top of page

Berita


PRN Sarawak: KEADILAN tekankan kestabilan politik, pembangunan inklusif
Majlis Pimpinan Negeri (MPN) KEADILAN Sarawak menyambut baik pembubaran Dewan Undangan Negeri Sarawak Ke-19 (DUN-19) bagi membuka laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-13. Dalam kenyataan hari ini, KEADILAN Sarawak berkata, rakyat di negeri itu semakin matang dalam menilai landskap politik dan bukan sekadar mengharapkan janji atau retorik, sebaliknya mahukan dasar berwibawa, kepimpinan berintegriti serta hasil pembangunan yang dapat dirasai dalam kehidupan sehari

Azuan Ab Rahman
2 hours ago2 min read


Tanah Adat: Semak menyeluruh, pastikan pemilik asal dapat hak pemilikan
Kerajaan Negeri Sarawak digesa melaksanakan semakan menyeluruh terhadap tuntutan Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) bagi memastikan hak masyarakat peribumi yang terbukti sebagai pemilik atau pewaris sah dikembalikan mengikut undang-undang. Timbalan Ketua Cabang KEADILAN Sibuti, Zulhaidah Suboh berkata, isu tanah adat tidak seharusnya dipandang ringan kerana ia bukan sekadar membabitkan pemilikan tanah, malah turut berkait dengan sejarah, identiti, maruah dan kelangsungan hidup m

Suara Keadilan
7 hours ago2 min read


Kepimpinan baharu KEADILAN Sarawak diyakini mampu kukuhkan parti
Semoga kepimpinan baharu terus diberikan kekuatan dan kebijaksanaan dalam melaksanakan tanggungjawab demi kepentingan parti dan rakyat Sarawak

Suara Keadilan
1 day ago1 min read


Belanjawan Persekutuan, Sarawak perlu seiring, hak Tanah Adat jangan dipinggir
Timbalan Ketua Cabang KEADILAN Sibuti, Zulhaidah Suboh Belanjawan MADANI 2027 dan Belanjawan Sarawak 2027 perlu diterjemahkan kepada pembangunan yang adil, inklusif dan memberi manfaat langsung kepada rakyat, termasuk masyarakat luar bandar serta komuniti peribumi. Timbalan Ketua Cabang KEADILAN Sibuti, Zulhaidah Suboh berkata, kedua-dua belanjawan memperlihatkan persamaan aspirasi dalam aspek pertumbuhan ekonomi, kesejahteraan rakyat dan usaha merapatkan jurang pembangunan.

Redzuan Shamsudin
2 days ago2 min read


Dominasi satu parti di DUN Sarawak jejas semak, imbang – Roland Engan
Naib Presiden KEADILAN, Roland Engan Penguasaan 100 peratus kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak oleh satu parti politik tidak akan menjamin sistem semak dan imbang berfungsi dengan berkesan, sebaliknya berisiko mewujudkan pemusatan kuasa tanpa cabaran serius. Naib Presiden KEADILAN, Roland Engan berkata, demokrasi yang sihat memerlukan suara pembangkang dan pandangan alternatif dalam dewan perundangan bagi memastikan setiap dasar kerajaan diteliti secara telus. Menurut

Suara Keadilan
Oct 192 min read


Tiada panggilan kecemasan sebelum nahas helikopter doktor udara - AAIB
Tiada panggilan kecemasan atau isyarat kecemasan direkodkan daripada helikopter doktor udara yang terhempas di Long Lellang, Sarawak dalam nahas mengorbankan lima nyawa pada 8 September lalu, demikian menurut laporan awal siasatan kemalangan udara. Laporan Biro Siasatan Kemalangan Udara (AAIB) Kementerian Pengangkutan turut mendedahkan helikopter tersebut tidak dilengkapi perakam data penerbangan (FDR) atau perakam suara kokpit (CVR) sekali gus menjadikan pemeriksaan fizikal

Helmi Mohd Foad
Oct 174 min read


Persekutuan, Sarawak perkukuh bandar pintar Greater Kuching
Majlis pemeteraian MoU antara Kementerian Kesihatan Awam Sarawak dan MCMC disaksikan oleh Primier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari dan Menteri Komunikasi DS Fahmi. Foto kredit: Borneo Post Kementerian Komunikasi terus memperkukuh kerjasama dengan Kerajaan Sarawak bagi memperluas kesalinghubungan digital di negeri itu khususnya bagi transformasi perkhidmatan bandar. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dalam satu kenyataan pada Khamis berkata, usaha itu dil

