top of page

Kepimpinan baharu KEADILAN Sarawak diyakini mampu kukuhkan parti

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
51 minutes ago
1 min read


KEADILAN Sarawak yakin kepimpinan yang bersatu padu, komited dan berwawasan mampu memperkukuh kedudukan parti serta membawa organisasi itu ke arah lebih progresif.


Keyakinan itu dinyatakan susulan pelantikan Mahmud Epah (gambar atas) sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) KEADILAN Sarawak yang baharu menggantikan Ahmad Nazib bin Johari.


Ketua Penerangan KEADILAN Sarawak Nur Jafni Abdullah berkata pelantikan barisan kepimpinan baharu itu diharap dapat membawa semangat baharu dalam memperkukuh organisasi parti, meningkatkan gerak kerja di semua peringkat serta mempererat hubungan antara kepimpinan dengan rakyat.



"KEADILAN Sarawak berharap agar barisan kepimpinan baharu dapat menjalankan Amanah dengan penuh integriti, dedikasi dan tanggungjawab di samping terus memperjuangkan keadilan, kebajikan rakyat serta pembangunan Sarawak yang lebih inklusif dan seimbang," katanya dalam kenyataan.


Nur Jafni turut mengucapkan tahniah kepada Mahmud dan seluruh barisan baharu MPN KEADILAN Sarawak yang diberikan kepercayaan untuk menggalas tanggungjawab dalam meneruskan perjuangan parti di negeri itu.


Dalam masa sama, beliau merakamkan penghargaan kepada Ahmad Nazib atas segala khidmat, sumbangan dan komitmen beliau sepanjang menyandang jawatan Pengerusi MPN KEADILAN Sarawak.


Menurutnya segala usaha yang dicurahkan dalam memimpin dan memperkukuh parti di Sarawak amat dihargai serta menjadi asas kepada kesinambungan perjuangan KEADILAN di negeri itu.


Beliau berharap barisan kepimpinan baharu dapat melaksanakan amanah dengan penuh integriti, dedikasi dan tanggungjawab, di samping terus memperjuangkan keadilan, kebajikan rakyat serta pembangunan Sarawak yang lebih inklusif dan seimbang.


“Semoga kepimpinan baharu ini terus diberikan kekuatan dan kebijaksanaan dalam melaksanakan tanggungjawab demi kepentingan parti dan rakyat Sarawak,” katanya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page