top of page

Berita


KKM kukuh khidmat psikiatri, sasar seorang pakar bagi 40,000 penduduk
Kementerian Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad Kementerian Kesihatan (KKM) bakal memperluas latihan dalam bidang psikiatri bagi memenuhi keperluan perkhidmatan kesihatan mental yang semakin meningkat. Menterinya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, Kerajaan MADANI menyasarkan nisbah seorang pakar psikiatri bagi setiap 40,000 penduduk di negara ini berbanding seorang bagi setiap 69,000 penduduk ketika ini. "Kementerian kini mempunyai kira-kira 400 pakar psikiatri dari

Suara Keadilan
2 hours ago1 min read


Jerebu: Kementerian Kesihatan tambah peralatan, aktifkan bilik gerakan
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad Kementerian Kesihatan (KKM) membekalkan 841 unit alat bantuan pernafasan tambahan untuk kegunaan di semua premis kesihatan di bawah kementerian itu di seluruh negara. Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, agihan peralatan tambahan merangkumi 841 unit AeroChamber dewasa, 396 unit AeroChamber kanak-kanak, serta 576 unit nebulizer itu merupakan persediaan menghadapi risiko penyakit berkaitan jerebu. Selain itu

Suara Keadilan
Oct 161 min read


400 ambulans baharu tingkatkan keupayaan kecemasan KKM
Perolehan 400 ambulans baharu untuk hospital di bawah Kementerian Kesihatan (KKM) seperti yang diumum dalam Belanjawan 2027 diyakini dapat meningkatkan keupayaan respons kecemasan. Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad (gambar) berkata, kadar respons ambulans bagi kes kecemasan kritikal kategori keutamaan satu (Priority 1) di seluruh negara mencatat 34.01 peratus pada 2025, masih di bawah sasaran Petunjuk Prestasi Utama (KPI) sebanyak 50 peratus bagi ketibaan dalam

Suara Keadilan
Oct 131 min read


Kementerian Kesihatan bangunkan pangkalan data OKU palsi serebrum
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kini dalam proses membangunkan pangkalan data Orang Kurang Upaya (OKU) demi memastikan perkhidmatan diberikan sejajar dengan keperluan golongan itu. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad (gambar) berkata, usaha yang dilaksana di bawah Pelan Strategik OKU ini merangkumi penyepaduan data dan profil keperluan komuniti palsi serebrum (CP). "Pembangunan pelan strategik ini masih pada peringkat awal, namun penting bagi memastikan kepe

Suara Keadilan
Oct 111 min read


Isu doktor 'PJJ': KKM pertimbang kaji kesan terhadap keluarga
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad Kerajaan MADANI bakal mempertimbang keperluan untuk menjalankan kajian asas bertujuan menilai kesan penempatan jauh bagi pegawai perubatan terhadap pasangan dan institusi keluarga. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, kajian tersebut penting bagi mendapatkan gambaran keseluruhan mengenai kesan perpisahan suami isteri dalam tempoh panjang akibat tuntutan tugas. "Saya kira ada kepentingan untuk kita lakukan

Suara Keadilan
Oct 72 min read


Ubat melalui pos: Kos hantar percuma, manfaat 80 ribu pesakit
DS Fahmi dan DS Dzulkefly dalam majlis flag off penghantaran ubat melalui pos, pagi tadi Seramai 80,000 pesakit setiap bulan dijangka menerima manfaat daripada inisiatif Ubat Melalui Pos (UMP) apabila kos penghantaran bekalan ubat-ubatan susulan ditanggung sepenuhnya selama setahun bagi pesakit yang layak. Inisiatif yang berkuat kuasa 1 Oktober 2026 itu merupakan kerjasama strategik antara Kementerian Komunikasi melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) de

Noraini Nordin
Sep 291 min read


Bantu kesejahteraan psikologi penjawat awam: KKM tawar bantuan
Kementerian Kesihatan (KKM) komited untuk menggembleng kepakaran pakar kesihatan mental bagi membantu Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menangani cabaran kesihatan mental dalam kalangan penjawat awam. Menterinya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad (gambar) berkata, kementeriannya bakal menyediakan kepakaran teknikal dan sokongan pakar bagi membantu JPA membangunkan Garis Panduan Kesihatan Mental Perkhidmatan Awam dan Indeks Kesihatan Mental Perkhidmatan Awam. "Kita rasa terpanggil