Suara Keadilan
Oct 162 min read


Sarawak perlu percepat pengiktirafan tanah NCR masyarakat Dayak - KEADILAN Sarikei
Bruce Yee (berbaju kelabu, tengah) bersolidariti bersama komuniti Dayak KEADILAN Sarikei mendesak Kerajaan Sarawak mempercepatkan penyelesaian pertikaian tanah Hak Adat Bumiputera (NCR), termasuk mempergiatkan kerja ukur perimeter dan pengeluaran geran tanah bagi melindungi hak masyarakat asal negeri itu. Ketua Cabang KEADILAN Sarikei, Bruce Yee Chin Kui berkata, isu pertikaian tanah adat yang berlarutan sejak sekian lama menyebabkan masyarakat bumiputera terus berdepan ketid

Suara Keadilan
Oct 152 min read


Defisit fiskal terus susut: Bukti Kerajaan MADANI berjaya tadbir negara
Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sabah, Datuk Mustapha Sakmud Penurunan berterusan defisit fiskal negara serta peningkatan peruntukan pembangunan untuk Sabah dan Sarawak bukti jelas komited pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menjaga kepentingan generasi akan datang. Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sabah, Datuk Mustapha Sakmud berkata, pelaksanaan disiplin fiskal yang konsisten di bawah Kerajaan MADANI berhasil mengurangkan defisit fiskal negara daripada 5.0 pe

Azuan Ab Rahman
Oct 152 min read


Peningkatan peruntukan Sarawak RM16.2 bilion beri manfaat penduduk pedalaman
Peruntukan Persekutuan kepada Sarawak yang meningkat sebanyak RM1.1 bilion kepada RM16.2 bilion pada 2027 berbanding RM15.1 bilion tahun ini disifatkan sebagai peluang mempercepat pembangunan infrastruktur dan kemudahan asas, khususnya di kawasan luar bandar dan pedalaman negeri itu. Ketua Penerangan Majlis Pimpinan Negeri (MPN) KEADILAN Sarawak, Senator Abun Sui Anyit (gambar) berkata, bagi penduduk Hulu Rajang, Belaga dan kawasan pedalaman yang masih berhadapan dengan cabar

Akmal Manaf
Oct 123 min read


382 doktor gagal lapor diri di Sabah, Sarawak: KEADILAN desak rombak dasar pengambilan
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) digesa mengkaji semula dasar pengambilan pelajar perubatan serta memperkukuh insentif penempatan bagi menangani kekurangan doktor di Sabah dan Sarawak. Naib Presiden KEADILAN, Roland Engan (gambar) berkata, kegagalan 382 daripada 1,055 pegawai perubatan yang ditawarkan jawatan tetap di kedua-dua negeri itu melapor diri tahun ini, seperti dilaporkan CodeBlue pada 8 Oktober lalu, perlu ditangani secara

Suara Keadilan
Oct 93 min read


Belanjawan 2027: Harap berita baik untuk Sabah, Sarawak - Mustapha
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak), Datuk Mustapha Sakmud (gambar) berharap pembentangan Belanjawan 2027 hari ini bakal membawa berita baik untuk Sabah dan Sarawak, terutama dari aspek peruntukan pembangunan. Beliau berkata, dana pembangunan bagi kedua-dua wilayah itu wajar dikekalkan atau ditingkatkan bagi memastikan keperluan infrastruktur asas di kedua-dua negeri terus dapat diberi perhatian. "Memang insya-Allah kita mengharapkan ada berita baik untuk

Redzuan Shamsudin
Oct 91 min read


Kawasan pedalaman Sarawak perlukan jalan, klinik, khidmat bomba - Abun
Kerajaan Persekutuan diminta memberi perhatian lebih khusus kepada keperluan masyarakat di kawasan pedalaman Sarawak termasuk di Long Lellang dan penempatan sekitarnya dalam Belanjawan 2027 yang akan dibentangkan Jumaat ini. Ahli Dewan Negara, Senator Abun Sui Anyit (gambar) berkata, pembangunan kawasan pedalaman perlu mengambil kira keadaan geografi serta keperluan sebenar masyarakat setempat. Beliau berkata, rakyat pedalaman tidak meminta layanan istimewa sebaliknya apa yan

