top of page

Anwar doakan dua wartawan kemalangan cepat sembuh, salur bantuan

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
57 minutes ago
1 min read
KENDERAAN dinaiki dua wartawan terbabit kemalangan di Jalan Mengelembu, dekat Ipoh, 25 Oktober 2026.
KENDERAAN dinaiki dua wartawan terbabit kemalangan di Jalan Mengelembu, dekat Ipoh, 25 Oktober 2026.

Datuk Seri Anwar Ibrahim mendoakan dua wartawan yang terlibat dalam kemalangan ketika dalam perjalanan membuat liputan program di Bagan Datuk, Perak, awal pagi tadi segera pulih dan dipermudahkan urusan rawatan mereka.


Dua wartawan berkenaan ialah Nur Afiradina Arshad, 34, dari Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) dan Zahratulhayat Md Arif, 37, daripada New Straits Times (NST).


Perdana Menteri turut mendoakan agar kedua-duanya dikurniakan kesembuhan yang baik serta kembali pulih seperti sediakala.


“Saya juga telah mengarahkan pegawai saya untuk menghulurkan bantuan segera yang diperlukan kepada kedua-duanya,” katanya.


Beliau turut berharap segala urusan keluarga kedua-dua wartawan itu dipermudahkan dalam menghadapi ujian berkenaan.


Dalam kejadian awal pagi ini, dua wartawan yang dalam perjalanan membuat liputan program dihadiri Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk cedera sejurus kereta dinaiki dirempuh lori.


Dalam kejadian pukul 6 pagi itu, kereta dinaiki dua wartawan itu dilanggar di Jalan Mengelembu, menyebabkan Afiradina dirawat di zon kuning HRPB manakala Zahratulhayat dirawat sebagai pesakit luar di hospital sama.


Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Muhammad Najib Hamzah mengesahkan kejadian itu namun maklumat lanjut masih dalam siasatan.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page