Suara Keadilan
Sep 291 min read


Pengurusan pencen mangsa tragedi Perkhidmatan Doktor Udara disegerakan
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad (gambar) menegaskan komitmen untuk memastikan kebajikan waris mangsa tragedi Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) di Sarawak baru-baru ini terus diberi keutamaan. Beliau berkata, kementeriannya kini sedang bekerjasama erat dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kementerian Kewangan (MOF) bagi menyegerakan pengurusan pencen terbitan, pampasan ex-gratia dan faedah persaraan untuk keluarga mangsa. Menerusi hantaran di laman X (Twitt

Suara Keadilan
Sep 231 min read


KKM sasar 902 klinik kesihatan perkhidmatan kesihatan paru-paru
Kerajaan MADANI menyasarkan 902 klinik kesihatan di seluruh negara melaksanakan pendekatan kesihatan paru-paru secara bersepadu menjelang akhir tahun ini. Pendekatan bersepadu itu merangkumi promosi kesihatan, saringan awal, program berhenti merokok, serta laluan rujukan yang lebih teratur bagi menangani beban penyakit pernafasan di Malaysia. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad (gambar) berkata, usaha berkenaan adalah sebahagian daripada Inisiatif Paru-paru Sihat

Suara Keadilan
Sep 151 min read


FDS ditangguh sementara, semakan menyeluruh perkhidmatan
Operasi Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) di Sarawak ditangguhkan sementara berikutan nahas helikopter digunakan bagi perkhidmatan itu di Long Lellang pada Selasa. Keputusan penangguhan itu bagi memberi ruang untuk siasatan serta semakan terhadap mekanisme keselamatan dan operasi perkhidmatan tersebut dilaksanakan pihak berkaitan. "Perkhidmatan Pemindahan Perubatan (Medevac) bagi kes kecemasan akan terus dilaksanakan melalui kerjasama Kementerian Kesihatan (KKM) dengan Jabatan

Suara Keadilan
Sep 111 min read


Nahas helikopter FDS: KKM utamakan kebajikan waris - Dr Dzulkefly
Kebajikan keluarga mangsa dan keselamatan petugas kesihatan menjadi keutamaan Kementerian Kesihatan (KKM) susulan tragedi nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) di Long Lellang, Sarawak semalam. Menteri Kesihatan Datuk Seri Dzulkefly Ahmad (gambar) berkata kementerian turut memberi perhatian kepada kesinambungan perkhidmatan kesihatan kepada masyarakat di kawasan pedalaman yang bergantung kepada perkhidmatan FDS. "Seluruh keluarga besar KKM menyelubungi rasa pilu da

Suara Keadilan
Sep 92 min read


Kementerian Kesihatan rapatkan jurang kepakaran perubatan di Sabah
Pakar perubatan tetap bakal mula ditempatkan di beberapa hospital di Sabah seperti Kota Marudu dan Beaufort bagi mengatasi kekurangan tenaga pakar di negeri ini. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad (gambar) berkata usaha itu turut bertujuan melengkapkan inisiatif kementerian menggerakkan penggiliran pakar ke kawasan luar bandar Sabah. "Sasaran tiga hingga lima tahun KKM adalah merapatkan jurang kepakaran di Sabah menerusi pemerkasaan Kluster Sandakan dan Tawau se

Azuan Ab Rahman
Sep 61 min read


Kerajaan lulus RM4.3 juta, naik taraf tiga hospital di Sabah
DS Dr Dzulkefly (kanan sekali) dalam lawatan beliau ke hospital Ranau mendapat sambutan buasana tradisional Kerajaan MADANI meluluskan peruntukan hampir RM4.3 juta bagi menangani keperluan mendesak di tiga hospital daerah di Sabah. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, peruntukan melibatkan Hospital Tambunan, Hospital Ranau dan Hospital Kota Belud itu bertujuan memastikan kemudahan kesihatan kepada rakyat sentiasa berada dalam tahap yang baik. "RM988,000 d

Suara Keadilan
Aug 182 min read


KKM kaji insentif baharu, kebenaran lokum tangani penghijrahan pakar
Kementerian Kesihatan (KKM) sedang melaksana penelitian terhadap struktur ganjaran dan insentif baharu bagi mengekalkan pakar dalam sektor kesihatan awam. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad (gambar) berkata, KKM turut menggalakkan pembangunan profesional dan mengkaji kelonggaran sedia ada untuk melanjutkan tempoh untuk pakar kesihatan awam menjalankan tugas lokum di fasiliti swasta. "Kita tidak boleh berjanji, tetapi kita sedang melihat kemungkinan untuk member

