top of page

FDS ditangguh sementara, semakan menyeluruh perkhidmatan

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
7 hours ago
1 min read

Operasi Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) di Sarawak ditangguhkan sementara berikutan nahas helikopter digunakan bagi perkhidmatan itu di Long Lellang pada Selasa.


Keputusan penangguhan itu bagi memberi ruang untuk siasatan serta semakan terhadap mekanisme keselamatan dan operasi perkhidmatan tersebut dilaksanakan pihak berkaitan.


"Perkhidmatan Pemindahan Perubatan (Medevac) bagi kes kecemasan akan terus dilaksanakan melalui kerjasama Kementerian Kesihatan (KKM) dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).


"Pada masa sama, KKM akan mengadakan perbincangan lanjut bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi meneroka usaha menggunakan aset ATM untuk pesakit yang memerlukan rawatan kecemasan dapat dipindahkan ke fasiliti kesihatan yang bersesuaian," kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad (gambar) dipetik.


Helikopter jenis BO-105 membawa seorang juruterbang dan empat petugas Kementerian Kesihatan terhempas berhampiran Long Lellang STOLport ketika menjalankan penerbangan rasmi mengorbankan semua yang berada dalam pesawat tersebut.


Laporan awal berhubung nahas tersebut dijangka dikeluarkan dalam tempoh 30 hari selepas kejadian, menurut pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) .


Sementara itu menurut Dr Dzulkefly, keselamatan petugas kesinambungan penyampaian perkhidmatan kesihatan kepada masyarakat di kawasan pedalaman.


Justeru, KKM akan melaksanakan penilaian menyeluruh terhadap keseluruhan kerangka penyampaian perkhidmatan FDS di Sarawak, termasuk aspek kontrak, tadbir urus, keselamatan operasi, keperluan liputan serta keberkesanan model penyampaian perkhidmatan sedia ada.


Penilaian itu jelasnya bertujuan memastikan pendekatan yang akan dilaksanakan pada masa hadapan adalah lebih selamat, berdaya tahan, mampan dan responsif terhadap keperluan kesihatan masyarakat di kawasan pedalaman Sarawak.


"KKM sedang menilai semula lokasi dan kaedah akses perkhidmatan FDS, termasuk alternatif pengangkutan dan pendekatan lain yang selamat serta praktikal bagi memastikan masyarakat di kawasan pedalaman terus mendapat akses kepada perkhidmatan kesihatan," tambahnya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page