Akmal Manaf
Oct 71 min read


Abun Sui Anyit dilantik Ketua Penerangan MPN KEADILAN Sarawak
Senator Abun Sui Anyit (gambar) dilantik sebagai Ketua Penerangan Majlis Pimpinan Negeri (MPN) KEADILAN Sarawak, berkuat kuasa 30 September 2026. Abun Sui berkata, pelantikan itu diterimanya sebagai satu amanah dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan sebaik mungkin demi kepentingan parti serta rakyat Sarawak. Beliau merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Pengerusi KEADILAN Sarawak, Dr Ahmad Nazib Johari atas kepercayaan yang diberikan kepadanya untuk menggalas tangg

Redzuan Shamsudin
Oct 11 min read


Jawatankuasa khas ditubuh kaji penambahan kerusi Parlimen Sabah, Sarawak
Datuk Mustapha Sakmud, Gambar arkib Sebuah Jawatankuasa khas akan ditubuhkan bagi memperincikan kaedah dan kajian penambahan bilangan kerusi Parlimen untuk Sabah dan Sarawak. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak), Datuk Mustapha Sakmud, berkata jawatankuasa di bawah Jawatankuasa Teknikal Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) itu akan dipengerusi beliau bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said

Suara Keadilan
Sep 271 min read


Pengusaha bot ekspres jangan dicicirkan menikmati subsidi diesel - KEADILAN Sarikei
Bruce Yee (kanan) meninjau perkhidmatan bot penumpang di Sarikei KEADILAN Sarikei menggesa pihak berkaitan membantu pengusaha bot ekspres penumpang antara bandar Sarikei dan Kampung Paloh, Belawai, Tanjung Manis supaya tidak tercicir daripada kemudahan diesel bersubsidi. Ketua Cabang KEADILAN Sarikei, Bruce Yee Chin Kui berkata, beliau turun padang bertemu pengusaha bot berkenaan bagi memahami masalah yang dihadapi susulan pelaksanaan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) y

Suara Keadilan
Sep 263 min read


Anthony Loke masih bertugas, proses peletakan jawatan belum selesai – Abun Sui
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke Siew Fook masih menjalankan tugas sebagai Menteri Pengangkutan kerana proses peletakan jawatannya belum diselesaikan secara rasmi, kata Ahli Dewan Negara, Abun Sui Anyit (gambar). Beliau berkata, keputusan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP berhubung kedudukan Loke tidak dengan sendirinya menamatkan pelantikan beliau sebagai anggota Jemaah Menteri Kerajaan Persekutuan. Hal itu, kata Abun, tidak perlu dipertikaikan oleh pembangkang seolah

Suara Keadilan
Sep 253 min read


Titi kayu uzur Kampung Sungai Dalam: Jangan tunggu berlaku kemalangan
Penduduk Kampung Sungai Dalam, Miri membaiki sendiri titi yang uzur dan lapuk Penduduk Kampung Sungai Dalam, Miri masih terpaksa menggunakan titi kayu yang rosak dan semakin uzur meskipun permohonan supaya kemudahan berkenaan dibaiki dan dinaik taraf telah beberapa kali dikemukakan kepada pihak bertanggungjawab. Timbalan Ketua Cabang KEADILAN Sibuti, Zulhaidah Suboh berkata, keadaan itu membimbangkan kerana titi berkenaan menjadi laluan harian penduduk termasuk keluarga dan

Suara Keadilan
Sep 242 min read


Kembalikan politik Malaysia ke landasan rasional, sederhana, saling menghormati
Politik tidak seharusnya dijadikan alat untuk menakut-nakutkan rakyat atau mencetuskan kebencian antara kaum, demikian tegas Onn Abu Bakar (gambar). Ahli Parlimen Batu Pahat itu memberi reaksi balas dengan menyambut baik pandangan Setiausaha Agung Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, yang menyeru agar politik Malaysia kembali kepada landasan rasional, sederhana, inklusif dan saling menghormati, serta meninggalkan politik toksik yang boleh m

Akmal Manaf
Sep 232 min read


Mustapha mulakan perbincangan tambah kerusi Parlimen Sabah, Sarawak
Datuk Mustapha Sakmud. Gambar arkib Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak), Datuk Mustapha Sakmud mengadakan pertemuan bersama Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada Selasa bagi memulakan perbincangan mengenai cadangan menambah kerusi Parlimen Sabah dan Sarawak. Menerusi satu kenyataan, Mustapha berkata pertemuan bersama Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun itu susulan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung persetujuan meningkatkan nisba

Suara Keadilan
Sep 231 min read
bottom of page