Suara Keadilan
Aug 161 min read


KKM lulus peruntukan RM500 ribu klinik kesihatan Pos Kemar
Dr Dzulkefly merasmikan Bot Medik 8 di Jeti Belum Rainforest Resort Kementerian Kesihatan (KKM) meluluskan peruntukan serta-merta sebanyak RM500,000 bagi menambah baik kemudahan di Klinik Kesihatan (KK) Pos Kemar di Gerik, Perak. Menterinya Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, kelulusan itu bagi memperkukuh perkhidmatan kesihatan kepada penduduk Orang Asli di kawasan berkenaan dengan tumpuan kepada pembinaan Rumah Penyimpan Bot yang baharu. Selain itu bagi perolehan aset s

Azuan Ab Rahman
Aug 111 min read


Penganjur konvoi permotoran utamakan budayakan “Yang Santai, Pasti Sampai”
Penganjur program konvoi permotoran perlu menjadikan aspek keselamatan jalan raya sebagai agenda wajib dalam setiap penganjuran bagi mengelakkan tragedi kemalangan maut terus berulang. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, kemalangan jalan raya merupakan cabaran kesihatan awam yang serius dan memberi kesan besar kepada keluarga mangsa serta sistem kesihatan negara. "Setiap kali tibanya hujung minggu yang menghimpunkan peminat permotoran, bilik-bilik kecema

Suara Keadilan
Aug 22 min read


Projek bina Klinik Kesihatan Baharu di Rantau dipercepatkan
DS Dr Dzulkefly melihat pelan bangunan Klinik Kesihatan (KK) di DUN Rantau. Kredit foto: Bernama Projek pembangunan Klinik Kesihatan (KK) di Rantau bagi menggantikan fasiliti sedia ada yang telah berusia 64 tahun dan kini beroperasi melebihi kapasiti akan dipercepatkan. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata KK Rantau ketika ini menerima kira-kira 450 pesakit sehari, sekali gus berfungsi seperti sebuah klinik kesihatan Jenis 3 walaupun masih berstatus Jenis

Suara Keadilan
Aug 11 min read


'Berkempen elak tohmah, fitnah, rakyat nilai prestasi pemimpin' - Dr Dzul
DS Dr Dzulkefly (kanan) membantu calon PH berkempen secara politik nilai dalam PRN Negeri Sembilan Sepanjang tempoh kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, semua pihak diingatkan agar tidak mencemarkannya dengan budaya tohmahan, fitnah dan retorik politik yang melampau, kata Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad. Pengarah Pilihan Raya AMANAH itu menyifatkan, persaingan politik merupakan perkara biasa dalam demokrasi, namun ia tidak sepatutnya melampaui batas sehingga mencet

Akmal Manaf
Jul 202 min read


Autonomi perjawatan KKM: 4,500 doktor kontrak ditawar jawatan tetap
Dr Dzulkefly memberi penjelasan mengenai autonomi KKM di sesi Kamar Khas Dewan Rakyat Kementerian Kesihatan (KKM) menerima kuasa autonomi penuh untuk mengurus dan mengagihkan perjawatan pegawai perubatan, sekali gus membolehkan proses penempatan doktor di hospital dipercepatkan tanpa bergantung kepada prosedur birokrasi yang panjang. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, kuasa autonomi yang berkuat kuasa mulai 9 Julai itu diberikan oleh Jabatan Perkhidmata

Redzuan Shamsudin
Jul 142 min read


MediAsas: Reformasi pembiayaan kesihatan swasta mampu milik
Kerajaan komited melaksanakan reformasi pembiayaan kesihatan swasta menerusi pengenalan pelan perlindungan insurans dan takaful perubatan baharu, MediAsas, yang disasarkan lebih mampu milik khususnya untuk golongan marhaen. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, inisiatif itu berteraskan prinsip keadilan sosial bagi memastikan kesihatan rakyat tidak dijadikan beban kewangan. "Kesihatan rakyat tidak wajar didagangkan sehingga membebankan kehidupan golongan m

Redzuan Shamsudin
Jul 71 min read
bottom of page
