefly memaklumkan bahawa Malaysia turut meraih manfaat strategik menerusi apa yang disifatkan sebagai “Dividen Geneva” hasil kerjasama diplomasi dengan beberapa negara di dunia.


Menurutnya, kerjasama tersebut meliputi adaptasi model pemindahan organ serta usaha memperluas sektor pelancongan kesihatan negara.


"Segala "Dividen Geneva" menerusi diplomasi strategik bersama Sepanyol, Singapura, Bangladesh, dan Vietnam, termasuk adaptasi model transplan organ dan peluasan pelancongan kesihatan akan segera digerakkan di tanah air," katanya.


Beliau menegaskan Kementerian Kesihatan akan memastikan segala resolusi yang dicapai diterjemahkan kepada penambahbaikan perkhidmatan kesihatan di peringkat akar umbi.


"KKM komited memastikan resolusi ini membawa perubahan hakiki kepada perkhidmatan di hospital dan klinik demi kelangsungan sistem kesihatan MADANI yang lebih bermaruah," katanya lagi.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page